Tuesday, 16 December 2014

Sling bag 7pcs

Assalamualaikum..selamat pagi..moh dogheh bangun poie kojo ha

Hari ni nak share cerita tentang tempahan beg yang saya terima iaitu 7pcs sling bag dari kawan lama sewaktu bersekolah dulu. Katanya nak dihadiahkan kepada ahli-ahli keluarganya untuk digunakan semasa mengerjakan umrah nanti.

Alhamdulillah,saya berjaya jugak menyiapkan kesemua beg tersebut. Dan semasa entry ini ditulis, sahabat saya tersebut telah pun beberapa hari berlepas untuk mengerjakan umrah. Doa saya semoga beliau dan ahli keluarganya dapat mengerjakan umrah dengan sebaik mungkin..aminnn

Sedikit perincian mengenai sling beg tersebut:
Saiz: 8" (lebar) x 8" (tinggi)
Warna: seperti yang diminta
Penutup: zip
Tali: boleh adjust
Lain-lain: hiasan nama dengan manik huruf
Harga: RM25/pcs (tidak termasuk pos)

Dan akhir sekali feedback dari kawan saya tu semasa menerima beg-beg tersebut menerusi kiriman poslaju. Dia suka saya pun suka hihi

Yang berminat nak tempah boleh komen atau whatsapp saya di 012-2808590 (ain)

AinSanusi


AinSanusi

Monday, 15 December 2014

Belajar Buat Beg

Sebenarnya dah lama saya teringin-teringin-teringinnnnn sangat nak belajar buat beg terutamanya beg-beg yang comel ni hahaha...lepas ni akan banyaklah gambar-gambar beg yang akan saya upload ye kuangkuangkuang...

Mula-mula dulu buat beg ikut resepi sendiri je..sesedap rasa je dan oleh sebab tu hasilnya pun tak seberapa je lah kan.

Sekarang ni barulah tau terms-terms yang biasa otai-otai ni gunakan macam batting, cotton stabiliser, japanese cotton, designer cotton dan macam-macam lagi lah..ralit sangat jadinya bila dah mengulik bag ni..
Untuk pertama kalinya saya nak belanja korang gambar bag ni yang merupakan free gift dari saya untuk salah seorang pelanggan saya yang bernama Ameza.

Insya Allah,sekiranya diizinkan Allah saya akan turut berkongsi tutorial didalam blog saya ini..stay tuned

Ada yang nak beli Shaklee?hihi

Meh-meh. jom order


AinSanusi

Monday, 8 December 2014

Hidup bagai roda

Hidup ini bagaikan roda
Adakalanya kita diatas
Adakalanya kita dibawah

Hari ini,
Aku berada dibawah
Kesedihan dan kesusahanku bukan selamanya
Aku akan berusaha semampunya
Untuk kembali berada diatas

Engkau
Yang hari ini berada di atas
Jangan sombong dan bongkak
Kerana Allah itu Maha Adil

Thursday, 4 December 2014

Vitamin E dan Vitamin C Promosi Disember 2014

Assalamualaikum

Tanpa menunggu kita Disember pun menjelma dan tak lama lagi jugak akan berakhirlah tahun yang penuh dengan kisah suka duka ini,tahun yang penuh dengan kerinduan,kehilangan dan penuh dengan pengorbanan..segalanya akan dikumpulkan menjadi satu dan disimpan dalam lipatan kenangan..huhu *_*

Untuk bulan terakhir bagi tahun ini Shaklee bagi promosi berganda tau..haaa best tu..meh tengok gambar ni ha

p
Kalau berminat jangan lupa komen kat sini atau boleh whatsapp saya ye di 012-2808590 (ain)

Tuesday, 18 November 2014

Segar dengan Vitamin C

Malam dah bawak ke pagi ni tapi saya belum boleh tido lagi huwaa ngantuknya..Ada tempahan urgent yang perlu disiapkan sebab esok dah nak diposkan..

Mata tak larat nak bukak dah..haa baru teringat..

Dah telan sebiji Sustained Release Vitamin C Shaklee mata terus rasa segar-bugar..wahhhh

Memang banyak khasiat Vitamin C 500mg dari Shaklee ni..next time kita cerita lanjut ye,nak siapkan tempahan dulu

Assalamualaikum

*credit picture from www.greenvitamin.net

Friday, 14 November 2014

Bantal Felt-Amanina

Assalamualaikum dan salam petang,

Hari ni nak show off sikit hasil kraftangan ni haa..hahhaha bantal felt yang sebijik ni dah lama siap dan dah diambil pun oleh ownernya tapi tak sempat nak diupload. Harap-harap ownernya seronok dengan bantal ni.

Material yang saya gunakan sebagai sarung bantal ialah kain cotton.So memang sesuai dan selesalah untuk digunakan sebagai bantal tidur jugak.

Ada yang berminat nak tempah?

Komen kat sini atau whatsapp kat 012-2808590 (ain)

Thursday, 13 November 2014

Tanda Dari Tubuh

Tubuh kita ni bijak dan tubuh kita ni boleh bagitau kepada otak kita apabila tubuh kita ni kekurangan zat-zat. Bila otak dah dapat info dia pun hantar ke bahagian-bahagian tubuh yang berkaitan.

Contoh paling senang, bila kita rasa haus maknanya badan kita perlukan air..selain tu,kadang-kadang kita terasa teringin makan coklat,itu tandanya tubuh kita kekurabgan Potassium.

Ha..bijak kan?

Oleh itu, genapkan keperluan vitamin badan kita untuk mengelakkan kita teringin nak makan benda-benda yang berkalori tinggi.