Wednesday 31 July 2013

Baju Raya oh Baju Raya

Hari ni 22 Ramadhan.1434H dan seminggu lagi umat Islam akan menyambut syawal yang mulia. Korang semua mesti dah siap sedia persiapan raya kan? Baju raya berapa pasang?

Keluarga kecil kami masih belum ada baju raya lagi yakni baju untuk dipakai di pagi 1 Syawal nanti.Yang ada pun cuma baju kemeja dan seluar jeans untuk iyad..tapi takkan la nak pakai di pagi raya kan..tak tradisional laaaa...

Alkisahnya, si isteri dan ibu yang agak mithali ni la kononnya nak menjahit sendiri baju raya untuk iyad,abah iyad dan dirinya sendiri huhuhu..Kain untuk dibuat bagu memang dah ready sejak setahun yang lepas hahaha (kes baju raya tak sempat siap jugak la tahun lepas,last-last beli baju siap je hihi)

So,hari sabtu dan ahad ni diisytiharkan sebagai hari duduk rumah saja sebab ibu nak siapkan baju raya hahhaha..

Raya ooii raya......
posted from Bloggeroid

Sunday 28 July 2013

ainur-on progress

entry pendek je malam ni..nak tunjuk projek / kerja yang tengah dibuat sekarang..beg kait untuk ainur..dah siap nanti saya update hasilnye..




posted from Bloggeroid

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat bulan Ramadhan sekali lagi..Lebih kurang 2 minggu lagi umat Islam akan merayakan Syawal..Macamana persiapan raya korang? Mesti sangat meriahkan.. Tahun ni persiapan kami sekeluarga amatlah sederhana sahaja..

Bila cerita bab raya ni,semestinya tailor-tailor tengah tersangatlah sibuknya kan..Begitu jugak dengan yang mengambil tempahan kuih raya.. ofkos korang tak sempat nak tengok drama-drama kat TV sekarang ni kan dek sebab kesibukan tu..

Yang penting jangan mengeluh..sebab kudrat kita itulah yang menjadi rezeki kita.. Alhamdulillah,saya pun tengah menyiapkan tempahan beg kait tempahan kawan sepejabat.. Ada 3 item yang ditempah;beg kait besar , beg kait kecil dan cekak.. Dah hampir siap , Insya Allah, minggu depan dah boleh serah kat tuan punya badan hihi.. harap-harap anak-anak buah beliau suka dengan hasil kerjatangan saya..

Terima Kasih diatas rezekiMu, Ya Allah...

posted from Bloggeroid