Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Friday, 27 July 2018

Iyad demam panas

Assalamualaikum,
Alkisahnya dah hampir setahun tak berhapdet blog ni huhu..

Minggu lepas Iyad tiba-tiba kerap bersin pada hari jumaat dan mula selesema.Pukul 2.30 pagi ibu terjaga sebab terdengar Iyad merengek..Ya Allah,panasnya badan Iyad. Ok settle bagi ubat demam dan demah kepala Iyad.

Pagi sabtu
Panas dah mula datang balik dan badan membahang.Ibu suap ubat demam sekali lagi dan sentiasa basahkan kepala. Sampai ke malam suhu kat termometer tetap lebih 40°C.

Ahad.
Badan Iyad tetap panas lagi.Terpaksa tak pergi sekolah hari ni dan ibu pun ambil emergency leave. Ikhtiar hari ni kami berpusing-pusing di bandar mencari air kelapa muda.Alhamdulillah jumpa dan selesai minum.

Sampai ke malam belum ada tanda-tanda peluh nak keluar dan demam nak kebah. Suhu masih lagi melebihi 38°C.


Isnin.
Ibu bawak Iyad ke hospital sebab demam masih tak kebah dan Iyad kelihatan lemah. Asyik baring dan tidur je. Hasil dari ujian darah doktor kata Iyad cuma demam virus sahaja.Alhamdulillah.

Lepas makan ubat Iyad mula berpeluh dan demam pun mulai kebah. Ibu pun mula lega sikit 😥.

Tapi lepas 4 jam panas datang balik. Teruskan juga makan ubat hospital sebab doktor suruh pantau dalam 3-5 hari.

Khamis
Ubat demam hospital dah habis Iyad makan tapi demam masih tak kebah-kebah. Ibu risau sangat, tak pernah lagi Iyad demam panas seteruk macam ni sampai seminggu 😢😢.


Ibu nekad bawa Iyad ke klinik pakar kanak-kanak. Takpelah bayaran mahal pun ibu sanggup sebab ibu dah tak mampu nak tengok Iyad terbaring lemah je.Settle kat klinik pakar kena caj bayaran RM128.00 tapi puas hati jugak sebab doktor siap ambil sampel hingus untuk cek ada influenza ke tak. Alhamdulillah takde.

Balik rumah,lepas drama makan ubat dan muntah Iyad pun tidur. Tak lama lepas tu peluh dah mula keluar sampai habis basah tilam 😂😂. Seronok sangat ibu tengok hahaha.

Alhamdulillah,hari ni Iyad dah sihat dan moga terus sihat hendaknya..dah seminggu ponteng sekolah ni 😵😵

AAMINNNN.


Wednesday, 28 August 2013

Nutriferon ganti paracetamol

Paracetamol adalah ubat tahan sakit yang paling popular yang dimakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam,selesema dan lain-lain lagi.mengapa paracetamol berbahaya kepada kita?ini kerana paracetamol adalah bertoksik dan merosakkan organ hati. menurut doktor, panadol akan tinggal didalam tubuh kita selama 5 tahun..ngeri kan?

sememangnya kita semua sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob sama ada melalui pernafasan,pergaulan, makanan dan lain-lain lagi. Dah tak boleh makan panadol,kita nak makan apa? ye,nutriferon daripada shaklee adalah jawapannya.

nutriferon telah dibuktikan secara klinikal untuk membantu mempertingkatkan sistem imun badan kita.apa manfaat utama yang kita perolehi dengan mengambil nutriferon ni?
-mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
-melawan kanser dan tumor
-melindungi daripada influenza,melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selesema,flu,inflamasi dan influenza.
-melambatkan penuaan
-mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C
-mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin seperti kekejangan
waktu haid, sakit belakang,sakit payudara dan mood swing.

testimoni penggunaan nutriferon:



*disclamer:produk ini bukan bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman individu dan kesan keatas setiap individu mungkin berbeza.*
posted from Bloggeroid