Tuesday 12 September 2017

Bahagia Yang Jauh


Assalamualaikum and selamat malam,
Hari ni Kak N nak share sinopsis novel yang bertajuk "Bahagia Yang Jauh". Novel ni merupakan salah satu novel bestseller di BBO (belibukuonline.my) tau.

Jom layan...
Kalau nak order whatsapp kak N ye
0189788190
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahagia Yang Jauh

Tajuk : Bahagia Yang Jauh
Penulis : Nuril Bahanudin
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-28-1
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
Vee Layla Adib, punya kehidupan yang tidak seindah namanya. Dari kecil diri dia tidak putus-putus diuji. Kasih yang diharapkan dari darah daging sendiri pun terlalu sukar untuk dia raih. Ada emak, emak membenci. Ada ayah, ayah menafikan hak dia sebagai seorang anak hanya kerana kegagalan mengemudi rumah tangga sendiri. Salah dan silap semua dituding ke arah dia kerana kata mereka dia adalah pembawa nasib yang paling malang!
Adib : “Baik…Kalau you nak cerai, cerailah. I akan ceraikan you! Lepaskan you dengan 1 syarat!”
Puan Sharina : “Apa syaratnya?”
Adib : “Bawa budak tu sekali! I tak mahu budak tu.”
Pernah sekali dia jatuh cinta, namun cintanya terlarang.
Ghazi Najmi: “Dari dahulu lagi kalau sesuatu itu sudah menjadi milik aku, maka ia tetap akan jadi milik aku selama-lamanya. Kau faham maksud aku?”
Pernah sekali dia berumah tangga, namun rumah tangganya musnah dek kecurangan.
Fayyad Bakri : “Sepatutnya I tak perlu kahwini you dahulu. Menyusahkan saja!”
Kadang-kadang dia lelah, penat sangat namun hidup tetap perlu diteruskan walaupun ujian yang hadir bertali arus.
Hans : “Pandang saya lama-lama, muat ke nanti?”
Vee : “Muat apa?”
Hans : “Nak simpan saya dalam hati awak tu Vee.”
Kehadiran Hans Mikael yang secara tiba-tiba di dalam hidupnya membuatkan hati yang layu kembali memekar dengan rasa kasih sayang. Namun dia takut. Takut memberi hatinya kerana bimbang terluka dan terus terluka. Terlalu kerap dilukai sampai dia menjadi trauma.
Mampukah dia miliki bahagia bila bahagia itu seperti tak sudi untuk mendatanginya? Terlalu jauh untuk dia gapai dan dakap. Terlalu tinggi untuk dia capai dan raih.

Thursday 7 September 2017

Rahsia Mudahnya Shopping Buku Online

Assalamualaikum,
Korang minat membaca tak? Tak kisahla novel ke, majalah ke, buku resepi masakan ke atau macam ada sorang kawan Kak N ni yang hobinya membaca jugak...tapi die minat membaca buku akaun dia sendiri hahaha..Kak N tak tahula buku akaun dia tu ada aura positif ke negatif. Takpelah, janji dia happy kan.

Kak N ni pulak memang jenis yang minat membaca. Selalunya Kak N akan baca blog-blog orang lain terutamanya yang selalu share pasal pengalaman dorang atau cara dorang  menghadapi sesuatu perkara. Kak N kagum sangat dengan bakat yang ada pada para blogger yang ada di Malaysia ni, gaya penulisan dan penceritaan dorang memang santai. Lagi satu, Kak N respek jugak kat  kawan-kawan yang update status FB panjang-panjang..Kalau Kak N, mesti dua-tiga baris ayat je haha..Hurmmm..bila la Kak N nak pandai menulis ni.

Untuk novel pulak, Kak N sekarang ni suka baca novel yang diadaptasi ke drama.Contohnya macam drama bersiri yang baru habis ditayangkan di TV3 hari tu yang bertajuk “Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin”. Tapi malangnya sampai cerita tu habis ditayangkan pun Kak N tak dapat memiliki novelnya lagi. Almaklumlah, nak keluar ke kedai buku pun Kak N tak berkesempatan.Sedihkan?

Godek punya godek kat Pakcik Google, akhirnya Kak N dapat tau yang kita boleh order buku-buku yang kita minat secara online je..Laaaa selama ni ingat buku-buku kena pegi beli kat kedai buku jeeee..ape lagi, Kak N pun mendaftarkan diri la. Tak lama lagi Kak N pasti akan memesan novel-novel kesukaan Kak N melalui online sahaja..yihaaa!!

Kalau korang berminat nak tempah buku melalui Kak N pun boleh jugak.Penghantaran ke seluruh negara. Jangan memain, tempahan buku ke Australia pun pernah dihantarkan melalui pos tau.

Page: Mudahnya Shopping Buku Online
Instagram:shopping_buku_online

Whatsapp: 018-9788190


Salam Sayang,
Kak N
Novel "Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin"

Sunday 23 April 2017

Bunga-bunga cinta 2017

Macam tajuk lagu pulak kan entry saya kali ni hahah.

Bukan apa, sebenarnya kami sekeluarga tengah excited ni sebab pagi-pagi esok kami akan pergi meminang si bunga untuk adik kami. Dengar-dengar dah hampir 9 tahun mereka berkawan, sedang elok sangatla untuk melangkah ke tangga seterusnya kan.    

Mak saya kata nervous juga sebab ini pertama kali kami pergi meminang kerana sebelum-sebelum ini kami hanya menunggu pinangan datang ke rumah hahahhaa..

Selamat malam,
Nah, saya belanja bunga kembang mekar.





Friday 10 March 2017

Perpindahan bukan abadi



Assalamualaikum..pagi-pagi bila buka laman sosial FB (facebook), hati dah terasa pilu.Rupanya sudah genap 3 tahun mak ayah dan adik-adik berpindah ke Negeri Sembilan kerana ingin menemankan saya dan anak 😂😂.

Gambar ini diambil sehari sebelum mereka berpindah dan keadaan rumah sewaktu itu sudah hampir kosong sepenuhnya.  Sedih!  Tidak mampu saya membalas pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk saya dan anak. Demi kami,mereka terpaksa meninggalkan rumah yang telah mereka duduki sejak lebih 30 tahun dulu.

Ya Allah,
Kau berikanlah ganjaran yang baik diatas segala pengorbanan yang telah keluargaku lakukan..Aaminnn


Thursday 9 March 2017

Mudahnya kita melupakan kesakitan



Alhamdulillah..masih lagi dipanjangkan umur saya dan diberikan keizinan oleh Nya Yang Maha Kuasa untuk kembali mencoretkan cerita di blog yang sepi ini.hahaha....

Beberapa hari ini Allah hadirkan ujian untuk saya dengan sebutir bisul di bahagia ke**ak yang semakin lama semakin membesar dan memberikan impak kesakitan yang amat sangat terutamanya apabila anak teruna mengajak bermain badminton bersamanya. Tapiiii...ibu tetap layankan jugak dengan seikhlas hati 😊😊.

Kesakitan yang saya alami kini mengingatkan saya kenangan yang berlaku pada hujung tahun 2016 iaitu sebutir bisul membengkak di belakang tengkuk saya. Pada waktu itu, saya merasakan inilah antara kesakitan yang paling teruk pernah saya hadapi. Sudahla di belakang tengkuk sakit berdenyut-denyut, malahan semakin stress kerana saya tidak dapat melihat bisul itu. Apa yang dapat saya lakukan ketika itu hanyalah memicit dan terus memicit bisul itu sehingga punatnya terkeluar.

Tapi korang jangan ikut cara saya tau!hihi
dan kesan bisul itu telah pulih sepenuhnya.

Apabila tangan saya mengusik dibelakang tengkuk tempat si bisul itu pernah singgah,tiada lagi kesakitan atau kesan yang saya rasai kini.

Apabila telah sembuh,mudahnya saya melupakan kesakitan dulu 😕😕.

Begitulah kehidupan kita..segala yang pahit akan mudah kita lupakan dengan mencari kegembiraan dalam kehidupan.