Showing posts with label kopiah. Show all posts
Showing posts with label kopiah. Show all posts

Saturday, 9 August 2014

kopiah kait versi raya

Assalamualaikum,

Baru sekarang dapat nak upload gambar kopiah-kopiah ni..haritu tak sempat nak upload sebab ada masalah dengan internet..tambahan pulak busy mengait kopiah kan..dek sebab busy sangat tu lah kami tak sempat nak buat kuih raya huhu..semua kuih raya tahun ni stok beli punya..nasib baik kat mydin kuih raya murah-murah.

Alhamdulillah,semua tempahan kopiah ni dapat saya siapkan seperti yang ditempah pelanggan.harapan saya semoga mereka tak serik menempah dengan saya hihi..mana la tau kannnn.... bukan senang nak memuaskan hati semua orang ni..lagi pun mereka  berhak mendapat hasil yang terbaik setimpal dengan apa yang dibayar.

Berminat nak belajar?Insya Allah, satu hari nanti saya akan kongsikan ilmu kraf untuk mengait kopiah ni. korang selalu-selalu la jenguk blog saya ni tau..

ececeh..membebel pulak die ni...dah,jangan layan..korang cuci mata la yer hihi

Kopiah Zayyan
Kopiah Iman
Kopiah Darwisy
Kopiah Iman lagi hihi

erm..warna kopiah kait untuk Zayyan dan Darwisy tu berbeza pulak dengan yang sebenarnya iaitu ungu..mungkin sebab guna kamera handphone je kot.

Pengumuman:
Tempahan kopiah kait untuk Hari Raya Aidiladha telah dibuka. Yang berminat untuk menempah boleh komen disini  atau whatsapp saya ye 012-2808590 (ain)

Friday, 18 July 2014

kopiah kait versi rempit

20 Ramadhan 1435H

Ini bukan kopiah versi mat rempit ye..ini namanya setelah beberapa hari merempit saya dapat siapkan 3 biji kopiah ni..kalau waktu tak merempit agak-agak sebulan baru dapat siapkan sebiji kopiah hahha..punya la efficient kan..tapi dek kerana lg 10 hari je umat Islam akan meraikan syawal,terpaksala merempit...ini pun ada lagi beberapa tempahan yang perlu disiapkan..kecut perut oii..

-3 pcs kopiah ni tempahan dari saudara terdekat saya dan kawan dia..lega sangat bila dah siap huhuhu...

1)yang MQM tu saiz kecik je untuk baby umur 6 bulan..MQM tu ape? huhu Muhammad Qayyum Muhaimin.
-harga: RM15.00

2)yang belang coklat-peach ni saiznya untuk orang dewasa..cute sangat warna ni hihi..
-harga: RM25.00

3)yang ni plak belang 3 warna merah putih dan hitam..cantik sangat warna-warna ni bila dah jadi kopiah hihi..

-harga: RM25.00


Wednesday, 2 July 2014

Kopiah kait-Lutfil Hadi

4 Ramadhan 1435H

Quote:
"it's hard to forget someone who gave you so much to remember"

Lai...Lai...
korang ngantuk kan? jom cuci mata dan cuci minda dulu biar segar balik jap lagi..perut pun macam dah berbunyi-bunyi ni ha hahah..sabarla duhai cacing-cacing sekalian, belum tiba masanya lagi...

Sehingga raya ni saya ada beberapa biji kopiah untuk disiapkan dan jangan tak tau, tempahan untuk sebelum raya dah ditutup..kalau order pun lepas raya baru dapatlah..huhu rasa sekejap je pulak bulan Ramadhan ni..harap-harap saya dapat siapkan semua tempahan dan jugak meningkatkan amalan saya seiringan...insya Allah..

Ini satu kopiah yang dah disiap..tempahannye pakej dengan bantal felt yang dah saya ceritakan dalam entry sebelum ini.

details:
-benang : NONA

-saiz: 17 inci (ukurlilit kepala)

-umur: 8 bulan

-tulisan nama: Lutfil Hadi

-harga: RM15.00

kalau ada yang berminat nak tempah boleh komen kat sini..atau whatsapp saya di 012-2808590 (ain)