Thursday 28 February 2013

wedding guestbook

alhamdulillah...hasil pertama yang agak memuaskan hati..

guestbook ini untuk dihadiahkan kepada sepupu saya yang akan berkahwin pada April, 2013 nanti..

semoga perkahwinan mereka diberkati dan dirahmati oleh-Nya..ameeennn..

berminat untuk menempah?komen sahaja disini..


Tuesday 26 February 2013

bunga kertas gulung

tempahan fridge magnet bunga quilling lagi dari kelantan..*-jauhnya kan hihi

5pcs fridge magnet...

love the colours !! *-*


quilling fridge magnet

dah siap dah n dah sampai pon ke tuan empunya dirinya hihi..

50 pcs fridge magnet tempahan kawan facebook untuk dihadiahkan kepada pelanggan-pelanggan shakleenye hihi..

terima kasih ye..nanti beli lagi tau... :)

**gambar cuma sebahagian dari 50pcs fridge magnet


Thursday 14 February 2013

work on progress-Feb 2013

sekarang ni tengah berlumba-lumba dengan masa nak menyiapkan tempahan 50pcs fridge magnet dengan bunga quilling..nampak macam sikit tapi nak membuatnya memang lenguh la tangan hahaha...tp SERONOK!!

baru siap 20 pcs....another 30 pcs to go..

caiyok2..

insya Allah


Saturday 2 February 2013

world of quilling

sekarang ni tengah addicted sangat dengan quilling..asalkan ada masa terluang (especially masa si kecik tengah tido),mesti nak menggulung-gulung kertas hihi..

tau tak apa quilling tu?quilling tu adalah seni menggulung kertas dan dibentukkan menjadi pelbagai corak yang menarik especially bunga-bungaan..

ini adalah contoh-contoh bunga quilling yang telah saya hasilkan..(sori ye,kualiti gambar kurang memuaskan)

                               







Friday 1 February 2013

sihat dengan shaklee


Assalamualaikum..entri kali ni saya nak share tentang supplement shaklee yang baru saya amalkan sejak sebulan yang lalu...suplement yang saya amalkan dan kebaikannya adalah:

a)B-complex:
-menggalakkan kesihatan       jantung,mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan,mengurangkan fungsi otak,menukarkan makanan menjadi tenaga

b)Alfafa Complex:
-kaya dalam nutrisi dan mineral surih,mengurangkan toksin,melegakan rasa kebas dan sakit sendi,merendahkan kolestrol

c)chewable vita-c 100mg
-meningkatkan penyerapan zat besi,untuk kesihatan tulang,gigi dan gusi serta struktur am tubuh badan,membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan


Saya telah mengalami healing crisis selepas memakan suplement-suplement tersebut iaitu muka saya sentiasa gatal selama seminggu..mulanya rasa macam nak give up jugak sebab dah tak tahan gatal..alhamdulillah,selepas seminggu tiada lagi healing crisis dan keadaan menjadi normal semula..dan sekarang,kulit muka saya masih lagi dalam tempoh pemulihan..

And amazingly!,tiada lagi senggugut yang menyakitkan..alhamdulillah,shaklee bukan sahaja membantu mencantikkan kulit tetapi juga boleh membantu wanita-wanita diluar sana.

insya Allah..


berkenalan dengan shaklee

dalam tahun 2012 ada pengalaman pahit yang tak boleh saya lupa..tak tahu la kat mana puncanya tiba-tiba saya mengalami kegatalan satu badan kecuali muka..puas la menggaru- garu sampai melecet n berdarah2..cuba bayangkan kepedihan yang terpaksa saya tanggung semasa kerja luar...dalam cuaca panas lagilah kegatalannya menjadi-jadi...fuhh...memang penuhla parut kat badan masa tu..nasib baikla kat muka tak kena gatal-gatal..masa tu selain makan ubat doktor,pergi jugak berubat cara tradisional ngan makan ubat sensei...lama jugak n dah macam-macam ubat makan baru la elok..

 pastu dah lama lepas tu,naik pulak gatal-gatal kat muka..habis satu muka bengkak..buntu jugak la masa tu nak pegi keja..malu pun ada..last-last buat keputusan pegi jumpa pakar kulit..ada hama katanya kat muka ngan badan yang buat saya gatal-gatal tu..doc pakar tu bagi ubat makan n sapu tp kulit muka jadi kering sangat & tetap jugak rasa gatal lagi..(buat rugi 180 hengget je huhu).. tak tahan,pegi pulak kat klinik yang kawan opis suggest..kena injek 2 kali..satunya doc tu injek ubat tahan gatal supaya saya tak menggaru-garu dan boleh buat kulit muka jadi lagi worse..satu lagi doc tu injek vitamin c untuk pulihkan kulit..alhamdulillah,lepas tu baru la ada rasa kelembapan kat kulit muka ni..fuhhh lega.... (harga 2x injek +- rm120)

 tak mampu rasanya nak pegi injek kat doc setiap kali muka gatal kan...so,saya pun mula mencari-cari kat internet produk-produk yang boleh mengurangkan allergy saya yang sangat teruk ni..byk info yang dapat & the best choice yang saya pilih adalah shaklee sebab shaklee ada vitamin c (hihi doc kan injek saya dengan vitamin c)..macam tu la perkenalan saya dengan shaklee..nak tau berkesan ke x...tungguuuu....