Thursday, 19 June 2014

Bantal felt-Iskandar & Myra

sejak peristiwa sedih di bulan Februari tu, aktiviti berkraf terpaksa ditangguhkan dan tempahan-tempahan pun tak dapat saya siapkan. Susah bebeno rasanya nak buat sesuatu bila orang yang  selalu memberi semangat dah takde..macam lagu separuh jiwaku pergi tu lah... hurmmmm
(sayang rindu abang huhuhu)..

Apepun,saya perlu meneruskan kehidupan demi anak kecil kami.

Dan akhirnya....
saya telah berjaya menyiapkan 2 biji bantal tempahan dari opismate untuk anak-anaknya iaitu Iskandar dan Humaira (Myra)..segan pun segan jugak sebab dah lama sangat tertangguh. Alhamdulillah,mereka memahami apa yang saya lalui..

Details berkenaan bantal customade ni:
-saiz: 14 inci x 12 inci
-isi : kekabu
-sarung boleh ditanggalkan
-harga: RM35
untuk pertanyaan / order :sms /whatsapp 012-2808590 (ain)

Monday, 16 June 2014

selamat hari bapa

Selamat Hari Bapa.

Buat bapa kepada anakku yang telah menemui penciptanya,

~semoga segala kebaikanmu selama menjadi abah Iyad akan diberikan ganjaran yang baik dari Allah S.W.T

~semoga segala kebaikan yang telah dilakukan sepanjang hayatmu akan membantu menerangi dan meluaskan kuburmu..

~semoga segala kebaikanmu akan menjadi ikutan waris tunggalmu dan memberikan pahala yang berpanjangan buatmu..

Kami amat merinduimu..

Salam sayang,
ibu Iyad.
15.06.2014

Saturday, 24 May 2014

Berat badan susah turun?

Entry ini adalah nota untuk saya sendiri huahuahua...sebabnya risau sangat ni berat badan asyik naik dan terus naik je..takde tanda-tanda nak turun pun..Saya nak share entry ni dengan korang...Jom kita baca dan pikirkan sama-sama..

Beberapa faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan ialah:

Pemilihan Pemakanan yang Salah 
-tidak semestinya makan makanan yang sihat dapat menurunkan berat badan kita. Ianya kadang-kadang tidak membantu..

Tekanan (Stress)
-Saya merasakan stress akan menyebabkan berat badan saya turun..ternyata saya silap!! stress adalah penghalang besar dalam proses penurunan berat badan. So,nak kurus kita kena enjoyyyy....

Masalah tiroid 
Pertambahan berat badan yang tidak dapat dikesan kadangkala boleh dikaitkan dengan masalah tiroid yang menyebabkan metabolisme mereka munurun.

Sindrom PCOS
Kebanyakan wanita yang PCOS biasanya mempunyai masalah berat badan. Sindrom Polycystic ovari akan menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan insulin secara semulajadi, dan menyebabkan gula didalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga dan dalam masa yang sama tidak dapat menukar testosteron kepada estrogen yang penting di dalam proses penurunan berat badan.

Kurang aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal seperti bersenam,berjalan dan berlari adalah perlu untuk pembakaran lemak.Tubuh akan terdorong utk beraktiviti sekiranya metabolisma badan meningkat dan seterusnya membakar lemak dan menurunkan berat badan.

Wednesday, 14 May 2014

Doa-doa amalan

Assalamualaikum...sejuknye hari ni dek hujan rahmat dari Allah SWT..korang baru order makanan tengahari ek?Jangan lupa baca doa makan yer..hahaha

Sebut pasal doa ni, teringat pulak saya nak share doa-doa harian yang perlu kita amalkan..Gambar-gambar ni semua adalah ihsan En.yahoo.














Tuesday, 13 May 2014

Goodies Bags- Iman Qhalish

Alhamdulillah..
dapat jugak menyiapkan tempahan sepupu untuk majlis aqiqah dan doa selamat sempena kelahiran anak sulungnya, seorang baby boy yang diberi nama Muhammad Iman Qhalish.
Temanye kali ini ialah baby blue.
tengok-tengok gambar ye..kalau ada yang berkenan dan nak menempah,  boleh komen atau whatsapp saya di 012-2808590 (ain)

Thursday, 8 May 2014

Kekurangan kalsium dalam badan


Korang tau tak sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Kalau tak tau meh saya nak cerita sikit.

kalsium yang disimpan dalam badan kita adalah pada tulang dan gigi manakala hanya sedikit sahaja yang disimpan didalam darah. Biasanya bila simpanan kalsium didalam darah tidak mencukupi, kalsium yang tersimpan di dalam tulang dan gigi akan diserap bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.
 
Antara tanda-tanda awal tubuh anda  memerlukan supplement kalsium apabila..

  ● Rasa ngilu pada bahagian punggung & pinggang & sendi pada waktu pagi atau malam..
  ●Kuku rapuh dan mudah patah
  ●Rambut menjadi kasar
  ●Kulit kering dan bersisik
  ●Sering sakit gigi atau gigi berlubang
  ●Sering kram (kejang/ kebas) di bahagian kaki
  ● Selalu pening kepala
  ●Jantung Berdegup lebih cepat sehingga kita dpt merasainya
  ●Tumit kasar dan merekah
  ●Sukar tidur (Insomnia)
  ●Sering gugup, cemas, mudah marah
  ●Bagi wanita pula, masa menstruasinya menjadi lebih panjang

Bagi yg tidak gemar minum susu, kini ada kalsium dalam bentuk pil yg diperkaya dengan vitamin D dan magnesium dan jarang terdapat pada kalsium jenis susu.

Justeru, amat disarankan anda mengambil Ostematrix Shaklee (kalsium magnesium) dalam diet harian anda. Jika lambat bertindak, dan paras kalsium anda semakin kritikal, potensi untuk menghidapi osteoporosis akan berlaku. Oleh sebab itu, jangan tunggu lagi, jom kita kuatkan tulang-tulang kita!

**Hanya diperlukan untuk mengambil Ostematrik 1x sehari atau 2x sehari mengikut keperluan tubuh.

disclaimer:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

untuk consultation /tempahan
whatsapp 012-2808590 (ain)

Sunday, 4 May 2014

Letih Semasa Hamil?

wahh...hari ni dapat lagi berita gembira.. sorang kawan baru preggy 2nd baby..tapi kehamilan kali ni beliau sering rasa letih dan tidak bertenaga..mungkin juga kerana penat menguruskan keluarga, kerjaya dan kerja-kerja rumah.

Ada yang rasa macam tu jugak?

Jom saya sharekan supplement Shaklee yang boleh korang amalkan untuk mengurangkan simpton-simptom keletihan tu.

1) Vitalea -sebagai multivitamin dan menambah tenaga

2) B Complex - menambahkan tenaga, meningkatkan pembentukan darah, mengurangkan stress dan mencantikkan kulit.

3) Vitamin C -Membaiki tisu yang rosak dan meningkatkan sistem ketahanan badan.

4) Ostematrix -menguatkan tulang dan membekalkan kalsium kepada ibu dan juga bayi di dalam kandungan.

PM / Whatsapp
       ain
012-2808590