Wednesday, 11 December 2013

perut oh perut..

orang tua-tua selalu pesan,nak tambat hati suami mulakan dari perut dia..betul ke?saya pun tak pasti tentang kesahihannya sebab saya pun memang tak pandai masak hahahaha..

tapi setelah 3 tahun menjadi seorang isteri ni, keinginan nak belajar masak tu mula timbul selepas saya 'berjaya' membeli pemanggang ajaib sewaktu berkunjung ke Langkawi awal November yang lalu..hihi..

inilah kek pertama yang saya hasilkan menggunakan pemanggang ajaib tu (malas betul nak guna oven)..hihi ini namanye kek minyak.memang lembut tapi agak ter'kering' sikit sebab saya masak lama sangat..sepatutnya dalam 10-15 minit dah ok...






semalam pulak saya telah membancuh adunan aiskrim buatan rumah huhu home made i
ce-cream ler...dan hari ni,telah selamat dimakan oleh en.hubby bersama anak bujang (termasuk saya sekali la hihihi)..





dah lewat ni...next entry saya kongsikan resepinye ye..

*untuk rujukan saya jugak nanti :)








Monday, 9 December 2013

Abah dan mak saya

Oktober adalah bulan kelahiran abah dan mak saya..hadiah saya yang tak seberapa untuk mereka..walaupun simple tapi memberikan impak yang besar terhadap saya..

alhamdulillah,diorang suka hihi..




doa saya semoga abah dan mak sentiasa dibawah lindungan rahmat-Nya, sihat dan murah rezeki selalu..aminn...

#mak saya sakit lutut sejak beberapa bulan yang lalu..sakit sangat bila banyak berjalan dan insya allah,esok doktor akan inject gel kat lutut mak..

semoga mak cepat sihat...

bantal felt

new hot item in the house!

hihi...sesape yang berkenan boleh order ye.

boleh request nak buat hiasan yang korang nak...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 15 November 2013

pou gebus-gebas

Assalamualaikum..(sambil kibas-kibas sawang kat blog)

hari nk nak citer pasal pou..korang mesti tau kan pou tu ape??haha ala game yang boleh kita download kat telefon pintar tu la..tak tau jugak lagi??tengok gambar dari en.google ni..

  

haaaaa...comelkan??ni la namanye pou..oleh sebab kecomelan beliau, saya telah menghasilkan keychain untuk iyad dan lekatkan kat beg sekolahnya hihi..

dan ada pulak kawan-kawan opis yang berminat nak tempah..so inilah pou versi saya






pun comel jugak kan??hihi...

so kalau ada yang nak menempah, boleh tinggalkan komen kat sini atau Pm je saya kat www.facebook.com/afcraftzone.2013

itu je ceritanya, daaa...




Tuesday, 10 September 2013

Pentingnya "mata"

Mata merupakan anugerah tidak ternilai daripada Allah s.w.t yang membolehkan kita menghayati keindahan alam ciptaan-Nya.
Walaubagaimanapun,tak semua makhluk yang mempunyai mata berpeluang untuk melihat keindahan bumi Allah ini.

Bersyukurlah kerana kita telah diberi dengan nikmat mata yang boleh melihat.Bersama-sama lah kita menjaga nikmat mata ini sebagai tanda kita bersyukur kepada-Nya.



posted from Bloggeroid

Monday, 9 September 2013

sekadar coretan..alkisah sebuah hidangan si isteri

copy & paste

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. ... Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

moral of the story:
-sentiasalah menghargai apa yang kita miliki
-sentiasalah menghargai orang lain

*sebak*

posted from Bloggeroid

Sunday, 8 September 2013

CoQ Health Plus

Bulan September 2013 ni bulan promo CoQ Health Plus..beli 6 botol dan dapat 1 botol percuma...bukan senang tau nak dapat jimat banyak macam ni..

dah tau tak apa kandungan n kebaikan CoQ Health Plus ni?secara ringkasnya produk ini membantu menjaga jantung kita..untuk keterangan lanjut, nanti saya cerita lagi ye..

daaa...







posted from Bloggeroid