Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Sunday, 4 May 2014

Letih Semasa Hamil?

wahh...hari ni dapat lagi berita gembira.. sorang kawan baru preggy 2nd baby..tapi kehamilan kali ni beliau sering rasa letih dan tidak bertenaga..mungkin juga kerana penat menguruskan keluarga, kerjaya dan kerja-kerja rumah.

Ada yang rasa macam tu jugak?

Jom saya sharekan supplement Shaklee yang boleh korang amalkan untuk mengurangkan simpton-simptom keletihan tu.

1) Vitalea -sebagai multivitamin dan menambah tenaga

2) B Complex - menambahkan tenaga, meningkatkan pembentukan darah, mengurangkan stress dan mencantikkan kulit.

3) Vitamin C -Membaiki tisu yang rosak dan meningkatkan sistem ketahanan badan.

4) Ostematrix -menguatkan tulang dan membekalkan kalsium kepada ibu dan juga bayi di dalam kandungan.

PM / Whatsapp
       ain
012-2808590

Sunday, 13 April 2014

Supplement untuk preggy mama

wahh...hari ni dapat berita sorang kawan baru preggy 2nd baby..tapi kehamilan kali ni beliau sering rasa letih.

Ada yang rasa macam tu jugak?

Jom saya sharekan supplement Shaklee yang boleh korang amalkan untuk mengurangkan simpton-simptom keletihan tu.

1) Vitalea -sebagai multivitamin dan menambah tenaga
2) B Complex - menambahkan tenaga, meningkatkan pembentukan darah, mengurangkan stress dan mencantikkan kulit.
3) Vitamin C -Membaiki tisu yang rosak dan meningkatkan sistem ketahanan badan.
4) Ostematrix -menguatkan tulang dan membekalkan kalsium kepada ibu.

**Jangan lupa bulan April ni promosi #Ostemarix

PM / Whatsapp
       ain
019-6442017

Friday, 19 April 2013

Kesuburan dan kitaran haid wanita

Wanita dan haid tidak dapat dipisahkan sejak mereka akil baligh lagi iaitu seawal umur 9 tahun. Bagi wanita yang tidak mengalami masalah hormon, haid bagaikan "kawan baik" yang akan datang berkunjung bertanyakan khabar setiap bulan..hihi..Wanita yang tidak datang haid pula bukanlah tidak normal cuma terdapat kemungkinan mereka mengalami masalah gangguan hormon seperti PCOS, cysts atau fibroid.

Mengapa perlu untuk mengetahui tentang kesuburan dan kitaran haid wanita? Ilmu ini penting bagi mereka (suami-isteri) yang merancang untuk menimang cahayamata ataupun yang ingin merancang keluarga (family planning)

Kitaran haid wanita yang normal atau tidak mempunyai masalah hormon berlaku setiap bulan dengan kitaran secara puratanya diantara 28-30 hari.

~Hari 1-4-Fasa pengeluaran (menstruation) dimana darah haid mula keluar. Hari pertama haid ini penting untuk diketahui kerana ia adalah dimana fasa ini bermula.

~Hari 5-13-Fasa Follicular dimana paras hormon estrogen didalam badan meningkat. Pada fasa ini, darah akan berkumpul didinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Dikawasan ovari pula, telur yang berada didalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

~Hari 14-Fasa ini dipanggil ovulasi iaitu dimana telur akan keluar daripada bekasnya disebabkan oleh peningkatan mendadak hormon Luteinizing. telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya disenyawakan, ia akan turun melalui saluran fallopio ke rahim.

~Hari 15-28-Fasa luteal (Fasa secretory) dimana selepas telur dikeluarkan, sejenis hormon yang dipanggil progestrone dirembeskan. Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. setela hormon progestrone semakin berkurangan kerana tiada persenyawaan yang berlaku, maka dinding ini akan runtuh dan proses akan bermula semula.

Bilakah waktu subur?
Waktu subur adalah waktu yang terbaik untuk berusaha bagi yang ingin mendapatkan cahayamata kerana pada waktu subur inilah ovulasi berlaku. Waktu subur adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Cara mengira waktu subur.
1)Sekiranya kitaran haid adalah 28 hari,maka waktu subur adalah 28-14=14 iaitu pada hari ke 14 selepas hari pertama haid keluar.
2)Sekiranya kitaran haid adalah 30 hari,maka waktu subur adalah 30-14=16 iaitu pada hari ke 16 selepas hari pertama haid keluar.

Cara lain untuk mengetahui waktu subur.
-Pada waktu subur, suhu badan akan meningkat sedikit dalam 1 darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih keluar daripada kemaluan kerana hormon yang meningkat pada ketika itu.

nota kaki:
Telur @ ovum tidak mempunyai jangkahayat panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja manakala sperma mempunyai kelebihan untuk bertahan selama 3-5 hari.

Wednesday, 17 April 2013

GLA Complex bantu penghidap PCOS hamil

**fungsi utama GLA complex adalah membantu untuk menstabilkan hormon badan terutamanya wanita**

Sesetengah wanita yang telah berkahwin tetapi belum dikurniakan cahayamata dalam tempoh yang agak lama pasti memberikan tekanan yang agak hebat kepada diri mereka. Tambahan pula apabila disahkan menghidap PCOS oleh doktor pakar yang merawat.

Apakah yang dimaksudkan dengan PCOS ini? PCOS ialah singkatan untuk "Polycystic Ovary Syndrome" yang berlaku apabila hormon wanita tidak stabil serta mengganggu kitaran haid.
Apa yang berlaku apabila hormon wanita tidak stabil?Kebiasaannya,ovari wanita yang mempunyai hormon yang stabil akan mengeluarkan sejumlah kecil hormon lelaki yang dipanggil androgen.
Walaubagaimanapun, ovari wanita yang menghidap PCOS akan mengeluarkan lebih hormon lelaki dan ini menyebabkan kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan bulu-bulu yang tidak menyenangkan.
Terdapat kes yang lebih teruk dimana penghidap PCOS mempunyai lebih besar kemungkinan untuk terkena kencing manis. Ini kerana badan mereka menghadapi masalah untuk menggunakan insulin dan menyebabkan gula dalam darah akan meningkat dan boleh menyebabkan diabetes.
Simptom-simptom PCOS:
-jerawat
-berat badan naik mendadak dan susah turun
-rambut gugur
-haid tidak teratur
-mengganggu kesuburan wanira
-tekanan (stress)

Bagaimana GLA Complex boleh membantu penghidap PCOS hamil?
-GLA complex shaklee mengandungi asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan manusia untuk membentuk prostaglandin.info tentang GLA Complex klik sini

untuk keterangan lanjut mengenai GLA complex shaklee,hubungi:
-ain (id:893795)
-sms:019-6442017


Published with Blogger-droid v2.0.10