Monday 30 June 2014

Bantal Felt-Lutfil Hadi

Ramadhan yang ke-2
-rindu itu tidak pernah ada penghujungnya.

aduhaii..sangap la pulak pagi-pagi ni kat opis..tak cukup rehat kot malam tadi? sejak Iyad dah bercerai susu ni dapatla tido lena sikit,cumanye die masih lagi belum biasa & mungkin masih lagi mengharap nak menyusu ngan ibu dia ni hihi..kesian anak ibu tapi awak dah besar tau,dah nak 3 tahun bulan depan..

Masa nak tidur ok la takde dah buat drama air mata cuma bila dia terjaga nak susu tu yang payah sikit..dalam keadaan dia mamai tu saya cakap apa pun tak jalan,yang dia tau dia nak susu ibu jugak huhu..nak tak nak terpaksa la tinggal dia tengah melalak tu pegi buat susu..nasib baikla bila pujuk-pujuk sikit dia sambung tidur balik..anak ohh anak...

jomlah tengok ni pulak..bantal tempahan ex-opismate saya untuk anaknye yang comel..(kopiah nanti saya upload kat entry lain yer)..untuk bantal ni dia request untuk letak nama je iaitu LUTFIL HADI...nama pun comel cam tuannye hihi..

details bantal ni:
saiz: 14 inci x 14 inci
isi: kekabu
harga: RM30.00 (sebab tulisan je)

Sunday 29 June 2014

mimpi itu

Pagi tadi saya mimpikan dia,pertama kali sejak pemergiannya..terubat sungguh rindu ini walaupun saya dan iyad hanya dapat memeluknya di dalam mimpi..

~Al-Fatihah...
~abg tetap didalam doa kami..

Ramadhan yang pertama

Salam 1 Ramadhan.
~entry lepas bersahur...

Alhamdulilllah, dipanjangkan usia oleh Allah SWT untuk kembali berjumpa dengan Ramadhan sekali lagi..kali ni saya berpuasa tanpa suami tersayang disisi..perasaan sedih dan kerinduan yang tidak dapat saya gambarkan..Doa saya, semoga roh abang ditempatkan bersama para solehin...aminnn..Terima kasih mak,abah dan adik-adik kerana sanggup berkorban untuk saya dan iyad sehingga sanggup berpindah ke sini untuk menemani kami...Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.

~Ya Allah,semoga Ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kami sekeluarga dan kami dapat menambah amal ibadat kepada-mu.

~Al-Fatihah buat Norhafizan Bin Zainudin...semoga ada kiriman pahala yang dapat kami sampaikan kepadamu..aminnnn

Friday 27 June 2014

rezeki

Alhamdulillah..
terima kasih diatas rezeki yang Engkau berikan ini ya Allah...

terima kasih juga pelanggan-pelanggan yang memberi kepercayaan kepada saya..Semoga sabar menunggu ye hihi...

pencil case

ingat tak hari tu saya ada cerita pasal pencil case yang kawan saya tempah tu..ha ni la die...
comel kan?hihi...

harga : RM8.00

Tuesday 24 June 2014

tote bag-Is

Bismillahirramanirrahim..

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kesihatan tubuh badan dan daya pemikiran yang baik kepada saya sehinggakan saya mampu mencari rezeki dan sedikit rezeki tambahan untuk anak kecil dan keluarga saya.

Dengan kurniaanMu itu Ya Allah, saya mendapat rezeki pada hari ini.Syukur..
Hari ni nak share hasil kerja selama 2 hari huhu..2 pcs tote bag tempahan dari kawan saya untuk anaknya yang akan masuk taska hari ni. Bertemakan bulldozer dan kereta,diharapkan tote bag comel ini dapat memberikan semangat kepada adik Iskandar.

selamat maju jaya Is!

maklumat produk:
saiz: 9 inci x 11 inci
harga: RM15.00

Thursday 19 June 2014

Bantal felt-my home


Alhamdulillah,
haaaa..ni lagi 2 biji bantal yang telah disiapkan.. wahhh dasyat gak production bantal sejak akhir-akhir ni ye hahha tak malu puji diri sendiri..kuikuikui..
kali ni temanya cupcake dengan tulisan "my home". yang ni pun tempahan kawan opismate jugak dengan satu lagi item iaitu pencil case..pencil case pun dah siap jugak tapi nanti-nantila kita cerite yer..
Details bantal felt ni:
-saiz: 14 inci x 12 inci
-isi: fiber (kekabu berat katanyer)
-sarung bantal boleh dibuka
-material untuk sarung bantal : cotton
-harga: RM 35.00
untuk pertanyaan / order, sms/whatsapp 012-2808590 (ain)

Bantal felt-Iskandar & Myra

sejak peristiwa sedih di bulan Februari tu, aktiviti berkraf terpaksa ditangguhkan dan tempahan-tempahan pun tak dapat saya siapkan. Susah bebeno rasanya nak buat sesuatu bila orang yang  selalu memberi semangat dah takde..macam lagu separuh jiwaku pergi tu lah... hurmmmm
(sayang rindu abang huhuhu)..

Apepun,saya perlu meneruskan kehidupan demi anak kecil kami.

Dan akhirnya....
saya telah berjaya menyiapkan 2 biji bantal tempahan dari opismate untuk anak-anaknya iaitu Iskandar dan Humaira (Myra)..segan pun segan jugak sebab dah lama sangat tertangguh. Alhamdulillah,mereka memahami apa yang saya lalui..

Details berkenaan bantal customade ni:
-saiz: 14 inci x 12 inci
-isi : kekabu
-sarung boleh ditanggalkan
-harga: RM35
untuk pertanyaan / order :sms /whatsapp 012-2808590 (ain)

Monday 16 June 2014

selamat hari bapa

Selamat Hari Bapa.

Buat bapa kepada anakku yang telah menemui penciptanya,

~semoga segala kebaikanmu selama menjadi abah Iyad akan diberikan ganjaran yang baik dari Allah S.W.T

~semoga segala kebaikan yang telah dilakukan sepanjang hayatmu akan membantu menerangi dan meluaskan kuburmu..

~semoga segala kebaikanmu akan menjadi ikutan waris tunggalmu dan memberikan pahala yang berpanjangan buatmu..

Kami amat merinduimu..

Salam sayang,
ibu Iyad.
15.06.2014