Saturday 20 December 2014

Bantal Felt Qausar Hijazi

hai..entry tengah malam hari ni selepas sakit anak tekak, sakit perut menyaksikan perlawanan akhir bola sepak piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dengan Thailand. Walaupun Malaysia tewas secara aggregat 3-4, yang penting Malaysia menang dipadang sendiri dan dihadapan penonton-prnonton sendiri.

Yang sangat saya banggakan ialah semangat juang Harimau Malaya yang tidak langsung berputus asa. Segala pujian harus diberikan kepada kesemua pemain-pemain pasukan Malaysia ini. Harimau Malaya selamanya dihati kami...saluteeeee....


Sedih tu memangla sedihkan..Meh sini saya ubati duka lara tu dengan gambar-gambar ceria yang cantik ni hahhaha memang masuk bakul angkat sendiri. Ini ialah tempahan dari Aishah untuk Majlis Akikah anak sulungnya iaitu Muhd. Qausar Hijazi yang comel sangat tu..

item yang ditempah:
-1 pcs bantal hiasan felt RM40
-2 pcs bantal botol susu RM15/pcs
(saiz lebih kurang botol air mineral yang besar tu)

yang berminat nak tempah atau nak tanya-tanya je dulu tu boleh komen kat sini atau whatsapp kat 012-2808590 (ain)

jom like page saya www.facebook.com/afcraftzone.2013

AinSanusi


AinSanusi

No comments:

Post a Comment