Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Friday, 27 July 2018

Iyad demam panas

Assalamualaikum,
Alkisahnya dah hampir setahun tak berhapdet blog ni huhu..

Minggu lepas Iyad tiba-tiba kerap bersin pada hari jumaat dan mula selesema.Pukul 2.30 pagi ibu terjaga sebab terdengar Iyad merengek..Ya Allah,panasnya badan Iyad. Ok settle bagi ubat demam dan demah kepala Iyad.

Pagi sabtu
Panas dah mula datang balik dan badan membahang.Ibu suap ubat demam sekali lagi dan sentiasa basahkan kepala. Sampai ke malam suhu kat termometer tetap lebih 40°C.

Ahad.
Badan Iyad tetap panas lagi.Terpaksa tak pergi sekolah hari ni dan ibu pun ambil emergency leave. Ikhtiar hari ni kami berpusing-pusing di bandar mencari air kelapa muda.Alhamdulillah jumpa dan selesai minum.

Sampai ke malam belum ada tanda-tanda peluh nak keluar dan demam nak kebah. Suhu masih lagi melebihi 38°C.


Isnin.
Ibu bawak Iyad ke hospital sebab demam masih tak kebah dan Iyad kelihatan lemah. Asyik baring dan tidur je. Hasil dari ujian darah doktor kata Iyad cuma demam virus sahaja.Alhamdulillah.

Lepas makan ubat Iyad mula berpeluh dan demam pun mulai kebah. Ibu pun mula lega sikit 😥.

Tapi lepas 4 jam panas datang balik. Teruskan juga makan ubat hospital sebab doktor suruh pantau dalam 3-5 hari.

Khamis
Ubat demam hospital dah habis Iyad makan tapi demam masih tak kebah-kebah. Ibu risau sangat, tak pernah lagi Iyad demam panas seteruk macam ni sampai seminggu 😢😢.


Ibu nekad bawa Iyad ke klinik pakar kanak-kanak. Takpelah bayaran mahal pun ibu sanggup sebab ibu dah tak mampu nak tengok Iyad terbaring lemah je.Settle kat klinik pakar kena caj bayaran RM128.00 tapi puas hati jugak sebab doktor siap ambil sampel hingus untuk cek ada influenza ke tak. Alhamdulillah takde.

Balik rumah,lepas drama makan ubat dan muntah Iyad pun tidur. Tak lama lepas tu peluh dah mula keluar sampai habis basah tilam 😂😂. Seronok sangat ibu tengok hahaha.

Alhamdulillah,hari ni Iyad dah sihat dan moga terus sihat hendaknya..dah seminggu ponteng sekolah ni 😵😵

AAMINNNN.


Monday, 14 July 2014

Iyad Faidy 3 tahun

Anak ibu,
hari ini kamu sudah genap 3 tahun
kamu sudah besar sayang..
Sehingga kini, masih terbayang lagi kesakitan sewaktu melahirkanmu
juga masih terasa lagi hangatnya tangan abah menggenggam tangan ibu yang menahan kesakitan
itulah memori yang sangat indah untuk ibu kenangkan

Anak ibu,
Dengan penuh kasih dan pengharapan,
Ibu berdoa kepada Allah S.W.T
semoga dirimu sentiasa didalam lindungan dan rahmat-Nya,
semoga dirimu membesar dengan gembira, sihat dan ceria selalu..
semoga dirimu menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan arwah abah dan ibumu
semoga dirimu berjaya menjadi mukmin yang sejati
semoga dirimu menjadi kebanggaan ibu dan keluarga kita.
aminnn....

Anak ibu,
Ibu dan abah sangat menyayangi kamu
Berdoalah semoga keluarga kita dapat bersama lagi suatu hari nanti di Jannah Allah..
Insya Allah

salam sayang dari,
ibumu

Wednesday, 12 March 2014

nukilan untuk anakku

Anakku,
genap sebulan ayahmu pergi meninggalkan kita..ibu tahu hatimu dihujani pertanyaan mengapa ayah tidak pulang-pulang lagi..ibu juga tahu hatimu dirundung rindu yang teramat namun tak mampu untuk kau luahkan..
bersabarlah duhai anak,ayahmu tidak akan kembali lagi bersama kita.Kirimkanlah doa semoga rohnya tenang disana..ibu hanya ingin kau tahu, ayahmu sangat menyayangi kamu Iyad Faidy


posted from Bloggeroid

Friday, 19 April 2013

Kesuburan dan kitaran haid wanita

Wanita dan haid tidak dapat dipisahkan sejak mereka akil baligh lagi iaitu seawal umur 9 tahun. Bagi wanita yang tidak mengalami masalah hormon, haid bagaikan "kawan baik" yang akan datang berkunjung bertanyakan khabar setiap bulan..hihi..Wanita yang tidak datang haid pula bukanlah tidak normal cuma terdapat kemungkinan mereka mengalami masalah gangguan hormon seperti PCOS, cysts atau fibroid.

Mengapa perlu untuk mengetahui tentang kesuburan dan kitaran haid wanita? Ilmu ini penting bagi mereka (suami-isteri) yang merancang untuk menimang cahayamata ataupun yang ingin merancang keluarga (family planning)

Kitaran haid wanita yang normal atau tidak mempunyai masalah hormon berlaku setiap bulan dengan kitaran secara puratanya diantara 28-30 hari.

~Hari 1-4-Fasa pengeluaran (menstruation) dimana darah haid mula keluar. Hari pertama haid ini penting untuk diketahui kerana ia adalah dimana fasa ini bermula.

~Hari 5-13-Fasa Follicular dimana paras hormon estrogen didalam badan meningkat. Pada fasa ini, darah akan berkumpul didinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Dikawasan ovari pula, telur yang berada didalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

~Hari 14-Fasa ini dipanggil ovulasi iaitu dimana telur akan keluar daripada bekasnya disebabkan oleh peningkatan mendadak hormon Luteinizing. telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya disenyawakan, ia akan turun melalui saluran fallopio ke rahim.

~Hari 15-28-Fasa luteal (Fasa secretory) dimana selepas telur dikeluarkan, sejenis hormon yang dipanggil progestrone dirembeskan. Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. setela hormon progestrone semakin berkurangan kerana tiada persenyawaan yang berlaku, maka dinding ini akan runtuh dan proses akan bermula semula.

Bilakah waktu subur?
Waktu subur adalah waktu yang terbaik untuk berusaha bagi yang ingin mendapatkan cahayamata kerana pada waktu subur inilah ovulasi berlaku. Waktu subur adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Cara mengira waktu subur.
1)Sekiranya kitaran haid adalah 28 hari,maka waktu subur adalah 28-14=14 iaitu pada hari ke 14 selepas hari pertama haid keluar.
2)Sekiranya kitaran haid adalah 30 hari,maka waktu subur adalah 30-14=16 iaitu pada hari ke 16 selepas hari pertama haid keluar.

Cara lain untuk mengetahui waktu subur.
-Pada waktu subur, suhu badan akan meningkat sedikit dalam 1 darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih keluar daripada kemaluan kerana hormon yang meningkat pada ketika itu.

nota kaki:
Telur @ ovum tidak mempunyai jangkahayat panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja manakala sperma mempunyai kelebihan untuk bertahan selama 3-5 hari.

Wednesday, 17 April 2013

GLA Complex bantu penghidap PCOS hamil

**fungsi utama GLA complex adalah membantu untuk menstabilkan hormon badan terutamanya wanita**

Sesetengah wanita yang telah berkahwin tetapi belum dikurniakan cahayamata dalam tempoh yang agak lama pasti memberikan tekanan yang agak hebat kepada diri mereka. Tambahan pula apabila disahkan menghidap PCOS oleh doktor pakar yang merawat.

Apakah yang dimaksudkan dengan PCOS ini? PCOS ialah singkatan untuk "Polycystic Ovary Syndrome" yang berlaku apabila hormon wanita tidak stabil serta mengganggu kitaran haid.
Apa yang berlaku apabila hormon wanita tidak stabil?Kebiasaannya,ovari wanita yang mempunyai hormon yang stabil akan mengeluarkan sejumlah kecil hormon lelaki yang dipanggil androgen.
Walaubagaimanapun, ovari wanita yang menghidap PCOS akan mengeluarkan lebih hormon lelaki dan ini menyebabkan kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan bulu-bulu yang tidak menyenangkan.
Terdapat kes yang lebih teruk dimana penghidap PCOS mempunyai lebih besar kemungkinan untuk terkena kencing manis. Ini kerana badan mereka menghadapi masalah untuk menggunakan insulin dan menyebabkan gula dalam darah akan meningkat dan boleh menyebabkan diabetes.
Simptom-simptom PCOS:
-jerawat
-berat badan naik mendadak dan susah turun
-rambut gugur
-haid tidak teratur
-mengganggu kesuburan wanira
-tekanan (stress)

Bagaimana GLA Complex boleh membantu penghidap PCOS hamil?
-GLA complex shaklee mengandungi asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan manusia untuk membentuk prostaglandin.info tentang GLA Complex klik sini

untuk keterangan lanjut mengenai GLA complex shaklee,hubungi:
-ain (id:893795)
-sms:019-6442017


Published with Blogger-droid v2.0.10