Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Monday, 2 February 2015

Fabulous Februari- Promosi Shaklee

Promosi Februari Shaklee

Assalamualaikum..selamaat pagi..

Alhamdulillah, dah masuk kita di bulan Februari yang penuh dengan kenangan sedih setahun yang lalu. Doa saya semoga saya terus diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan bersama anak dan keluarga tersayang. Kawan-kawan pun doakan saya jugak ye.

Untuk kawan-kawan yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,saya ucapkan selamat bercuti sempena Hari Wilayah..lama tu dapat cuti 4 hari sampai esok sebab esok pun cuti umum sempena perayaan Thaipusam.

Saya pun bercuti hari ni hahhaa...

Oklah,saya nak share promosi Shaklee untuk bulan ni..memamg fabulous februari lah ni..

Beli 6 Free 1:
     -Ostematrix
     -Vitalea

Beli 3 Free 1:
     - Advance Join Health Tablet
     -Vitalea untuk kanak-kanak


hebatkan promosi Februari ni.Jom kita bahagiakan ibu bapa kita yang sakit-sakit lutut atau sendi tu dengan menghadiahkan Advance Joint Health Tablet.

Tak lupa juga berikan vitalea (for kids) kepada anak-anak kita,semoga mereka membesar dengan sihat. Insya Allah

Shaklee independent distributor anda,
Ain (whatsapp 012-2808590)


Tuesday, 13 January 2015

Entry Pertama 2015

Assalamualaikum..Salam Tahun Baru 2015. Semoga tahun ini memberikan pengalaman yang lebih baik dan lebih berharga kepada kita semua.

Dah 13 januari 2015 baru dapat buat entry pertama? hahah sabo je la...saya malas nak bagitau alasan cliche tu, nanti korang bosan pulak kan.

Ye,permulaan tahun yang agak sibuk dengan tempahan-tempahan yang perlu disiapkan. Semalam pun anak bujang demam panas, risau rasanye hati ni bila tengok dia tak berdaya,melepek je kt ibu ni.. Alhamdulillah, hari ni mak saya kata iyad dah tak demam sangat, tinggal dedar-dedar sikit je..

So, hari ni nak promosi jugak sikitla hihi..Untuk bulan januari 2015 ni Shaklee bagi promosi berganda-ganda-ganda tau... Tawaran istimewa untuk Alfalfa, Vivix dan juga Vitalea for kids. Kalau ada yang berminat, meh whatsapp saya (012-2808590) cepat-cepat sebelum 31 Januari ni tau. kalau lambat tak dapekla den nak nolong ha...

hihi..

 untuk produk kraf, nnti saya akan upload gambar-gambar yer.




Saturday, 20 December 2014

Resdung Perlu Diubati Segera

Setiap pagi bersin? Bukannya bersin yang sekali dua je tapi tak berhenti-henti pulak tu sampai kadang-kadang rasa macam nak demam. Mata pulak gatalllll sangat, rasa macam nk keluarkan biji mata tu dan basuh..ngeri kan?

korang pernah rasa macam tu tak? ye, itulah antara tanda-tanda yang korang mengalami resdung. Jangan diambil ringan masalah resdung ni sebab jangkitan bakteria ini boleh merebak sehingga ke otak!

Bagi anda yang juga mengalami masalah resdung, saya sangat sarankan anda mencuba set ni yang terdiri daripada Alfafa, Vitamin B Complex dan Vitamin C Sustained Released.

Bagaimana Set Resdung membantu:

1) Alfalfa Complex
-Sifat alkali bertindak meneutralkan tubuh yang berasid dan bersifat antibakteria untuk membantu menyekat perkembangan kuman di kawasan yang dijangkiti.
-Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu menngurangkan keradangan terutama akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi dan gegata

2) Vitamin B-Complex
- Vitamin ini mengandungi B6 yang penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
-Membantu dalam pembinaan protien dalam tubuh -Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati

3) Vitamin- C Sustained Released
-Bertindak sebagai anti histamin tanpa perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan drug anti- histamin
-Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
-Meningkatkan oksigenasi pada tisu-tisu dalam tubuh badan
-Meningkatkan penyembuhan tisu


jom layan testimoni pelanggan yang mengamalkan set resdung Shaklee ni.Alhamdulillah,penderitaan beliau selama 10 tahun berakhir juga setelah bertemu Shaklee.

untuk konsultasi lanjut, boleh whatsapp 012-2808590 (ain)


AinSanusi

Saturday, 13 September 2014

Shaklee: Promosi September 2014

Tengah skrol-skrol entry untuk bulan September ni baru terperasan saya belum lagi buat entry promosi SHAKLEE untuk bulan ni.huhu..sabo je la.. Nak bagitau bulan ni ada promosi berganda dari Shaklee iaitu Mealshakes dan Collagen Powder.

Promosi September

Shaklee Collagen Powder, sekotak RM298 >> beli 6 Percuma 1(Jimattttt RM298)

Meal Shakes, setin RM113 >> beli 3 Percuma 1(Jimattt RM113)

memang jimat kan??

Colagen Powder

-Ujian klinikal yang telah dijalankan oleh Shaklee menyatakan penggunaan selama 8 minggu secara KONSISTEN untuk mendapatkan kesan2 seperti di bawah:

~Meningkatkan kelembapan kulit 

~Mengurangkan kekeringan kulit

~Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit

~Meningkatkan ketebalan rambut 

~Meningkatkan keserian, tona & warna kulit 

~Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

~awet muda

MEAL SHAKES

Siapa yang perlukan?

~Kanak-kanak [terutama yang kurang selera makan, picky eater, sembelit, mudah selsema/demam, asthma, obesiti]

~ibu hamil – untuk kekal cergas dan bertenaga…

~Ibu yang menyusukan – mealshake membekalkan vitamin dan mineral penting yg diperlukan badan…

~Wanita yg idamkan kulit cantik.. – mealshake mengandungi vitamin antioksidan (Vitamin A, C dan E)

~Anda yang sering skip sarapan - makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic, mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta  kaya dengan sumber kalsium dan protein.

~Pesakit yg baru lepas pembedahan – mengandungi zinc yg membantu dalam proses cepat baik luka pembedahan…

~Seisi keluarga – untuk kesihatan secara menyeluruh.:-)

Friday, 4 July 2014

Bestnya Alfafa Shaklee

06 Ramadhan 1435H
~Bertabahlah duhai hati~

Saya teringat perbualan saya dengan sorang teman tidak lama dahulu berkenaan pengalaman beliau sejak mengamalkan supplement Shaklee ni. Mulanya beliau membeli set kurus Shaklee untuk menurunkan berat badan tapi saya sangat teruja apabila beliau memberitahu saya bahawa masalah keputihan yang dialaminya turut hilang..alhamdulillah...

Korang mesti tau kan dalam set kurus shaklee ni terdapat supplement dipanggil alfafa yang sememangnya mempunyai khasiat untuk membina ketahanan badan terhadap jangkitan..sebab tu keputihan pun boleh hilang!

Menarik kan? Jom kita tengok apa lagi kandungan vitamin yqng terdapat dalam alfafa ni sehingga menjadikannya sangat bagus untuk badan kita:

☑ Vitamin A – baik untuk penglihatan dan membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan penting semasa kehamilan.

☑ Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

☑ Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

☑ Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

☑ Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

☑ Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

apa pula mineral yang ditemui didalam supplement alfafa Shaklee ni?

 Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

 Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

 Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

 Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

 Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

 Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

 Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Shaklee independent distributor anda,
ain (012-2808590)

Sunday, 4 May 2014

Letih Semasa Hamil?

wahh...hari ni dapat lagi berita gembira.. sorang kawan baru preggy 2nd baby..tapi kehamilan kali ni beliau sering rasa letih dan tidak bertenaga..mungkin juga kerana penat menguruskan keluarga, kerjaya dan kerja-kerja rumah.

Ada yang rasa macam tu jugak?

Jom saya sharekan supplement Shaklee yang boleh korang amalkan untuk mengurangkan simpton-simptom keletihan tu.

1) Vitalea -sebagai multivitamin dan menambah tenaga

2) B Complex - menambahkan tenaga, meningkatkan pembentukan darah, mengurangkan stress dan mencantikkan kulit.

3) Vitamin C -Membaiki tisu yang rosak dan meningkatkan sistem ketahanan badan.

4) Ostematrix -menguatkan tulang dan membekalkan kalsium kepada ibu dan juga bayi di dalam kandungan.

PM / Whatsapp
       ain
012-2808590

Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum..
hari ni saya menerima mesej dari seorang kawan yang  sedang sarat mengandung bertanyakan set berpantang Shaklee..Teringat pengalaman saya sewaktu berpantang selepas melahirkn Iyad Faidy 3 tahun yang lepas. Waktu itu saya masih belum mengenali Shaklee yang superb best ni hihi..
Masa tu saya telah membeli set berpantang *on* **g*y yang berharga lebih rm300..huhu..nak cantik & sihat punya pasal. Tak mau la nak citer banyak pasal produk tu kan,cumanya saya tak habis makan pun, sampai sekarang masih ada simpan (terjumpa masa kemas stor hari tu)..agak-agak boleh buat pekasam tak?kikiki..
Berbalik kepada topik asal kita tadi, ni saya nak cerita sikitlah tentang set berpantang Shaklee ni yang secara asasnya terdiri daripada Vitalea, Vitamin C 500mg, Zinc dan B Complex. Nak tau kenapa keempat-empat Supplement ni sangat bagus semasa berpantang? Secara keseluruhannya, kesemua vitamin yang dicadangkan itu adalah untuk memulihkan tenaga yang telah banyak digunakan semasa melahirkan dan menyembuhkan luka dengan cepat.
Nak tau lagi? Jom layan....
~Vitalea:
Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting untuk keperluan asas tubuh. Dilengkapi dengan zat besi untuk memastikan paras HB(hemoglobin) di paras optimum. Sindrom HB rendah amat berbahaya kepada ibu mengandung dan baru bersalin.
~B-Complex:
Mengandungi kesemua 8 vitamin B penting untuk pertumbuhan sel, kesihatan saraf, membekalkan tenaga dan mengawal tekanan. B Complex juga membantu sistem imun tubuh bekerja dengan efisien.

~Vitamin C:
Antioksidan utama yang melindungi tubuh, lebih-lebih lagi untuk ibu baru bersalin yang masih dalam keadaan lemah. Selain itu, fungsi penting yang lain adalah membina tisu penghubung, menyembuhkan luka dan memastikan sistem imun berada pada paras terbaik. Vitamin B Complex dan Vitamin C saling melengkapi keperluan satu sama lain.
~Zink:
mempercepatkan penyembuhan luka dan mengawal keguguran rambut.
Kelebihan Set Berpantang ni pulak?
~Selamat
-Bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tiada kesan sampingan
~Berkesan
-Ia sesuai dengan keperluan tubuh dan memenuhi keperluan ibu berpantang untuk cepat sihat, lebih bertenaga dan cergas
~Membantu penyusuan:
-Set vitamin yang dicadangkan adalah asas kepada vitamin untuk penyusuan juga.
~Melengkapkan nutrisi ibu berpantang dan menyusu
-almaklumlah,semasa berpantang ni banyak makanan yang kaum ibu tak boleh makan.
p/s: Untuk melancarkan penyusuan, ibu juga digalakkan mengambil Alfafa, protein soya (Energy Soy Protien) dan Kalsium (Ostematrix).
PM/whatsapp 012-2808590 (ain)

Sunday, 13 April 2014

Supplement untuk preggy mama

wahh...hari ni dapat berita sorang kawan baru preggy 2nd baby..tapi kehamilan kali ni beliau sering rasa letih.

Ada yang rasa macam tu jugak?

Jom saya sharekan supplement Shaklee yang boleh korang amalkan untuk mengurangkan simpton-simptom keletihan tu.

1) Vitalea -sebagai multivitamin dan menambah tenaga
2) B Complex - menambahkan tenaga, meningkatkan pembentukan darah, mengurangkan stress dan mencantikkan kulit.
3) Vitamin C -Membaiki tisu yang rosak dan meningkatkan sistem ketahanan badan.
4) Ostematrix -menguatkan tulang dan membekalkan kalsium kepada ibu.

**Jangan lupa bulan April ni promosi #Ostemarix

PM / Whatsapp
       ain
019-6442017

Tuesday, 10 September 2013

Pentingnya "mata"

Mata merupakan anugerah tidak ternilai daripada Allah s.w.t yang membolehkan kita menghayati keindahan alam ciptaan-Nya.
Walaubagaimanapun,tak semua makhluk yang mempunyai mata berpeluang untuk melihat keindahan bumi Allah ini.

Bersyukurlah kerana kita telah diberi dengan nikmat mata yang boleh melihat.Bersama-sama lah kita menjaga nikmat mata ini sebagai tanda kita bersyukur kepada-Nya.



posted from Bloggeroid

Wednesday, 28 August 2013

Nutriferon ganti paracetamol

Paracetamol adalah ubat tahan sakit yang paling popular yang dimakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam,selesema dan lain-lain lagi.mengapa paracetamol berbahaya kepada kita?ini kerana paracetamol adalah bertoksik dan merosakkan organ hati. menurut doktor, panadol akan tinggal didalam tubuh kita selama 5 tahun..ngeri kan?

sememangnya kita semua sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob sama ada melalui pernafasan,pergaulan, makanan dan lain-lain lagi. Dah tak boleh makan panadol,kita nak makan apa? ye,nutriferon daripada shaklee adalah jawapannya.

nutriferon telah dibuktikan secara klinikal untuk membantu mempertingkatkan sistem imun badan kita.apa manfaat utama yang kita perolehi dengan mengambil nutriferon ni?
-mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
-melawan kanser dan tumor
-melindungi daripada influenza,melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selesema,flu,inflamasi dan influenza.
-melambatkan penuaan
-mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C
-mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin seperti kekejangan
waktu haid, sakit belakang,sakit payudara dan mood swing.

testimoni penggunaan nutriferon:



*disclamer:produk ini bukan bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman individu dan kesan keatas setiap individu mungkin berbeza.*
posted from Bloggeroid

Tuesday, 16 April 2013

GLA Complex Shaklee


GLA complex shaklee adalah terhasil daripada kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linoleik (GLA), asid linoleik (LA),minyak bunga matahari dan vitamin E.
Setiap kapsul GLA Complex ini mengandungi 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik untuk omega-6.

Manfaat utama GLA complex ini ialah:
-mengawalselia estrogen dan testrogen
-GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita.
-memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan dan perubahan mood.
-melambatkan menopaus.
-memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
-menentang kanser
-memperbaiki inflamasi kulit
-menghalang komplikasi diabetes
-membantu pelangsingan badan
-menghalang tekanan darah tinggi
-memperbaiki tekstur rambut
-dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan pada pelajaran dan hyperakrif

**prosa kata:
-prostaglandins: sejenis hormon yang membantu untuk menstabilkan proses badan seperti peredaran darah yang sihat dan perlindungan dinding arteri.

~produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit~

untuk keterangan lanjut,hubungi:
-ain (id:893795)
-tel/sms:019-6442017
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 11 April 2013

Menyahtoksin untuk tubuh yang sihat

Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah berikut?
-jerawat / kulit kusam
-selalu berasa lesu dan kurang bertenaga
-sakit kepala berulang
-rasa gatal
-emosi bercelaru
-radang pada kulit
-alahan
-ekzema

simptom di atas menunjukkan yang tubuh anda mempunyai toksin yang berlebihan. Set super detox dapat membantu mengeluarkan toksin daripada badan anda untuk mengembalikan tubuh yang sihat.

kebaikan:
-membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
-membantu meningkatkan kesihatan hati
-meningkatkan seri wajah
-meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh

set super detox mengandungi:
-Alfafa Complex
-DTX Complex
-Garlic

sms 019-6442017 (ain) untuk tempahan/ free consultation

Tuesday, 26 March 2013

Omega Guard Shaklee


Omega Guard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa pentaenoic acid), DHA (Docosa hexaenoic acid), ALA dan lain-lain lagi... Satu hidangan Omega Guard (3 capsules) menyediakan 990mg asid lemak Omega-3.

Omega adalah Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian.

Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Berikut ialah fungsi-fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan kita:

EPA MENCEGAH

* Kanser
* Pembekuan Darah
* Pembekuan Lemak dalam Darah
* Kadar Kolestrol berlebihan
* Penyakit Jantung
* Tekanan Perasaan
* Tekanan Darah Tinggi

TUGAS DHA

* Mencegah Radang Sendi
* Mencegah Asma
* Meningkatkan Daya Seks
* Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
* Mencegah Penyakit Kulit
* Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Komen disini / sms
ain (019-6442017)
shaklee independent distributor