Sunday 28 September 2014

Pemenang Giveaway September 2014

Hujung minggu ni terasa cepat sangat berlalu dengan aktiviti bersama keluarga yang sangat padat hhahaha..dari aktiviti masak-memasak, makan-makan dan budak-budak ni mestila dengan aktiviti bermain diorang kan.Kitorang pun sempat jugak mengambil stok tudung untuk dijual hihi..nanti saya upload ye gambar-gambar tudung tu.

oh, 26 haribulan hari tu saya dah umumkan nama pemenang untuk giveaway AFIF Creative bagi bulan September 2014 yang telah dimenangi oleh Leen Tajudin dari Johor Bahru. In Sha Allah,saya akan poskan hadiah secepat mungkin.

Semalam pulak ada kawan yang mesej saya di whatsapp.Katanya nak ajak saya join venture untuk giveaway yang akan datang..wahhhh macam seronok je bunyinye kan..

Oleh iti, setelah perbincangan, kami bersetuju untuk mengumumkan giveaway Oktober 2014 pada tarikh November 2014. Korang semua tunggu tau....

yang bestnya, giveaway kali ni pemenang akan dapat 2 hadiah tajaan dari kami..waaaaaahhhhhh.... :-)

Tuesday 23 September 2014

Giveaway September 2014

Dah lama rasanya saya tak buat giveaway kan..oleh itu,bermula hari ahad lepas saya telah melancarkan giveaway saya untuk bulan September 2014 ini..cewahhh..rasa macam MB plak bila guna perkataan melancarkan tu hahhaahha...

jangan risau,sempat lagi kalau korang nak join ni  sebab giveaway ini hanya akan berakhir pada 24 September iaitu esok!

cepat-cepat...hanya perlu like,share and win!!

nak tau lebih lanjut,klik kat sini

https://www.facebook.com/afcraftzone2013?ref=bookmarks

hadiahnye berupa drawstring bag yang comelllll sangat..sesuai sangat kalau nak letak pampers anak ke,barang make up ke,alat tulis ke..macam-macam lagi la boleh letak hihi

kepada yang mencuba tu semoga berjaya ye..

Friday 19 September 2014

Ribbon Clutch

hai tawan-tawan..... hihi

meh saya nak blanje gambar ribbon clutch yang comel ni..teaser je tau..yang keseluruhan belum lagi..so tunggu ye..

Kenapa clutch ni sangat istimewa?

sebab daripada clutch yang biasa-biasa je boleh bertukar jadi ribbon clutch bila pelekat velcro tu dicantumkan..

Saturday 13 September 2014

Shaklee: Promosi September 2014

Tengah skrol-skrol entry untuk bulan September ni baru terperasan saya belum lagi buat entry promosi SHAKLEE untuk bulan ni.huhu..sabo je la.. Nak bagitau bulan ni ada promosi berganda dari Shaklee iaitu Mealshakes dan Collagen Powder.

Promosi September

Shaklee Collagen Powder, sekotak RM298 >> beli 6 Percuma 1(Jimattttt RM298)

Meal Shakes, setin RM113 >> beli 3 Percuma 1(Jimattt RM113)

memang jimat kan??

Colagen Powder

-Ujian klinikal yang telah dijalankan oleh Shaklee menyatakan penggunaan selama 8 minggu secara KONSISTEN untuk mendapatkan kesan2 seperti di bawah:

~Meningkatkan kelembapan kulit 

~Mengurangkan kekeringan kulit

~Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit

~Meningkatkan ketebalan rambut 

~Meningkatkan keserian, tona & warna kulit 

~Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

~awet muda

MEAL SHAKES

Siapa yang perlukan?

~Kanak-kanak [terutama yang kurang selera makan, picky eater, sembelit, mudah selsema/demam, asthma, obesiti]

~ibu hamil – untuk kekal cergas dan bertenaga…

~Ibu yang menyusukan – mealshake membekalkan vitamin dan mineral penting yg diperlukan badan…

~Wanita yg idamkan kulit cantik.. – mealshake mengandungi vitamin antioksidan (Vitamin A, C dan E)

~Anda yang sering skip sarapan - makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic, mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta  kaya dengan sumber kalsium dan protein.

~Pesakit yg baru lepas pembedahan – mengandungi zinc yg membantu dalam proses cepat baik luka pembedahan…

~Seisi keluarga – untuk kesihatan secara menyeluruh.:-)

Friday 12 September 2014

Kisah Soalan Bocor

Baru je semalam saya draf entry nk ucapkan selamat berjaya kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), tiba-tiba saya dikejutkan berita tentang kertas soalan bocor! wahhhhh....apekah?

Saya memang tidak sangka perkara ini akan terjadi sebab selama ni hanya khabar-khabar angin je tentang soalan peperiksaan bocor ni..tapi kali ni memang betul-betul terjadi..semoga calon-calon UPSR tidak patah semangat dan tetap menjawap soalan dengan sebaiknya..Untuk Muaz jugak ye!

Dalam pada kita sibuk dengan soalan bocor tu,saya tertarik dengan status ni...huhuhu



#insaf
#muhasabahdiri
#soalanbocor
#upsr

Inilah Perjalanan Hidupku

Assalamualaikum..

Terpanggil untuk share satu pesanan dari Ustaz Kazim Elias (ustaz kegemaran saya tu :-) ) berkenaan perjalanan hidup kita yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T yang merupakan sebaik-baik perancang.

Betul, biar pun kehidupan yang kita lalui ini penuh dengan kegembiraan, kesedihan ataupun penderitaan, kita kena yakin dengan qada' dan qadar yang telah ditentukan.

Inilah perjalanan hidupku..

Terima kasih Ya Allah kerana mengasihiku..

short entry @ 4.10am
12.09.2014

#tujuhbulantelahberlalu
#masihtetapmerinduimu