Friday 18 July 2014

kopiah kait versi rempit

20 Ramadhan 1435H

Ini bukan kopiah versi mat rempit ye..ini namanya setelah beberapa hari merempit saya dapat siapkan 3 biji kopiah ni..kalau waktu tak merempit agak-agak sebulan baru dapat siapkan sebiji kopiah hahha..punya la efficient kan..tapi dek kerana lg 10 hari je umat Islam akan meraikan syawal,terpaksala merempit...ini pun ada lagi beberapa tempahan yang perlu disiapkan..kecut perut oii..

-3 pcs kopiah ni tempahan dari saudara terdekat saya dan kawan dia..lega sangat bila dah siap huhuhu...

1)yang MQM tu saiz kecik je untuk baby umur 6 bulan..MQM tu ape? huhu Muhammad Qayyum Muhaimin.
-harga: RM15.00

2)yang belang coklat-peach ni saiznya untuk orang dewasa..cute sangat warna ni hihi..
-harga: RM25.00

3)yang ni plak belang 3 warna merah putih dan hitam..cantik sangat warna-warna ni bila dah jadi kopiah hihi..

-harga: RM25.00


Monday 14 July 2014

Iyad Faidy 3 tahun

Anak ibu,
hari ini kamu sudah genap 3 tahun
kamu sudah besar sayang..
Sehingga kini, masih terbayang lagi kesakitan sewaktu melahirkanmu
juga masih terasa lagi hangatnya tangan abah menggenggam tangan ibu yang menahan kesakitan
itulah memori yang sangat indah untuk ibu kenangkan

Anak ibu,
Dengan penuh kasih dan pengharapan,
Ibu berdoa kepada Allah S.W.T
semoga dirimu sentiasa didalam lindungan dan rahmat-Nya,
semoga dirimu membesar dengan gembira, sihat dan ceria selalu..
semoga dirimu menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan arwah abah dan ibumu
semoga dirimu berjaya menjadi mukmin yang sejati
semoga dirimu menjadi kebanggaan ibu dan keluarga kita.
aminnn....

Anak ibu,
Ibu dan abah sangat menyayangi kamu
Berdoalah semoga keluarga kita dapat bersama lagi suatu hari nanti di Jannah Allah..
Insya Allah

salam sayang dari,
ibumu

Sunday 6 July 2014

Arjuna Beta

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bila mood sedih datang, mula la layan lagu sedih-sedih je... :’-(

Friday 4 July 2014

Bestnya Alfafa Shaklee

06 Ramadhan 1435H
~Bertabahlah duhai hati~

Saya teringat perbualan saya dengan sorang teman tidak lama dahulu berkenaan pengalaman beliau sejak mengamalkan supplement Shaklee ni. Mulanya beliau membeli set kurus Shaklee untuk menurunkan berat badan tapi saya sangat teruja apabila beliau memberitahu saya bahawa masalah keputihan yang dialaminya turut hilang..alhamdulillah...

Korang mesti tau kan dalam set kurus shaklee ni terdapat supplement dipanggil alfafa yang sememangnya mempunyai khasiat untuk membina ketahanan badan terhadap jangkitan..sebab tu keputihan pun boleh hilang!

Menarik kan? Jom kita tengok apa lagi kandungan vitamin yqng terdapat dalam alfafa ni sehingga menjadikannya sangat bagus untuk badan kita:

☑ Vitamin A – baik untuk penglihatan dan membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan penting semasa kehamilan.

☑ Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

☑ Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

☑ Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

☑ Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

☑ Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

apa pula mineral yang ditemui didalam supplement alfafa Shaklee ni?

 Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

 Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

 Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

 Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

 Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

 Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

 Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Shaklee independent distributor anda,
ain (012-2808590)

Thursday 3 July 2014

Rezeki Raya

Nothing to say except;
ALHAMDULILLAH....
terima kasih PM dan Kerajaan Malaysia :-)

Wednesday 2 July 2014

Kopiah kait-Lutfil Hadi

4 Ramadhan 1435H

Quote:
"it's hard to forget someone who gave you so much to remember"

Lai...Lai...
korang ngantuk kan? jom cuci mata dan cuci minda dulu biar segar balik jap lagi..perut pun macam dah berbunyi-bunyi ni ha hahah..sabarla duhai cacing-cacing sekalian, belum tiba masanya lagi...

Sehingga raya ni saya ada beberapa biji kopiah untuk disiapkan dan jangan tak tau, tempahan untuk sebelum raya dah ditutup..kalau order pun lepas raya baru dapatlah..huhu rasa sekejap je pulak bulan Ramadhan ni..harap-harap saya dapat siapkan semua tempahan dan jugak meningkatkan amalan saya seiringan...insya Allah..

Ini satu kopiah yang dah disiap..tempahannye pakej dengan bantal felt yang dah saya ceritakan dalam entry sebelum ini.

details:
-benang : NONA

-saiz: 17 inci (ukurlilit kepala)

-umur: 8 bulan

-tulisan nama: Lutfil Hadi

-harga: RM15.00

kalau ada yang berminat nak tempah boleh komen kat sini..atau whatsapp saya di 012-2808590 (ain)