Saturday, 13 September 2014

Shaklee: Promosi September 2014

Tengah skrol-skrol entry untuk bulan September ni baru terperasan saya belum lagi buat entry promosi SHAKLEE untuk bulan ni.huhu..sabo je la.. Nak bagitau bulan ni ada promosi berganda dari Shaklee iaitu Mealshakes dan Collagen Powder.

Promosi September

Shaklee Collagen Powder, sekotak RM298 >> beli 6 Percuma 1(Jimattttt RM298)

Meal Shakes, setin RM113 >> beli 3 Percuma 1(Jimattt RM113)

memang jimat kan??

Colagen Powder

-Ujian klinikal yang telah dijalankan oleh Shaklee menyatakan penggunaan selama 8 minggu secara KONSISTEN untuk mendapatkan kesan2 seperti di bawah:

~Meningkatkan kelembapan kulit 

~Mengurangkan kekeringan kulit

~Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit

~Meningkatkan ketebalan rambut 

~Meningkatkan keserian, tona & warna kulit 

~Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

~awet muda

MEAL SHAKES

Siapa yang perlukan?

~Kanak-kanak [terutama yang kurang selera makan, picky eater, sembelit, mudah selsema/demam, asthma, obesiti]

~ibu hamil – untuk kekal cergas dan bertenaga…

~Ibu yang menyusukan – mealshake membekalkan vitamin dan mineral penting yg diperlukan badan…

~Wanita yg idamkan kulit cantik.. – mealshake mengandungi vitamin antioksidan (Vitamin A, C dan E)

~Anda yang sering skip sarapan - makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic, mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta  kaya dengan sumber kalsium dan protein.

~Pesakit yg baru lepas pembedahan – mengandungi zinc yg membantu dalam proses cepat baik luka pembedahan…

~Seisi keluarga – untuk kesihatan secara menyeluruh.:-)

Friday, 12 September 2014

Kisah Soalan Bocor

Baru je semalam saya draf entry nk ucapkan selamat berjaya kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), tiba-tiba saya dikejutkan berita tentang kertas soalan bocor! wahhhhh....apekah?

Saya memang tidak sangka perkara ini akan terjadi sebab selama ni hanya khabar-khabar angin je tentang soalan peperiksaan bocor ni..tapi kali ni memang betul-betul terjadi..semoga calon-calon UPSR tidak patah semangat dan tetap menjawap soalan dengan sebaiknya..Untuk Muaz jugak ye!

Dalam pada kita sibuk dengan soalan bocor tu,saya tertarik dengan status ni...huhuhu



#insaf
#muhasabahdiri
#soalanbocor
#upsr

Inilah Perjalanan Hidupku

Assalamualaikum..

Terpanggil untuk share satu pesanan dari Ustaz Kazim Elias (ustaz kegemaran saya tu :-) ) berkenaan perjalanan hidup kita yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T yang merupakan sebaik-baik perancang.

Betul, biar pun kehidupan yang kita lalui ini penuh dengan kegembiraan, kesedihan ataupun penderitaan, kita kena yakin dengan qada' dan qadar yang telah ditentukan.

Inilah perjalanan hidupku..

Terima kasih Ya Allah kerana mengasihiku..

short entry @ 4.10am
12.09.2014

#tujuhbulantelahberlalu
#masihtetapmerinduimu

Wednesday, 13 August 2014

Tips kurus 1-minum banyak air

Kita selalu dengar orang kata kalau nak kurus kena minum banyak air. Betul ke? Takut pulak jadi "gemuk air" kan...hahhaha..Sebenarnya persepsi tu salah..

Yang sebenarnya:

-Proses mengurangkan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin dan air didalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, sangatlah penting untuk minum banyak air bagi menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan dan proses pengeluaran toksin ni.

**Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

2. Bantuan air didalam badan membantu proses pembqkaran kalori agar menjadi lebih berkesan kerana air sangat mempengaruhj fungsi metabolisma tubuh badan kita.

4. Air yang berkurangan dalam badan akan menyebabkan kita berasa cepat letih. Ini adalah akibat hidrasi yang menyekat pengaliran darah dalam tubuh dan bila hidrasi berlaku, kita tidak akan mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif.

5. Air didalam badan kita ini juga berfungsi untuk membantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

6. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti-aktiviti  lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

Saturday, 9 August 2014

kopiah kait versi raya

Assalamualaikum,

Baru sekarang dapat nak upload gambar kopiah-kopiah ni..haritu tak sempat nak upload sebab ada masalah dengan internet..tambahan pulak busy mengait kopiah kan..dek sebab busy sangat tu lah kami tak sempat nak buat kuih raya huhu..semua kuih raya tahun ni stok beli punya..nasib baik kat mydin kuih raya murah-murah.

Alhamdulillah,semua tempahan kopiah ni dapat saya siapkan seperti yang ditempah pelanggan.harapan saya semoga mereka tak serik menempah dengan saya hihi..mana la tau kannnn.... bukan senang nak memuaskan hati semua orang ni..lagi pun mereka  berhak mendapat hasil yang terbaik setimpal dengan apa yang dibayar.

Berminat nak belajar?Insya Allah, satu hari nanti saya akan kongsikan ilmu kraf untuk mengait kopiah ni. korang selalu-selalu la jenguk blog saya ni tau..

ececeh..membebel pulak die ni...dah,jangan layan..korang cuci mata la yer hihi

Kopiah Zayyan
Kopiah Iman
Kopiah Darwisy
Kopiah Iman lagi hihi

erm..warna kopiah kait untuk Zayyan dan Darwisy tu berbeza pulak dengan yang sebenarnya iaitu ungu..mungkin sebab guna kamera handphone je kot.

Pengumuman:
Tempahan kopiah kait untuk Hari Raya Aidiladha telah dibuka. Yang berminat untuk menempah boleh komen disini  atau whatsapp saya ye 012-2808590 (ain)

Sarung Bantal Hiasan Felt

Tempahan sarung bantal hiasan ni dari kawan adik saya dengan temanya Iswanis..Menurut apa yang diceritakan ISWANIS tersebut adalah gabungan nama-nama ahli keluarganya..suweett kannn..korang kalau nak tempah untuk nama keluarga korang pun boleh jugak hihi..
nak tempah komen je kat sini atau whatsapp saya kat 012-2808590 (ain)

Thursday, 7 August 2014

Masker ESP dan yogurt

Aduhaaiii…
sejak dua tiga hari ni muka saya asyik gatal-gatal jer, tangan pulak sedap je menggaru sampai naik merah-merah dah..Tak tau la alahan ke apa..Mungkin jugak sebab keadaan sekeliling yang asyik berjerebu sekarang ni kan..Bahaya oo..Teringat plak nak buat masker ESP dengan yogurt...

Korang nak try buat masker ni jugak? ni ha cara-caranya:

1-Ambil 2 sudu besar yogurt asli (plain) dan masukkan ke dalam mangkuk.
2-Masukkan 1 sudu besar ESP kedalam mangkuk dan gaulkan bersama yogurt sehingga sebati.
3-Sapukan dan ratakan masker tadi ke seluruh muka (kat leher pun boleh jugak).
4-Biarkan kering selama setengah jam atau sehingga kering
5-Bilas dengan air bersih.



First time saya buat malam tadi, waaahhhhh memang best masa dah tepek  kat muka tu..Terasa pedih-pedih sebab muka saya dah merah dan ada kesan luka..Alhamdulillah, bangun pagi muka dah kurang gatal dan dah tak rasa pedih tadi..pastu rasa lembutttt je muka hahhahaa..
Malam ni kita buat lagi hokeyyy…

**takut cerita lama berulang kembali..serik oo masa kena gatal-gatal satu badan tu..