Tuesday, 18 November 2014

Segar dengan Vitamin C

Malam dah bawak ke pagi ni tapi saya belum boleh tido lagi huwaa ngantuknya..Ada tempahan urgent yang perlu disiapkan sebab esok dah nak diposkan..

Mata tak larat nak bukak dah..haa baru teringat..

Dah telan sebiji Sustained Release Vitamin C Shaklee mata terus rasa segar-bugar..wahhhh

Memang banyak khasiat Vitamin C 500mg dari Shaklee ni..next time kita cerita lanjut ye,nak siapkan tempahan dulu

Assalamualaikum

*credit picture from www.greenvitamin.net

Friday, 14 November 2014

Bantal Felt-Amanina

Assalamualaikum dan salam petang,

Hari ni nak show off sikit hasil kraftangan ni haa..hahhaha bantal felt yang sebijik ni dah lama siap dan dah diambil pun oleh ownernya tapi tak sempat nak diupload. Harap-harap ownernya seronok dengan bantal ni.

Material yang saya gunakan sebagai sarung bantal ialah kain cotton.So memang sesuai dan selesalah untuk digunakan sebagai bantal tidur jugak.

Ada yang berminat nak tempah?

Komen kat sini atau whatsapp kat 012-2808590 (ain)

Thursday, 13 November 2014

Tanda Dari Tubuh

Tubuh kita ni bijak dan tubuh kita ni boleh bagitau kepada otak kita apabila tubuh kita ni kekurangan zat-zat. Bila otak dah dapat info dia pun hantar ke bahagian-bahagian tubuh yang berkaitan.

Contoh paling senang, bila kita rasa haus maknanya badan kita perlukan air..selain tu,kadang-kadang kita terasa teringin makan coklat,itu tandanya tubuh kita kekurabgan Potassium.

Ha..bijak kan?

Oleh itu, genapkan keperluan vitamin badan kita untuk mengelakkan kita teringin nak makan benda-benda yang berkalori tinggi.

Thursday, 30 October 2014

Penat dan sibuk

Allahuakbar..2 minggu yang berlalu terasa sangat-sangat sibuk buat diri saya..Dengan kerja-kerja di opis yang bertambah dek kerana opis saya menganjurkan satu program dan saya telah dilantik sebagai ajk..

Tup-tup minggu lepas saya dilantik sebagai salah seorang penceramah pada program tersebut.haaaaa.....memang kelam kabut la mokcik ni nak prepare slide bagai..tu tak termasuk kecut perut lagi sebab ini adalah my first time jadi penceramah untuk jemputan yang melebihi 200 orang.Kalau setakat 20 orang tu bolehla lagi...

Kat rumah pulak saya sibuk menyiapkan stok untuk dijual pada hari keusahawanan sekolah..Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun hanya sempat siap 6pcs beg je dan telah diposkan kepada kawan saya yang akan menjaga booth semasa hari keusahawanan tersebut.Harap-harap kesemua beg tu habis terjual.Nanti saya update gambar-gambar beg tersebut ye.

Dan 29hb hari tu telah berlangsungnya program yang dianjurkan oleh opis saya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya semasa bagi ceramah..Saya pun tak tau la ok ke tak ceramah saya tu tapi saya berharap semoga peserta-peserta mendapat manfaat darinya...

Malam tu baru la dapat tidur dengan lena....legaaaaa

Sunday, 28 September 2014

Pemenang Giveaway September 2014

Hujung minggu ni terasa cepat sangat berlalu dengan aktiviti bersama keluarga yang sangat padat hhahaha..dari aktiviti masak-memasak, makan-makan dan budak-budak ni mestila dengan aktiviti bermain diorang kan.Kitorang pun sempat jugak mengambil stok tudung untuk dijual hihi..nanti saya upload ye gambar-gambar tudung tu.

oh, 26 haribulan hari tu saya dah umumkan nama pemenang untuk giveaway AFIF Creative bagi bulan September 2014 yang telah dimenangi oleh Leen Tajudin dari Johor Bahru. In Sha Allah,saya akan poskan hadiah secepat mungkin.

Semalam pulak ada kawan yang mesej saya di whatsapp.Katanya nak ajak saya join venture untuk giveaway yang akan datang..wahhhh macam seronok je bunyinye kan..

Oleh iti, setelah perbincangan, kami bersetuju untuk mengumumkan giveaway Oktober 2014 pada tarikh November 2014. Korang semua tunggu tau....

yang bestnya, giveaway kali ni pemenang akan dapat 2 hadiah tajaan dari kami..waaaaaahhhhhh.... :-)

Tuesday, 23 September 2014

Giveaway September 2014

Dah lama rasanya saya tak buat giveaway kan..oleh itu,bermula hari ahad lepas saya telah melancarkan giveaway saya untuk bulan September 2014 ini..cewahhh..rasa macam MB plak bila guna perkataan melancarkan tu hahhaahha...

jangan risau,sempat lagi kalau korang nak join ni  sebab giveaway ini hanya akan berakhir pada 24 September iaitu esok!

cepat-cepat...hanya perlu like,share and win!!

nak tau lebih lanjut,klik kat sini

https://www.facebook.com/afcraftzone2013?ref=bookmarks

hadiahnye berupa drawstring bag yang comelllll sangat..sesuai sangat kalau nak letak pampers anak ke,barang make up ke,alat tulis ke..macam-macam lagi la boleh letak hihi

kepada yang mencuba tu semoga berjaya ye..

Friday, 19 September 2014

Ribbon Clutch

hai tawan-tawan..... hihi

meh saya nak blanje gambar ribbon clutch yang comel ni..teaser je tau..yang keseluruhan belum lagi..so tunggu ye..

Kenapa clutch ni sangat istimewa?

sebab daripada clutch yang biasa-biasa je boleh bertukar jadi ribbon clutch bila pelekat velcro tu dicantumkan..