Sunday 26 August 2018

Bagaimana untuk menggunakan "track changes" dalam Microsoft Words







Assalamualaikum dan selamat petang,
Untuk tahun 2018 ni, Kak Ain ada part time job yang baru iaitu sebagai seorang freelance editor.
Seperti yang kita semua tahu, tugas editor ni ialah mencari kesalahan ejaan atau tatabahasa yang dilakukan oleh penulis dan memperbetulkannya. Selain itu, editor juga perlu melihat kesesuaian ayat penulis supaya artikel atau buku tersebut menarik untuk dibaca.

Kalau manuskrip tak best memang susah la nak tarik pembaca kan!

Untuk menjadi editor ni, Kak Ain dah belajar satu perkara yang baru iaitu "track changes" dalam dokumen yang menggunakan Microsoft Words. "Track Changes" ini adalah bertujuan untuk melihat perubahan yang telah dilakukan oleh pihak editor dan penulis pula berhak untuk menerima perubahan itu atau menolaknya.

Kat sini Kak Ain nak tunjuk serba sedikit fungsi  dan cara menggunakan "track changes" ni.

1. Buka dokumen dalam Microsoft Words
2. Klik pada review pada window panel dan seterusnya klik "track changes"
3. Klik change tracking option dan anda boleh memilih warna-warna yang berbeza untuk menunjukkan insertion atau deletion yang anda lakukan.
4. Edit dokumen.

ok korang.
SELAMAT MENCUBA!
contoh setelah track changes diaktifkan
pilihan warna mengikut jenis perubahan yang hendak dilakukan.