Wednesday 26 February 2014

Vivix-Penemuan Revolusionari

Assalamualaikum dan selamat pagi..Hari ini genap 2 minggu arwah suami pergi meninggalkan kami...masih terbayang-bayang kelibatnya dan terngiang-ngiang suaranya..sesungguhnya kami RINDU...!! semoga arwah tenang disana..aminnn

Oppssa..cukup dah sedih-sedih...hari ni nak cerita pasal Vivix pulak..Vivix ni merupakan supplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan dan berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular..menarik kan...hihihi

4 mekanisma penuaan pada tahap selular tersebut ialah:

1)Kerosakan DNA
-setiap hari,setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA dan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA

2)Pengawalan Genetik
-Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3)Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
-Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan pembentukan mitochondria yang baru untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.

4)Penimbunan protin AGE
-Penimbunan berlebihan protin AGE (Advance Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.



posted from Bloggeroid

Tuesday 25 February 2014

Perpisahan abadi

12 Februari 2014 suami tersayang telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan saya bersama anak kecil kami...terasa separuh semangatku turut pergi bersamanya...

Ya Allah,kau tempatkanlah roh suamiku bersama orang-orang yang Kau kasihi..aminnnn

~semoga roh arwah tenang disana
~kami sangat menyayangimu
~Al-Fatihah

Izinku Pergi-Kaer

Sinaran mata cerita segala
duka lara terpendam
memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
abadi kasih kita
kau bawa bersama
mimpi indah mekar
saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
membara kerana ia
tiada niatku

Tersemat dijiwa setia bersamanya
cinta murni berdua
beribu tahunnya
mimpi indah mekar
saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana ia tiada niatku

Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
membara kerana ia tiada niatku

maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi

#izinkankupergi






posted from Bloggeroid

Saturday 8 February 2014

Permulaan 2014

Assalamualaikum..salam tahun baru di entry yang pertama untuk tahun baru ni..huhu..dah terlepas Januari baru nak wish selamat tahun baru ye..honestly, azam tahun baru pun tak sempat nak pikir hihi..

Untuk saya,permulaan tahun baru 2014 ini telah memberikan banyak cabaran..kadang-kadang terasa saya tak kuat untuk mengharunginya dan akhirnya saya menangis sendiri..Saya cuma mampu berdoa dan terus berdoa semoga kami sekeluarga diberikan kesempatan untuk sama-sama mengharungi liku-liku hidup ini.

sekian entry pendek dari saya sekadar mencuci sawang di blog..



jumpa lagi




posted from Bloggeroid