Showing posts with label badan. Show all posts
Showing posts with label badan. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

Garlic a.k.a bawang putih

assalamualaikum....selamat pagi....nihaoma?hahaha ape ntah maksudnya saya pun tak tau.

Nak citer ni,sejak saya disahkan mengalami Spondyclosis tu badan saya sering sakit-sakit..sakit kat tangan, sakit kat bahu, lenguh kat kaki. Selalunya mak saya la jadi mangsa kena tolong urutkan hihi..tapi lepas mak urut tu memang saya asyik sendawa lah.

Mak kata badan saya banyak angin.. halamak, dulu-dulu pernah jugak kena angin tapi sekejap je pastu hilang. Ini boleh dikatakan sepanjang masa badan saya rasa dipenuhi angin..asyik nak sendawa je dan selalu rasa sakit kat tangan terutamanya.

Semalam 1st time la saya makan Garlic Shaklee ni. Dari pembacaan saya, garlic ni boleh memperingkatkan sistem penghadaman ubuh dan membantu menghilangkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung dan gastrik.

Lepas makan semalam saya telan 1 tablet Garlic. Dalam sejam lepas tu angin dari dalam badan dah mula nak keluar hahahha...lega rasanya..pagi ni pun dah tak rasa sakit sangat tangan ni. Alhamdulillah...malam ni boleh telan lagi sebiji..

*sedikit info tentang Garlic Shaklee*
-Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di USA diwaktu musim panas.


AinSanusi

Saturday, 24 May 2014

Berat badan susah turun?

Entry ini adalah nota untuk saya sendiri huahuahua...sebabnya risau sangat ni berat badan asyik naik dan terus naik je..takde tanda-tanda nak turun pun..Saya nak share entry ni dengan korang...Jom kita baca dan pikirkan sama-sama..

Beberapa faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan ialah:

Pemilihan Pemakanan yang Salah 
-tidak semestinya makan makanan yang sihat dapat menurunkan berat badan kita. Ianya kadang-kadang tidak membantu..

Tekanan (Stress)
-Saya merasakan stress akan menyebabkan berat badan saya turun..ternyata saya silap!! stress adalah penghalang besar dalam proses penurunan berat badan. So,nak kurus kita kena enjoyyyy....

Masalah tiroid 
Pertambahan berat badan yang tidak dapat dikesan kadangkala boleh dikaitkan dengan masalah tiroid yang menyebabkan metabolisme mereka munurun.

Sindrom PCOS
Kebanyakan wanita yang PCOS biasanya mempunyai masalah berat badan. Sindrom Polycystic ovari akan menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan insulin secara semulajadi, dan menyebabkan gula didalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga dan dalam masa yang sama tidak dapat menukar testosteron kepada estrogen yang penting di dalam proses penurunan berat badan.

Kurang aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal seperti bersenam,berjalan dan berlari adalah perlu untuk pembakaran lemak.Tubuh akan terdorong utk beraktiviti sekiranya metabolisma badan meningkat dan seterusnya membakar lemak dan menurunkan berat badan.