Showing posts with label kait. Show all posts
Showing posts with label kait. Show all posts

Saturday, 9 August 2014

kopiah kait versi raya

Assalamualaikum,

Baru sekarang dapat nak upload gambar kopiah-kopiah ni..haritu tak sempat nak upload sebab ada masalah dengan internet..tambahan pulak busy mengait kopiah kan..dek sebab busy sangat tu lah kami tak sempat nak buat kuih raya huhu..semua kuih raya tahun ni stok beli punya..nasib baik kat mydin kuih raya murah-murah.

Alhamdulillah,semua tempahan kopiah ni dapat saya siapkan seperti yang ditempah pelanggan.harapan saya semoga mereka tak serik menempah dengan saya hihi..mana la tau kannnn.... bukan senang nak memuaskan hati semua orang ni..lagi pun mereka  berhak mendapat hasil yang terbaik setimpal dengan apa yang dibayar.

Berminat nak belajar?Insya Allah, satu hari nanti saya akan kongsikan ilmu kraf untuk mengait kopiah ni. korang selalu-selalu la jenguk blog saya ni tau..

ececeh..membebel pulak die ni...dah,jangan layan..korang cuci mata la yer hihi

Kopiah Zayyan
Kopiah Iman
Kopiah Darwisy
Kopiah Iman lagi hihi

erm..warna kopiah kait untuk Zayyan dan Darwisy tu berbeza pulak dengan yang sebenarnya iaitu ungu..mungkin sebab guna kamera handphone je kot.

Pengumuman:
Tempahan kopiah kait untuk Hari Raya Aidiladha telah dibuka. Yang berminat untuk menempah boleh komen disini  atau whatsapp saya ye 012-2808590 (ain)

Friday, 18 July 2014

kopiah kait versi rempit

20 Ramadhan 1435H

Ini bukan kopiah versi mat rempit ye..ini namanya setelah beberapa hari merempit saya dapat siapkan 3 biji kopiah ni..kalau waktu tak merempit agak-agak sebulan baru dapat siapkan sebiji kopiah hahha..punya la efficient kan..tapi dek kerana lg 10 hari je umat Islam akan meraikan syawal,terpaksala merempit...ini pun ada lagi beberapa tempahan yang perlu disiapkan..kecut perut oii..

-3 pcs kopiah ni tempahan dari saudara terdekat saya dan kawan dia..lega sangat bila dah siap huhuhu...

1)yang MQM tu saiz kecik je untuk baby umur 6 bulan..MQM tu ape? huhu Muhammad Qayyum Muhaimin.
-harga: RM15.00

2)yang belang coklat-peach ni saiznya untuk orang dewasa..cute sangat warna ni hihi..
-harga: RM25.00

3)yang ni plak belang 3 warna merah putih dan hitam..cantik sangat warna-warna ni bila dah jadi kopiah hihi..

-harga: RM25.00


Wednesday, 2 July 2014

Kopiah kait-Lutfil Hadi

4 Ramadhan 1435H

Quote:
"it's hard to forget someone who gave you so much to remember"

Lai...Lai...
korang ngantuk kan? jom cuci mata dan cuci minda dulu biar segar balik jap lagi..perut pun macam dah berbunyi-bunyi ni ha hahah..sabarla duhai cacing-cacing sekalian, belum tiba masanya lagi...

Sehingga raya ni saya ada beberapa biji kopiah untuk disiapkan dan jangan tak tau, tempahan untuk sebelum raya dah ditutup..kalau order pun lepas raya baru dapatlah..huhu rasa sekejap je pulak bulan Ramadhan ni..harap-harap saya dapat siapkan semua tempahan dan jugak meningkatkan amalan saya seiringan...insya Allah..

Ini satu kopiah yang dah disiap..tempahannye pakej dengan bantal felt yang dah saya ceritakan dalam entry sebelum ini.

details:
-benang : NONA

-saiz: 17 inci (ukurlilit kepala)

-umur: 8 bulan

-tulisan nama: Lutfil Hadi

-harga: RM15.00

kalau ada yang berminat nak tempah boleh komen kat sini..atau whatsapp saya di 012-2808590 (ain)

Thursday, 29 August 2013

barang kait untuk ainur dan qamarina

assalamualaikum n selamat pagi..

Jom mulakan hari yang indah dengan mencuci mata tengok gambar-gambar hasil kraftangan saya hihihi...

ingat lagi tak entry tentang ainur-on progres?ini la hasilnya setelah disiapkan..sori ye gambar tidak begitu clear..maklumla hp cokia je..hihi..





                                                        beg untuk ainur

gambar-gambar yang kat bawah ni pulak order dari cust yang sama jugak...cuma yang ni untuk anak buahnya yang lagi sorang...umur dalam 4 tahun kot...untuk order yang ni beliau mintak dibuatkan beg silang dan cekak dengan tulisan nama 'qamarina'... jom tengok-tengok...

















kalau berminat nak order,sms / whatsapp kat 019-6442017-ain
posted from Bloggeroid

Sunday, 28 July 2013

ainur-on progress

entry pendek je malam ni..nak tunjuk projek / kerja yang tengah dibuat sekarang..beg kait untuk ainur..dah siap nanti saya update hasilnye..




posted from Bloggeroid

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat bulan Ramadhan sekali lagi..Lebih kurang 2 minggu lagi umat Islam akan merayakan Syawal..Macamana persiapan raya korang? Mesti sangat meriahkan.. Tahun ni persiapan kami sekeluarga amatlah sederhana sahaja..

Bila cerita bab raya ni,semestinya tailor-tailor tengah tersangatlah sibuknya kan..Begitu jugak dengan yang mengambil tempahan kuih raya.. ofkos korang tak sempat nak tengok drama-drama kat TV sekarang ni kan dek sebab kesibukan tu..

Yang penting jangan mengeluh..sebab kudrat kita itulah yang menjadi rezeki kita.. Alhamdulillah,saya pun tengah menyiapkan tempahan beg kait tempahan kawan sepejabat.. Ada 3 item yang ditempah;beg kait besar , beg kait kecil dan cekak.. Dah hampir siap , Insya Allah, minggu depan dah boleh serah kat tuan punya badan hihi.. harap-harap anak-anak buah beliau suka dengan hasil kerjatangan saya..

Terima Kasih diatas rezekiMu, Ya Allah...

posted from Bloggeroid