Showing posts with label kraf. Show all posts
Showing posts with label kraf. Show all posts

Saturday, 9 August 2014

kopiah kait versi raya

Assalamualaikum,

Baru sekarang dapat nak upload gambar kopiah-kopiah ni..haritu tak sempat nak upload sebab ada masalah dengan internet..tambahan pulak busy mengait kopiah kan..dek sebab busy sangat tu lah kami tak sempat nak buat kuih raya huhu..semua kuih raya tahun ni stok beli punya..nasib baik kat mydin kuih raya murah-murah.

Alhamdulillah,semua tempahan kopiah ni dapat saya siapkan seperti yang ditempah pelanggan.harapan saya semoga mereka tak serik menempah dengan saya hihi..mana la tau kannnn.... bukan senang nak memuaskan hati semua orang ni..lagi pun mereka  berhak mendapat hasil yang terbaik setimpal dengan apa yang dibayar.

Berminat nak belajar?Insya Allah, satu hari nanti saya akan kongsikan ilmu kraf untuk mengait kopiah ni. korang selalu-selalu la jenguk blog saya ni tau..

ececeh..membebel pulak die ni...dah,jangan layan..korang cuci mata la yer hihi

Kopiah Zayyan
Kopiah Iman
Kopiah Darwisy
Kopiah Iman lagi hihi

erm..warna kopiah kait untuk Zayyan dan Darwisy tu berbeza pulak dengan yang sebenarnya iaitu ungu..mungkin sebab guna kamera handphone je kot.

Pengumuman:
Tempahan kopiah kait untuk Hari Raya Aidiladha telah dibuka. Yang berminat untuk menempah boleh komen disini  atau whatsapp saya ye 012-2808590 (ain)

Thursday, 19 June 2014

Bantal felt-Iskandar & Myra

sejak peristiwa sedih di bulan Februari tu, aktiviti berkraf terpaksa ditangguhkan dan tempahan-tempahan pun tak dapat saya siapkan. Susah bebeno rasanya nak buat sesuatu bila orang yang  selalu memberi semangat dah takde..macam lagu separuh jiwaku pergi tu lah... hurmmmm
(sayang rindu abang huhuhu)..

Apepun,saya perlu meneruskan kehidupan demi anak kecil kami.

Dan akhirnya....
saya telah berjaya menyiapkan 2 biji bantal tempahan dari opismate untuk anak-anaknya iaitu Iskandar dan Humaira (Myra)..segan pun segan jugak sebab dah lama sangat tertangguh. Alhamdulillah,mereka memahami apa yang saya lalui..

Details berkenaan bantal customade ni:
-saiz: 14 inci x 12 inci
-isi : kekabu
-sarung boleh ditanggalkan
-harga: RM35
untuk pertanyaan / order :sms /whatsapp 012-2808590 (ain)

Friday, 15 November 2013

pou gebus-gebas

Assalamualaikum..(sambil kibas-kibas sawang kat blog)

hari nk nak citer pasal pou..korang mesti tau kan pou tu ape??haha ala game yang boleh kita download kat telefon pintar tu la..tak tau jugak lagi??tengok gambar dari en.google ni..

  

haaaaa...comelkan??ni la namanye pou..oleh sebab kecomelan beliau, saya telah menghasilkan keychain untuk iyad dan lekatkan kat beg sekolahnya hihi..

dan ada pulak kawan-kawan opis yang berminat nak tempah..so inilah pou versi saya






pun comel jugak kan??hihi...

so kalau ada yang nak menempah, boleh tinggalkan komen kat sini atau Pm je saya kat www.facebook.com/afcraftzone.2013

itu je ceritanya, daaa...