Monday 30 December 2013

bantal felt

Saya menerima tempahan bantal felt.

-design dan warna adalah mengikut citarasa anda

-harga bermula dari RM30 (saiz: 14in x 12in)




whatsapp 019-6442017 (ain) untuk tempahan atau pertanyaan
posted from Bloggeroid

Monday 23 December 2013

Soal Jawab bersama Shaklee

Q:Adakah Shaklee sama seperti vitamin yang dibeli di farmasi?
A:Tidak,Shaklee ialah vitamin semulajadi yang dihasilkan daripada sumber semulajadi dan bukannya vitamin sintetik seperti kebanyakan vitamin lain.

Q:Adakah Shaklee sesuai untuk saya/anak/suami/ibu/bapa/adik saya?
A: Ya, Shaklee sesuai untuk semua peringkat umur

Q:Bolehkah saya berkongsi suplemen ini dengan suami/isteri?
A:Ya, boleh.

Q:Alfafa adalah milk booster dan saya tidak menyusukan anak,bolehkah saya ambil alfafa?tidakkah ia menjadikan saya mengeluarkan susu?
A: Anda boleh mengambil alfafa kerana Alfafa tidak akan mencetuskan susu bagi yang tidak menyusukan anak,malah alfafa mempunyai 1001 kebaikan.

Q: Apakah pantang larang sekiranya mengambil Shaklee?
A:tiada,cuma pastikan pengambilan air minimum 3 liter sehari.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee bersama vitamin/ubat/jamu?
A: Boleh, kecuali vitamin yang diambil itu sama kandungannya,maka ambil salah satu sahaja dan dijarakkan waktu pengambilannya.

posted from Bloggeroid

Wednesday 11 December 2013

perut oh perut..

orang tua-tua selalu pesan,nak tambat hati suami mulakan dari perut dia..betul ke?saya pun tak pasti tentang kesahihannya sebab saya pun memang tak pandai masak hahahaha..

tapi setelah 3 tahun menjadi seorang isteri ni, keinginan nak belajar masak tu mula timbul selepas saya 'berjaya' membeli pemanggang ajaib sewaktu berkunjung ke Langkawi awal November yang lalu..hihi..

inilah kek pertama yang saya hasilkan menggunakan pemanggang ajaib tu (malas betul nak guna oven)..hihi ini namanye kek minyak.memang lembut tapi agak ter'kering' sikit sebab saya masak lama sangat..sepatutnya dalam 10-15 minit dah ok...






semalam pulak saya telah membancuh adunan aiskrim buatan rumah huhu home made i
ce-cream ler...dan hari ni,telah selamat dimakan oleh en.hubby bersama anak bujang (termasuk saya sekali la hihihi)..





dah lewat ni...next entry saya kongsikan resepinye ye..

*untuk rujukan saya jugak nanti :)








Monday 9 December 2013

Abah dan mak saya

Oktober adalah bulan kelahiran abah dan mak saya..hadiah saya yang tak seberapa untuk mereka..walaupun simple tapi memberikan impak yang besar terhadap saya..

alhamdulillah,diorang suka hihi..




doa saya semoga abah dan mak sentiasa dibawah lindungan rahmat-Nya, sihat dan murah rezeki selalu..aminn...

#mak saya sakit lutut sejak beberapa bulan yang lalu..sakit sangat bila banyak berjalan dan insya allah,esok doktor akan inject gel kat lutut mak..

semoga mak cepat sihat...

bantal felt

new hot item in the house!

hihi...sesape yang berkenan boleh order ye.

boleh request nak buat hiasan yang korang nak...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 15 November 2013

pou gebus-gebas

Assalamualaikum..(sambil kibas-kibas sawang kat blog)

hari nk nak citer pasal pou..korang mesti tau kan pou tu ape??haha ala game yang boleh kita download kat telefon pintar tu la..tak tau jugak lagi??tengok gambar dari en.google ni..

  

haaaaa...comelkan??ni la namanye pou..oleh sebab kecomelan beliau, saya telah menghasilkan keychain untuk iyad dan lekatkan kat beg sekolahnya hihi..

dan ada pulak kawan-kawan opis yang berminat nak tempah..so inilah pou versi saya






pun comel jugak kan??hihi...

so kalau ada yang nak menempah, boleh tinggalkan komen kat sini atau Pm je saya kat www.facebook.com/afcraftzone.2013

itu je ceritanya, daaa...




Tuesday 10 September 2013

Pentingnya "mata"

Mata merupakan anugerah tidak ternilai daripada Allah s.w.t yang membolehkan kita menghayati keindahan alam ciptaan-Nya.
Walaubagaimanapun,tak semua makhluk yang mempunyai mata berpeluang untuk melihat keindahan bumi Allah ini.

Bersyukurlah kerana kita telah diberi dengan nikmat mata yang boleh melihat.Bersama-sama lah kita menjaga nikmat mata ini sebagai tanda kita bersyukur kepada-Nya.



posted from Bloggeroid

Monday 9 September 2013

sekadar coretan..alkisah sebuah hidangan si isteri

copy & paste

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. ... Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

moral of the story:
-sentiasalah menghargai apa yang kita miliki
-sentiasalah menghargai orang lain

*sebak*

posted from Bloggeroid

Sunday 8 September 2013

CoQ Health Plus

Bulan September 2013 ni bulan promo CoQ Health Plus..beli 6 botol dan dapat 1 botol percuma...bukan senang tau nak dapat jimat banyak macam ni..

dah tau tak apa kandungan n kebaikan CoQ Health Plus ni?secara ringkasnya produk ini membantu menjaga jantung kita..untuk keterangan lanjut, nanti saya cerita lagi ye..

daaa...







posted from Bloggeroid

Thursday 29 August 2013

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Cuba korang cari kat mr.google atau mr.yahoo perkataan energy soy protein atau ESP shaklee ni..korang mesti jumpa dengan pelbagai testimoni pelanggan-pelanggan shaklee yang telah mendapat apa yang diidamkan setelah menggunakan ESp ni. Ada yang berjaya mengurangkan parut jerawat, menambah susu badan dan juga menurunkan berat badan.

Hari ini saya nak kongsikan tentang apa itu ESP dan juga manfaat-manfaat yang boleh diperolehi daripadanya.

ESP adalah makanan tambahan yang berasaskan soya. Walaubagaimanapun, kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP ini hanya mengandungi "non-GMO' iaitu "Non-Genetically Modified Organism" yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (1 tin ESP) ini dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan bertahan lama.

ESP juga merupakan satu-satunya produk didalam pasaran yang menjamin penyediaan asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. ESP adalah amat sesuai untuk semua peringkat umur dan kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ESP sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

Manfaat utama ESP:
-asid amino yang sangat penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain lagi. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
-Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya untuk mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
-Merancang pembentukan semulajadi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
-Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
-Membaiki masalah rambut seperti beruban, rambut gugur, mebaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
-Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

nak cantik??jom dapatkan ESP shaklee sekarang. SMS/whatsapp 019-6442017 (Ain)

barang kait untuk ainur dan qamarina

assalamualaikum n selamat pagi..

Jom mulakan hari yang indah dengan mencuci mata tengok gambar-gambar hasil kraftangan saya hihihi...

ingat lagi tak entry tentang ainur-on progres?ini la hasilnya setelah disiapkan..sori ye gambar tidak begitu clear..maklumla hp cokia je..hihi..





                                                        beg untuk ainur

gambar-gambar yang kat bawah ni pulak order dari cust yang sama jugak...cuma yang ni untuk anak buahnya yang lagi sorang...umur dalam 4 tahun kot...untuk order yang ni beliau mintak dibuatkan beg silang dan cekak dengan tulisan nama 'qamarina'... jom tengok-tengok...

















kalau berminat nak order,sms / whatsapp kat 019-6442017-ain
posted from Bloggeroid

Wednesday 28 August 2013

Nutriferon ganti paracetamol

Paracetamol adalah ubat tahan sakit yang paling popular yang dimakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam,selesema dan lain-lain lagi.mengapa paracetamol berbahaya kepada kita?ini kerana paracetamol adalah bertoksik dan merosakkan organ hati. menurut doktor, panadol akan tinggal didalam tubuh kita selama 5 tahun..ngeri kan?

sememangnya kita semua sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob sama ada melalui pernafasan,pergaulan, makanan dan lain-lain lagi. Dah tak boleh makan panadol,kita nak makan apa? ye,nutriferon daripada shaklee adalah jawapannya.

nutriferon telah dibuktikan secara klinikal untuk membantu mempertingkatkan sistem imun badan kita.apa manfaat utama yang kita perolehi dengan mengambil nutriferon ni?
-mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
-melawan kanser dan tumor
-melindungi daripada influenza,melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selesema,flu,inflamasi dan influenza.
-melambatkan penuaan
-mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C
-mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin seperti kekejangan
waktu haid, sakit belakang,sakit payudara dan mood swing.

testimoni penggunaan nutriferon:



*disclamer:produk ini bukan bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman individu dan kesan keatas setiap individu mungkin berbeza.*
posted from Bloggeroid

Tuesday 20 August 2013

sesudah raya,kawen pulak

amboi..tak habis berhari raya lagi ke cik kak?orang lain semua dah masuk kerja dah hihi..

alhamdulillah, senoga kita dipanjangkan umur dan dipertemukan dengan syawal tahun depan...

sekarang ni sibuk dengan rumah terbuka pulak kan?abisla program diet masing-masing haha...

10 syawal hari tu ada kenduri kahwin sepupu rapat..sangat gembira untuk dia..semoga siti suhanafiah berbahagia bersama pasangannya..beliau telah menempah guestbook dari saya untuk hari perkahwinannya..

jom tengok gambar




'saya dan iyad bersama guestbook'










posted from Bloggeroid

Wednesday 31 July 2013

Baju Raya oh Baju Raya

Hari ni 22 Ramadhan.1434H dan seminggu lagi umat Islam akan menyambut syawal yang mulia. Korang semua mesti dah siap sedia persiapan raya kan? Baju raya berapa pasang?

Keluarga kecil kami masih belum ada baju raya lagi yakni baju untuk dipakai di pagi 1 Syawal nanti.Yang ada pun cuma baju kemeja dan seluar jeans untuk iyad..tapi takkan la nak pakai di pagi raya kan..tak tradisional laaaa...

Alkisahnya, si isteri dan ibu yang agak mithali ni la kononnya nak menjahit sendiri baju raya untuk iyad,abah iyad dan dirinya sendiri huhuhu..Kain untuk dibuat bagu memang dah ready sejak setahun yang lepas hahaha (kes baju raya tak sempat siap jugak la tahun lepas,last-last beli baju siap je hihi)

So,hari sabtu dan ahad ni diisytiharkan sebagai hari duduk rumah saja sebab ibu nak siapkan baju raya hahhaha..

Raya ooii raya......
posted from Bloggeroid

Sunday 28 July 2013

ainur-on progress

entry pendek je malam ni..nak tunjuk projek / kerja yang tengah dibuat sekarang..beg kait untuk ainur..dah siap nanti saya update hasilnye..




posted from Bloggeroid

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat bulan Ramadhan sekali lagi..Lebih kurang 2 minggu lagi umat Islam akan merayakan Syawal..Macamana persiapan raya korang? Mesti sangat meriahkan.. Tahun ni persiapan kami sekeluarga amatlah sederhana sahaja..

Bila cerita bab raya ni,semestinya tailor-tailor tengah tersangatlah sibuknya kan..Begitu jugak dengan yang mengambil tempahan kuih raya.. ofkos korang tak sempat nak tengok drama-drama kat TV sekarang ni kan dek sebab kesibukan tu..

Yang penting jangan mengeluh..sebab kudrat kita itulah yang menjadi rezeki kita.. Alhamdulillah,saya pun tengah menyiapkan tempahan beg kait tempahan kawan sepejabat.. Ada 3 item yang ditempah;beg kait besar , beg kait kecil dan cekak.. Dah hampir siap , Insya Allah, minggu depan dah boleh serah kat tuan punya badan hihi.. harap-harap anak-anak buah beliau suka dengan hasil kerjatangan saya..

Terima Kasih diatas rezekiMu, Ya Allah...

posted from Bloggeroid

Monday 10 June 2013

rindu...

Hari ini hari pertama saya berkursus..Masih ada berbaki 4 hari lagi yang perlu saya tempuhi..Semalam semasa hantar saya ke tempat kursus, Iyad (anak teruna saya) menangis-nangis nak ikut ibu dia..kesiannya saya tengok..memang airmata ni dah merebeh sama la..cepat-cepat saya lari masuk ke bilik...Tak sanggup!!

Sampai kat bilik baru saya terperasan yang henpon saya ada kat hubby..alamakkk...puasla pusing satu tempat kursus ni nak cari public phone..tak ade plakkk..airmata rasa nak turun balik dah ni..nasib baik ada pakcik guard bagi pinjam telefon dia untuk call hubby...Nasib baik dorang belum jauh lagi and hubby setuju nak patah balik untuk beri henpon saya (tak dapat bayang kalau seminggu takde henpon oiii) hihi..

Masa hubby sampai selepas pusing balik tu,Iyad masih lagi menangis..dah bengkak mata die..kesiannyyaaaa...hubby kata bagi susu pun tak mau, bagi gambar ibu dia diam sekejap,pastu nangis lagi sambil panggil "bu....."  Hubby kata jomla balik rumah dulu, kesian Iyad...hurmmm....dengan sehelai sepinggang saya ikut hubby balik ke rumah..Kesian anak ibu..

sekarang,tengah rindukan mereka especially iyad saya tu..huhu..harap-harap Iyad dapat tido lena malam ni ye sayang..Ibu sayang iyad * - *

ibu & iyad


Wednesday 5 June 2013

Wedding guestbook-untuk my BFF

Ha..yang ni guestbook jugak lagi..Untuk majlis perkahwinan my BFF, Azlin..Kalau ikut Alynn ni die kata tak kisah macamana design pon yang penting cantik!! hahah senang kan..Alhamdulillah,walaupun kesuntukan masa sempat jugak disiapkan dan menepati citarasa beliau..

So,inilah hasilnya, 2 buah guestbook yang ditempah untuk majlis di rumah pengantin perempuan dan juga untuk majlis di rumah pengantin lelaki..

1-yang ni untuk majlis di rumah pengantin perempuan..Ada 2 pasang pengantin, so Alynn request untuk saiz sebesar kertas lukisan (gaya cerita macam besar sangat je kan hihih). Sepasang pengantin lagi ialah adik kepada Alynn..kalau tak salah, pasangan ni dah dinikahkan pada bulan Feb 2013 hari tu.

untuk majlis pengantin perempuan
 2-Ini pulak untuk majlis dirumah pengantin lelaki..sepasang je pengantinnye..yang ni saiz a4 dan designnye sangat simple..Kaler hiasannya mengikut tema iaitu hijau..yang pink tu plak sebab feveret kaler si Alynn ni hahahaha..

untuk majlis di rumah pengantin lelaki
Akhir kata, semoga my BFF, Nur Shahida Azlin berbahagia bersama suami tersayang, semoga dimurahkan rezeki dan cepat2 ada baby ye hikhik..Aminnn...

wedding guestbook-siap

ayoyo.....lamanye baru nak update gambar guestbook ni hahah sori ye tuan punya guestbook...

Alhamdulillah,walaupon lambat upload gambar guestbook ni kat blog, tapi sebenarnya guestbook ni dah awal-awal lagi sampai kat tangan tuannya dan alhamdulillah, tuan punya guestbook ini telah selamat pun melangsungkan majlis perkahwinannya pada 26.05.2013 yang lalu (**masih dalam mood pengantin baru lagi hihi). Semoga Aishah dan pasangan sentiasa bahagia dan dirahmati Allah SWT..Selamat Pengantin baru

Ni dia...as request oleh Aishah yang nak rama-rama pada guestbooknya..Harap beliau berpuas hati..
Cinta Bersatu-Siti Aishah & Izzul Fiqri

Thursday 2 May 2013

Syawal meriah dengan Shaklee



Assalamualaikum..

mesti ramai yang tengah makan tengah hari kan?hihi..Hari ini saya berpuasa ganti dan sebab tu ada kesempatan untuk update blog diwaktu tengah hari ni…hihi

Bila sebut pasal puasa  ni dengan segan silunya saya nak mengaku yang saya ada lagi baki 25 hari untuk diganti hukhuk…saya berpantang di bulan puasa kerana melahirkan anak sulung saya. Insya Allah saya berazam untuk marathon puasa dan mesti habiskan jugak ganti puasa sebelum tibanya bulan Ramadhan yang mulia di tahun ini.

Sedar tak sedar dah masuk Bulan Mei…tak lama lagi semua umat Islam akan menyambut Ramadhan yang berkat dan sebulan lepas tu pula akan menyambut Syawal. Siapa nak beraya dengan meriah angkat tangan!! Hikhik macam budak-budak…

Ada yang  sedang berkira-kira untuk menambah pendapatan sebagai persediaan untuk bulan syawal??

Haaaa... Jom bersama2 saya dan ahli keluarga Shaklee saya yang lain... kita sama2 berkongsi manfaat dan kebaikan vitamin Shaklee....

Sebab apa Shaklee??
Sebab banyak kelebihan yang akan kita dapat..contohnya……

~Untung runcit sehingga 20% - 25%
~Bonus setiap tengah bulan dari Shaklee (biasanye masa ni la duit gaji dah kering kan...)
~ Hanya perlu online min 1 jam sehari - post di FB tentang kebaikan dan testimoni yang sebenar
terus dari customer.
~ Tak perlu keluar rumah, masih boleh menjaga anak dan keluarga sambil
berbisnes. (sangat sesuia untuk surirumah)
~ Peluang utk melancong dan melakukan umrah secara percuma, bonus kereta dan lain2
insentif lagi.

Macam mana nak jadi ahli??
Jom SMS saya di 019-6442017 (AIN)

**picture credit to Aysha Zachary :)

Friday 19 April 2013

Kesuburan dan kitaran haid wanita

Wanita dan haid tidak dapat dipisahkan sejak mereka akil baligh lagi iaitu seawal umur 9 tahun. Bagi wanita yang tidak mengalami masalah hormon, haid bagaikan "kawan baik" yang akan datang berkunjung bertanyakan khabar setiap bulan..hihi..Wanita yang tidak datang haid pula bukanlah tidak normal cuma terdapat kemungkinan mereka mengalami masalah gangguan hormon seperti PCOS, cysts atau fibroid.

Mengapa perlu untuk mengetahui tentang kesuburan dan kitaran haid wanita? Ilmu ini penting bagi mereka (suami-isteri) yang merancang untuk menimang cahayamata ataupun yang ingin merancang keluarga (family planning)

Kitaran haid wanita yang normal atau tidak mempunyai masalah hormon berlaku setiap bulan dengan kitaran secara puratanya diantara 28-30 hari.

~Hari 1-4-Fasa pengeluaran (menstruation) dimana darah haid mula keluar. Hari pertama haid ini penting untuk diketahui kerana ia adalah dimana fasa ini bermula.

~Hari 5-13-Fasa Follicular dimana paras hormon estrogen didalam badan meningkat. Pada fasa ini, darah akan berkumpul didinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Dikawasan ovari pula, telur yang berada didalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

~Hari 14-Fasa ini dipanggil ovulasi iaitu dimana telur akan keluar daripada bekasnya disebabkan oleh peningkatan mendadak hormon Luteinizing. telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya disenyawakan, ia akan turun melalui saluran fallopio ke rahim.

~Hari 15-28-Fasa luteal (Fasa secretory) dimana selepas telur dikeluarkan, sejenis hormon yang dipanggil progestrone dirembeskan. Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. setela hormon progestrone semakin berkurangan kerana tiada persenyawaan yang berlaku, maka dinding ini akan runtuh dan proses akan bermula semula.

Bilakah waktu subur?
Waktu subur adalah waktu yang terbaik untuk berusaha bagi yang ingin mendapatkan cahayamata kerana pada waktu subur inilah ovulasi berlaku. Waktu subur adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Cara mengira waktu subur.
1)Sekiranya kitaran haid adalah 28 hari,maka waktu subur adalah 28-14=14 iaitu pada hari ke 14 selepas hari pertama haid keluar.
2)Sekiranya kitaran haid adalah 30 hari,maka waktu subur adalah 30-14=16 iaitu pada hari ke 16 selepas hari pertama haid keluar.

Cara lain untuk mengetahui waktu subur.
-Pada waktu subur, suhu badan akan meningkat sedikit dalam 1 darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih keluar daripada kemaluan kerana hormon yang meningkat pada ketika itu.

nota kaki:
Telur @ ovum tidak mempunyai jangkahayat panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja manakala sperma mempunyai kelebihan untuk bertahan selama 3-5 hari.

Rama-rama dan wedding guestbook.

Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Ni ha nak tunjuk kerja-kerja yang tengah dibuat sekarang..hihi wedding guestbook tempahan orang Gombak bertemakan rama-rama (macam yang saya cerita hari tu la)..

Saya sendiri tak sabar sebenarnya nak siapkan dan tengok hasilnya.sebabnya inilah kali pertama saya buat quilling rama-rama.

#mode: nak keluar dari comfort zone#

Published with Blogger-droid v2.0.10

testimoni-kurus dengan produk shaklee

Assalamualaikum..hari ni saya nak kongsikan testimoni seorang pengguna shaklee yang berjaya menguruskan badan dengan 3 produk shaklee iaitu alfafa, herblax dan lechitin.

Beliau yang dulunya mempunyai berat badan 72kg mengambil masa selama 6 bulan untuk mendapatkan berat badan ideal sekarang iaitu 49kg! Mengagumkan..

Bagaimana alfafa, lechitin dan herblax ini berfungsi??

~Alfafa-mencuci hati,darah dan usus,menyingkirkan lemak dan kolestrol dan baik untuk perubahan patologindidalam usus dan perut
~herblax-Pembersihan najis yang tersekat,meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan,mengempiskan perut
~Lechitin-Mengemulsi lemak


Wednesday 17 April 2013

GLA Complex bantu penghidap PCOS hamil

**fungsi utama GLA complex adalah membantu untuk menstabilkan hormon badan terutamanya wanita**

Sesetengah wanita yang telah berkahwin tetapi belum dikurniakan cahayamata dalam tempoh yang agak lama pasti memberikan tekanan yang agak hebat kepada diri mereka. Tambahan pula apabila disahkan menghidap PCOS oleh doktor pakar yang merawat.

Apakah yang dimaksudkan dengan PCOS ini? PCOS ialah singkatan untuk "Polycystic Ovary Syndrome" yang berlaku apabila hormon wanita tidak stabil serta mengganggu kitaran haid.
Apa yang berlaku apabila hormon wanita tidak stabil?Kebiasaannya,ovari wanita yang mempunyai hormon yang stabil akan mengeluarkan sejumlah kecil hormon lelaki yang dipanggil androgen.
Walaubagaimanapun, ovari wanita yang menghidap PCOS akan mengeluarkan lebih hormon lelaki dan ini menyebabkan kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan bulu-bulu yang tidak menyenangkan.
Terdapat kes yang lebih teruk dimana penghidap PCOS mempunyai lebih besar kemungkinan untuk terkena kencing manis. Ini kerana badan mereka menghadapi masalah untuk menggunakan insulin dan menyebabkan gula dalam darah akan meningkat dan boleh menyebabkan diabetes.
Simptom-simptom PCOS:
-jerawat
-berat badan naik mendadak dan susah turun
-rambut gugur
-haid tidak teratur
-mengganggu kesuburan wanira
-tekanan (stress)

Bagaimana GLA Complex boleh membantu penghidap PCOS hamil?
-GLA complex shaklee mengandungi asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan manusia untuk membentuk prostaglandin.info tentang GLA Complex klik sini

untuk keterangan lanjut mengenai GLA complex shaklee,hubungi:
-ain (id:893795)
-sms:019-6442017


Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 16 April 2013

GLA Complex Shaklee


GLA complex shaklee adalah terhasil daripada kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linoleik (GLA), asid linoleik (LA),minyak bunga matahari dan vitamin E.
Setiap kapsul GLA Complex ini mengandungi 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik untuk omega-6.

Manfaat utama GLA complex ini ialah:
-mengawalselia estrogen dan testrogen
-GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita.
-memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan dan perubahan mood.
-melambatkan menopaus.
-memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
-menentang kanser
-memperbaiki inflamasi kulit
-menghalang komplikasi diabetes
-membantu pelangsingan badan
-menghalang tekanan darah tinggi
-memperbaiki tekstur rambut
-dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan pada pelajaran dan hyperakrif

**prosa kata:
-prostaglandins: sejenis hormon yang membantu untuk menstabilkan proses badan seperti peredaran darah yang sihat dan perlindungan dinding arteri.

~produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit~

untuk keterangan lanjut,hubungi:
-ain (id:893795)
-tel/sms:019-6442017
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 12 April 2013

my wishlist # 1

korang-korang sume yang pakai telefon pintar mesti dah lama kenal dengan benda alah ni kan..hihi

saya je yang baru kenal pasal power bank ni & saya nak power bank jugak!!

tapi kalau nak tu kena la usaha sampai dapat kan..caiyok2

ref:google,yahoo



Thursday 11 April 2013

Menyahtoksin untuk tubuh yang sihat

Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah berikut?
-jerawat / kulit kusam
-selalu berasa lesu dan kurang bertenaga
-sakit kepala berulang
-rasa gatal
-emosi bercelaru
-radang pada kulit
-alahan
-ekzema

simptom di atas menunjukkan yang tubuh anda mempunyai toksin yang berlebihan. Set super detox dapat membantu mengeluarkan toksin daripada badan anda untuk mengembalikan tubuh yang sihat.

kebaikan:
-membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
-membantu meningkatkan kesihatan hati
-meningkatkan seri wajah
-meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh

set super detox mengandungi:
-Alfafa Complex
-DTX Complex
-Garlic

sms 019-6442017 (ain) untuk tempahan/ free consultation

Tuesday 26 March 2013

Omega Guard Shaklee


Omega Guard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa pentaenoic acid), DHA (Docosa hexaenoic acid), ALA dan lain-lain lagi... Satu hidangan Omega Guard (3 capsules) menyediakan 990mg asid lemak Omega-3.

Omega adalah Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian.

Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Berikut ialah fungsi-fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan kita:

EPA MENCEGAH

* Kanser
* Pembekuan Darah
* Pembekuan Lemak dalam Darah
* Kadar Kolestrol berlebihan
* Penyakit Jantung
* Tekanan Perasaan
* Tekanan Darah Tinggi

TUGAS DHA

* Mencegah Radang Sendi
* Mencegah Asma
* Meningkatkan Daya Seks
* Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
* Mencegah Penyakit Kulit
* Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Komen disini / sms
ain (019-6442017)
shaklee independent distributor



Monday 25 March 2013

merawat rabun mata dengan shaklee

carotomax mengandungi 6 varieti karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut,tomato,biji anggur,brokoli,marigold,epal dan lain-lqin.

Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buah-buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah seterusnya memelihara kesihatan penglihatan,kesihatan kulit dan mencegah kanser.

manfaat utama carotoMax:
-mempertingkatkan daya penglihatan
-meredakan penyakit kulit
-melawan kanser dan oksidasi kerana pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imunisasi,melambatkan penuaan dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.
-menghalang infeksi
-menggalakkan perkembangan kanak-kanak dan remaja dan banyak lagi kebaikan


ain,
shaklee independent distributor

Thursday 21 March 2013

Kad ucapan dengan quilling

assalamualaikum...salam ceria..

khamis bertemu khamis baru nak post entry baru hihi..alhamdulillah,selesai jugak akhirnya kerja-kerja menyiapkan barang untuk dihantar ke Melaka..walaupon hanya sempat membuat 1 jenis craft iaitu kad ucapan sahaja (itupun sempat siapkan 10pcs je),saya redha dan bersyukur dengan rezeki yang telah Allah tetapkan untuk saya..Alhamdulillah...

jom tengok gambar kad-kad yang dah siap..(10pcs je ade pon hihi)











Thursday 14 March 2013

cubaan pertama

assalamualaikum..salam di pagi khamis..diharapkan kawan-kawan sekalian sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya.. aminnnn

cubaan pertama?hihi ini bukan cubaan yang macam dalam cerita p.ramlee tu..cubaannya ialah buat pertama kalinya saya mencuba untuk menyertai booth di melaka..(**cuma letak barang je,nanti dorang tolong jaga & jualkan kalau ada org nak beli la huhu)

sekarang ni tengah sibuk nak siapkan stok..oleh sebab boleh hantar 2 item je saya memilih untuk hantar kad ucapan dan juga set belajar quilling..hihi..tak tahulah berapa banyak stok yang dapat kami siapkan dalam masa yang singkat ni...doakan kami ye..

ini contoh kad yang hampir siap..ada nak touch up sikit- sikit lagi..gambar final product akan di upload kemudian ye..

kalau berjaya cubaan pertama ni boleh la buat cubaan kedua,ketiga dan seterusnya kan hihi...


Thursday 28 February 2013

wedding guestbook

alhamdulillah...hasil pertama yang agak memuaskan hati..

guestbook ini untuk dihadiahkan kepada sepupu saya yang akan berkahwin pada April, 2013 nanti..

semoga perkahwinan mereka diberkati dan dirahmati oleh-Nya..ameeennn..

berminat untuk menempah?komen sahaja disini..