Seharian ini saya berperang dengan perasaan sendiri, sedaya upaya menyembunyikan kesedihan hati agar tak terlihat dipandangan mata orang lain. Berpura-pura tersenyum dan tertawa.... Sedangkan didalam hati saya menangis *...*
Hari ini telah 364 hari suami pergi selama-lamanya meninggalkan saya dan anak. Hari ini juga terbayang-bayang di mata saya peristiwa setahun yang lepas yang tak mungkin saya lupakan.
Semoga sentiasa "tenang" dialam yang sana suamiku...kami amat menyayangi dan merinduimu.
11022015
Wednesday, 11 February 2015
Bayangan
Monday, 2 February 2015
Fabulous Februari- Promosi Shaklee
Promosi Februari Shaklee
Assalamualaikum..selamaat pagi..
Alhamdulillah, dah masuk kita di bulan Februari yang penuh dengan kenangan sedih setahun yang lalu. Doa saya semoga saya terus diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan bersama anak dan keluarga tersayang. Kawan-kawan pun doakan saya jugak ye.
Untuk kawan-kawan yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,saya ucapkan selamat bercuti sempena Hari Wilayah..lama tu dapat cuti 4 hari sampai esok sebab esok pun cuti umum sempena perayaan Thaipusam.
Saya pun bercuti hari ni hahhaa...
Oklah,saya nak share promosi Shaklee untuk bulan ni..memamg fabulous februari lah ni..
Beli 6 Free 1:
-Ostematrix
-Vitalea
Beli 3 Free 1:
- Advance Join Health Tablet
-Vitalea untuk kanak-kanak
hebatkan promosi Februari ni.Jom kita bahagiakan ibu bapa kita yang sakit-sakit lutut atau sendi tu dengan menghadiahkan Advance Joint Health Tablet.
Tak lupa juga berikan vitalea (for kids) kepada anak-anak kita,semoga mereka membesar dengan sihat. Insya Allah
Shaklee independent distributor anda,
Ain (whatsapp 012-2808590)
Friday, 30 January 2015
Sedekah untuk Arwah
Bacala kisah ini...... sekadar renungan dan semoga bermanfaat buat kita.
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.
"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,bacaan, ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.
Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :
"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanitatersebut. Tatkala dia cubauntuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukanny a semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid Jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu". "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari Jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu."
"Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan
merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah
disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
*sedih sangat baca kisah ni, semoga saya selalu ingat untuk bersedekah dan diniatkan untuk arwah suami.*
Tuesday, 13 January 2015
Entry Pertama 2015
Dah 13 januari 2015 baru dapat buat entry pertama? hahah sabo je la...saya malas nak bagitau alasan cliche tu, nanti korang bosan pulak kan.
Ye,permulaan tahun yang agak sibuk dengan tempahan-tempahan yang perlu disiapkan. Semalam pun anak bujang demam panas, risau rasanye hati ni bila tengok dia tak berdaya,melepek je kt ibu ni.. Alhamdulillah, hari ni mak saya kata iyad dah tak demam sangat, tinggal dedar-dedar sikit je..
So, hari ni nak promosi jugak sikitla hihi..Untuk bulan januari 2015 ni Shaklee bagi promosi berganda-ganda-ganda tau... Tawaran istimewa untuk Alfalfa, Vivix dan juga Vitalea for kids. Kalau ada yang berminat, meh whatsapp saya (012-2808590) cepat-cepat sebelum 31 Januari ni tau. kalau lambat tak dapekla den nak nolong ha...
hihi..
untuk produk kraf, nnti saya akan upload gambar-gambar yer.
Tuesday, 30 December 2014
Garlic a.k.a bawang putih
assalamualaikum....selamat pagi....nihaoma?hahaha ape ntah maksudnya saya pun tak tau.
Nak citer ni,sejak saya disahkan mengalami Spondyclosis tu badan saya sering sakit-sakit..sakit kat tangan, sakit kat bahu, lenguh kat kaki. Selalunya mak saya la jadi mangsa kena tolong urutkan hihi..tapi lepas mak urut tu memang saya asyik sendawa lah.
Mak kata badan saya banyak angin.. halamak, dulu-dulu pernah jugak kena angin tapi sekejap je pastu hilang. Ini boleh dikatakan sepanjang masa badan saya rasa dipenuhi angin..asyik nak sendawa je dan selalu rasa sakit kat tangan terutamanya.
Semalam 1st time la saya makan Garlic Shaklee ni. Dari pembacaan saya, garlic ni boleh memperingkatkan sistem penghadaman ubuh dan membantu menghilangkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung dan gastrik.
Lepas makan semalam saya telan 1 tablet Garlic. Dalam sejam lepas tu angin dari dalam badan dah mula nak keluar hahahha...lega rasanya..pagi ni pun dah tak rasa sakit sangat tangan ni. Alhamdulillah...malam ni boleh telan lagi sebiji..
*sedikit info tentang Garlic Shaklee*
-Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di USA diwaktu musim panas.
AinSanusi
Saturday, 20 December 2014
Bantal Felt Qausar Hijazi
hai..entry tengah malam hari ni selepas sakit anak tekak, sakit perut menyaksikan perlawanan akhir bola sepak piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dengan Thailand. Walaupun Malaysia tewas secara aggregat 3-4, yang penting Malaysia menang dipadang sendiri dan dihadapan penonton-prnonton sendiri.
Yang sangat saya banggakan ialah semangat juang Harimau Malaya yang tidak langsung berputus asa. Segala pujian harus diberikan kepada kesemua pemain-pemain pasukan Malaysia ini. Harimau Malaya selamanya dihati kami...saluteeeee....
Sedih tu memangla sedihkan..Meh sini saya ubati duka lara tu dengan gambar-gambar ceria yang cantik ni hahhaha memang masuk bakul angkat sendiri. Ini ialah tempahan dari Aishah untuk Majlis Akikah anak sulungnya iaitu Muhd. Qausar Hijazi yang comel sangat tu..
item yang ditempah:
-1 pcs bantal hiasan felt RM40
-2 pcs bantal botol susu RM15/pcs
(saiz lebih kurang botol air mineral yang besar tu)
yang berminat nak tempah atau nak tanya-tanya je dulu tu boleh komen kat sini atau whatsapp kat 012-2808590 (ain)
jom like page saya www.facebook.com/afcraftzone.2013
AinSanusi
AinSanusi
Resdung Perlu Diubati Segera
Setiap pagi bersin? Bukannya bersin yang sekali dua je tapi tak berhenti-henti pulak tu sampai kadang-kadang rasa macam nak demam. Mata pulak gatalllll sangat, rasa macam nk keluarkan biji mata tu dan basuh..ngeri kan?
korang pernah rasa macam tu tak? ye, itulah antara tanda-tanda yang korang mengalami resdung. Jangan diambil ringan masalah resdung ni sebab jangkitan bakteria ini boleh merebak sehingga ke otak!
Bagi anda yang juga mengalami masalah resdung, saya sangat sarankan anda mencuba set ni yang terdiri daripada Alfafa, Vitamin B Complex dan Vitamin C Sustained Released.
Bagaimana Set Resdung membantu:
1) Alfalfa Complex
-Sifat alkali bertindak meneutralkan tubuh yang berasid dan bersifat antibakteria untuk membantu menyekat perkembangan kuman di kawasan yang dijangkiti.
-Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu menngurangkan keradangan terutama akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi dan gegata
2) Vitamin B-Complex
- Vitamin ini mengandungi B6 yang penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
-Membantu dalam pembinaan protien dalam tubuh -Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
3) Vitamin- C Sustained Released
-Bertindak sebagai anti histamin tanpa perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan drug anti- histamin
-Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
-Meningkatkan oksigenasi pada tisu-tisu dalam tubuh badan
-Meningkatkan penyembuhan tisu
jom layan testimoni pelanggan yang mengamalkan set resdung Shaklee ni.Alhamdulillah,penderitaan beliau selama 10 tahun berakhir juga setelah bertemu Shaklee.
untuk konsultasi lanjut, boleh whatsapp 012-2808590 (ain)
AinSanusi