Showing posts with label bantal. Show all posts
Showing posts with label bantal. Show all posts

Saturday, 20 December 2014

Bantal Felt Qausar Hijazi

hai..entry tengah malam hari ni selepas sakit anak tekak, sakit perut menyaksikan perlawanan akhir bola sepak piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dengan Thailand. Walaupun Malaysia tewas secara aggregat 3-4, yang penting Malaysia menang dipadang sendiri dan dihadapan penonton-prnonton sendiri.

Yang sangat saya banggakan ialah semangat juang Harimau Malaya yang tidak langsung berputus asa. Segala pujian harus diberikan kepada kesemua pemain-pemain pasukan Malaysia ini. Harimau Malaya selamanya dihati kami...saluteeeee....


Sedih tu memangla sedihkan..Meh sini saya ubati duka lara tu dengan gambar-gambar ceria yang cantik ni hahhaha memang masuk bakul angkat sendiri. Ini ialah tempahan dari Aishah untuk Majlis Akikah anak sulungnya iaitu Muhd. Qausar Hijazi yang comel sangat tu..

item yang ditempah:
-1 pcs bantal hiasan felt RM40
-2 pcs bantal botol susu RM15/pcs
(saiz lebih kurang botol air mineral yang besar tu)

yang berminat nak tempah atau nak tanya-tanya je dulu tu boleh komen kat sini atau whatsapp kat 012-2808590 (ain)

jom like page saya www.facebook.com/afcraftzone.2013

AinSanusi


AinSanusi

Friday, 14 November 2014

Bantal Felt-Amanina

Assalamualaikum dan salam petang,

Hari ni nak show off sikit hasil kraftangan ni haa..hahhaha bantal felt yang sebijik ni dah lama siap dan dah diambil pun oleh ownernya tapi tak sempat nak diupload. Harap-harap ownernya seronok dengan bantal ni.

Material yang saya gunakan sebagai sarung bantal ialah kain cotton.So memang sesuai dan selesalah untuk digunakan sebagai bantal tidur jugak.

Ada yang berminat nak tempah?

Komen kat sini atau whatsapp kat 012-2808590 (ain)

Saturday, 9 August 2014

Sarung Bantal Hiasan Felt

Tempahan sarung bantal hiasan ni dari kawan adik saya dengan temanya Iswanis..Menurut apa yang diceritakan ISWANIS tersebut adalah gabungan nama-nama ahli keluarganya..suweett kannn..korang kalau nak tempah untuk nama keluarga korang pun boleh jugak hihi..
nak tempah komen je kat sini atau whatsapp saya kat 012-2808590 (ain)

Monday, 30 June 2014

Bantal Felt-Lutfil Hadi

Ramadhan yang ke-2
-rindu itu tidak pernah ada penghujungnya.

aduhaii..sangap la pulak pagi-pagi ni kat opis..tak cukup rehat kot malam tadi? sejak Iyad dah bercerai susu ni dapatla tido lena sikit,cumanye die masih lagi belum biasa & mungkin masih lagi mengharap nak menyusu ngan ibu dia ni hihi..kesian anak ibu tapi awak dah besar tau,dah nak 3 tahun bulan depan..

Masa nak tidur ok la takde dah buat drama air mata cuma bila dia terjaga nak susu tu yang payah sikit..dalam keadaan dia mamai tu saya cakap apa pun tak jalan,yang dia tau dia nak susu ibu jugak huhu..nak tak nak terpaksa la tinggal dia tengah melalak tu pegi buat susu..nasib baikla bila pujuk-pujuk sikit dia sambung tidur balik..anak ohh anak...

jomlah tengok ni pulak..bantal tempahan ex-opismate saya untuk anaknye yang comel..(kopiah nanti saya upload kat entry lain yer)..untuk bantal ni dia request untuk letak nama je iaitu LUTFIL HADI...nama pun comel cam tuannye hihi..

details bantal ni:
saiz: 14 inci x 14 inci
isi: kekabu
harga: RM30.00 (sebab tulisan je)

Thursday, 19 June 2014

Bantal felt-my home


Alhamdulillah,
haaaa..ni lagi 2 biji bantal yang telah disiapkan.. wahhh dasyat gak production bantal sejak akhir-akhir ni ye hahha tak malu puji diri sendiri..kuikuikui..
kali ni temanya cupcake dengan tulisan "my home". yang ni pun tempahan kawan opismate jugak dengan satu lagi item iaitu pencil case..pencil case pun dah siap jugak tapi nanti-nantila kita cerite yer..
Details bantal felt ni:
-saiz: 14 inci x 12 inci
-isi: fiber (kekabu berat katanyer)
-sarung bantal boleh dibuka
-material untuk sarung bantal : cotton
-harga: RM 35.00
untuk pertanyaan / order, sms/whatsapp 012-2808590 (ain)

Bantal felt-Iskandar & Myra

sejak peristiwa sedih di bulan Februari tu, aktiviti berkraf terpaksa ditangguhkan dan tempahan-tempahan pun tak dapat saya siapkan. Susah bebeno rasanya nak buat sesuatu bila orang yang  selalu memberi semangat dah takde..macam lagu separuh jiwaku pergi tu lah... hurmmmm
(sayang rindu abang huhuhu)..

Apepun,saya perlu meneruskan kehidupan demi anak kecil kami.

Dan akhirnya....
saya telah berjaya menyiapkan 2 biji bantal tempahan dari opismate untuk anak-anaknya iaitu Iskandar dan Humaira (Myra)..segan pun segan jugak sebab dah lama sangat tertangguh. Alhamdulillah,mereka memahami apa yang saya lalui..

Details berkenaan bantal customade ni:
-saiz: 14 inci x 12 inci
-isi : kekabu
-sarung boleh ditanggalkan
-harga: RM35
untuk pertanyaan / order :sms /whatsapp 012-2808590 (ain)

Monday, 9 December 2013

bantal felt

new hot item in the house!

hihi...sesape yang berkenan boleh order ye.

boleh request nak buat hiasan yang korang nak...

Published with Blogger-droid v2.0.10