Tuesday, 24 June 2014

tote bag-Is

Bismillahirramanirrahim..

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kesihatan tubuh badan dan daya pemikiran yang baik kepada saya sehinggakan saya mampu mencari rezeki dan sedikit rezeki tambahan untuk anak kecil dan keluarga saya.

Dengan kurniaanMu itu Ya Allah, saya mendapat rezeki pada hari ini.Syukur..
Hari ni nak share hasil kerja selama 2 hari huhu..2 pcs tote bag tempahan dari kawan saya untuk anaknya yang akan masuk taska hari ni. Bertemakan bulldozer dan kereta,diharapkan tote bag comel ini dapat memberikan semangat kepada adik Iskandar.

selamat maju jaya Is!

maklumat produk:
saiz: 9 inci x 11 inci
harga: RM15.00

Thursday, 19 June 2014

Bantal felt-my home


Alhamdulillah,
haaaa..ni lagi 2 biji bantal yang telah disiapkan.. wahhh dasyat gak production bantal sejak akhir-akhir ni ye hahha tak malu puji diri sendiri..kuikuikui..
kali ni temanya cupcake dengan tulisan "my home". yang ni pun tempahan kawan opismate jugak dengan satu lagi item iaitu pencil case..pencil case pun dah siap jugak tapi nanti-nantila kita cerite yer..
Details bantal felt ni:
-saiz: 14 inci x 12 inci
-isi: fiber (kekabu berat katanyer)
-sarung bantal boleh dibuka
-material untuk sarung bantal : cotton
-harga: RM 35.00
untuk pertanyaan / order, sms/whatsapp 012-2808590 (ain)

Bantal felt-Iskandar & Myra

sejak peristiwa sedih di bulan Februari tu, aktiviti berkraf terpaksa ditangguhkan dan tempahan-tempahan pun tak dapat saya siapkan. Susah bebeno rasanya nak buat sesuatu bila orang yang  selalu memberi semangat dah takde..macam lagu separuh jiwaku pergi tu lah... hurmmmm
(sayang rindu abang huhuhu)..

Apepun,saya perlu meneruskan kehidupan demi anak kecil kami.

Dan akhirnya....
saya telah berjaya menyiapkan 2 biji bantal tempahan dari opismate untuk anak-anaknya iaitu Iskandar dan Humaira (Myra)..segan pun segan jugak sebab dah lama sangat tertangguh. Alhamdulillah,mereka memahami apa yang saya lalui..

Details berkenaan bantal customade ni:
-saiz: 14 inci x 12 inci
-isi : kekabu
-sarung boleh ditanggalkan
-harga: RM35
untuk pertanyaan / order :sms /whatsapp 012-2808590 (ain)

Monday, 16 June 2014

selamat hari bapa

Selamat Hari Bapa.

Buat bapa kepada anakku yang telah menemui penciptanya,

~semoga segala kebaikanmu selama menjadi abah Iyad akan diberikan ganjaran yang baik dari Allah S.W.T

~semoga segala kebaikan yang telah dilakukan sepanjang hayatmu akan membantu menerangi dan meluaskan kuburmu..

~semoga segala kebaikanmu akan menjadi ikutan waris tunggalmu dan memberikan pahala yang berpanjangan buatmu..

Kami amat merinduimu..

Salam sayang,
ibu Iyad.
15.06.2014

Saturday, 24 May 2014

Berat badan susah turun?

Entry ini adalah nota untuk saya sendiri huahuahua...sebabnya risau sangat ni berat badan asyik naik dan terus naik je..takde tanda-tanda nak turun pun..Saya nak share entry ni dengan korang...Jom kita baca dan pikirkan sama-sama..

Beberapa faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan ialah:

Pemilihan Pemakanan yang Salah 
-tidak semestinya makan makanan yang sihat dapat menurunkan berat badan kita. Ianya kadang-kadang tidak membantu..

Tekanan (Stress)
-Saya merasakan stress akan menyebabkan berat badan saya turun..ternyata saya silap!! stress adalah penghalang besar dalam proses penurunan berat badan. So,nak kurus kita kena enjoyyyy....

Masalah tiroid 
Pertambahan berat badan yang tidak dapat dikesan kadangkala boleh dikaitkan dengan masalah tiroid yang menyebabkan metabolisme mereka munurun.

Sindrom PCOS
Kebanyakan wanita yang PCOS biasanya mempunyai masalah berat badan. Sindrom Polycystic ovari akan menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan insulin secara semulajadi, dan menyebabkan gula didalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga dan dalam masa yang sama tidak dapat menukar testosteron kepada estrogen yang penting di dalam proses penurunan berat badan.

Kurang aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal seperti bersenam,berjalan dan berlari adalah perlu untuk pembakaran lemak.Tubuh akan terdorong utk beraktiviti sekiranya metabolisma badan meningkat dan seterusnya membakar lemak dan menurunkan berat badan.

Wednesday, 14 May 2014

Doa-doa amalan

Assalamualaikum...sejuknye hari ni dek hujan rahmat dari Allah SWT..korang baru order makanan tengahari ek?Jangan lupa baca doa makan yer..hahaha

Sebut pasal doa ni, teringat pulak saya nak share doa-doa harian yang perlu kita amalkan..Gambar-gambar ni semua adalah ihsan En.yahoo.














Tuesday, 13 May 2014

Goodies Bags- Iman Qhalish

Alhamdulillah..
dapat jugak menyiapkan tempahan sepupu untuk majlis aqiqah dan doa selamat sempena kelahiran anak sulungnya, seorang baby boy yang diberi nama Muhammad Iman Qhalish.
Temanye kali ini ialah baby blue.
tengok-tengok gambar ye..kalau ada yang berkenan dan nak menempah,  boleh komen atau whatsapp saya di 012-2808590 (ain)