Wednesday, 31 July 2013

Baju Raya oh Baju Raya

Hari ni 22 Ramadhan.1434H dan seminggu lagi umat Islam akan menyambut syawal yang mulia. Korang semua mesti dah siap sedia persiapan raya kan? Baju raya berapa pasang?

Keluarga kecil kami masih belum ada baju raya lagi yakni baju untuk dipakai di pagi 1 Syawal nanti.Yang ada pun cuma baju kemeja dan seluar jeans untuk iyad..tapi takkan la nak pakai di pagi raya kan..tak tradisional laaaa...

Alkisahnya, si isteri dan ibu yang agak mithali ni la kononnya nak menjahit sendiri baju raya untuk iyad,abah iyad dan dirinya sendiri huhuhu..Kain untuk dibuat bagu memang dah ready sejak setahun yang lepas hahaha (kes baju raya tak sempat siap jugak la tahun lepas,last-last beli baju siap je hihi)

So,hari sabtu dan ahad ni diisytiharkan sebagai hari duduk rumah saja sebab ibu nak siapkan baju raya hahhaha..

Raya ooii raya......
posted from Bloggeroid

Sunday, 28 July 2013

ainur-on progress

entry pendek je malam ni..nak tunjuk projek / kerja yang tengah dibuat sekarang..beg kait untuk ainur..dah siap nanti saya update hasilnye..




posted from Bloggeroid

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat bulan Ramadhan sekali lagi..Lebih kurang 2 minggu lagi umat Islam akan merayakan Syawal..Macamana persiapan raya korang? Mesti sangat meriahkan.. Tahun ni persiapan kami sekeluarga amatlah sederhana sahaja..

Bila cerita bab raya ni,semestinya tailor-tailor tengah tersangatlah sibuknya kan..Begitu jugak dengan yang mengambil tempahan kuih raya.. ofkos korang tak sempat nak tengok drama-drama kat TV sekarang ni kan dek sebab kesibukan tu..

Yang penting jangan mengeluh..sebab kudrat kita itulah yang menjadi rezeki kita.. Alhamdulillah,saya pun tengah menyiapkan tempahan beg kait tempahan kawan sepejabat.. Ada 3 item yang ditempah;beg kait besar , beg kait kecil dan cekak.. Dah hampir siap , Insya Allah, minggu depan dah boleh serah kat tuan punya badan hihi.. harap-harap anak-anak buah beliau suka dengan hasil kerjatangan saya..

Terima Kasih diatas rezekiMu, Ya Allah...

posted from Bloggeroid

Monday, 10 June 2013

rindu...

Hari ini hari pertama saya berkursus..Masih ada berbaki 4 hari lagi yang perlu saya tempuhi..Semalam semasa hantar saya ke tempat kursus, Iyad (anak teruna saya) menangis-nangis nak ikut ibu dia..kesiannya saya tengok..memang airmata ni dah merebeh sama la..cepat-cepat saya lari masuk ke bilik...Tak sanggup!!

Sampai kat bilik baru saya terperasan yang henpon saya ada kat hubby..alamakkk...puasla pusing satu tempat kursus ni nak cari public phone..tak ade plakkk..airmata rasa nak turun balik dah ni..nasib baik ada pakcik guard bagi pinjam telefon dia untuk call hubby...Nasib baik dorang belum jauh lagi and hubby setuju nak patah balik untuk beri henpon saya (tak dapat bayang kalau seminggu takde henpon oiii) hihi..

Masa hubby sampai selepas pusing balik tu,Iyad masih lagi menangis..dah bengkak mata die..kesiannyyaaaa...hubby kata bagi susu pun tak mau, bagi gambar ibu dia diam sekejap,pastu nangis lagi sambil panggil "bu....."  Hubby kata jomla balik rumah dulu, kesian Iyad...hurmmm....dengan sehelai sepinggang saya ikut hubby balik ke rumah..Kesian anak ibu..

sekarang,tengah rindukan mereka especially iyad saya tu..huhu..harap-harap Iyad dapat tido lena malam ni ye sayang..Ibu sayang iyad * - *

ibu & iyad


Wednesday, 5 June 2013

Wedding guestbook-untuk my BFF

Ha..yang ni guestbook jugak lagi..Untuk majlis perkahwinan my BFF, Azlin..Kalau ikut Alynn ni die kata tak kisah macamana design pon yang penting cantik!! hahah senang kan..Alhamdulillah,walaupun kesuntukan masa sempat jugak disiapkan dan menepati citarasa beliau..

So,inilah hasilnya, 2 buah guestbook yang ditempah untuk majlis di rumah pengantin perempuan dan juga untuk majlis di rumah pengantin lelaki..

1-yang ni untuk majlis di rumah pengantin perempuan..Ada 2 pasang pengantin, so Alynn request untuk saiz sebesar kertas lukisan (gaya cerita macam besar sangat je kan hihih). Sepasang pengantin lagi ialah adik kepada Alynn..kalau tak salah, pasangan ni dah dinikahkan pada bulan Feb 2013 hari tu.

untuk majlis pengantin perempuan
 2-Ini pulak untuk majlis dirumah pengantin lelaki..sepasang je pengantinnye..yang ni saiz a4 dan designnye sangat simple..Kaler hiasannya mengikut tema iaitu hijau..yang pink tu plak sebab feveret kaler si Alynn ni hahahaha..

untuk majlis di rumah pengantin lelaki
Akhir kata, semoga my BFF, Nur Shahida Azlin berbahagia bersama suami tersayang, semoga dimurahkan rezeki dan cepat2 ada baby ye hikhik..Aminnn...

wedding guestbook-siap

ayoyo.....lamanye baru nak update gambar guestbook ni hahah sori ye tuan punya guestbook...

Alhamdulillah,walaupon lambat upload gambar guestbook ni kat blog, tapi sebenarnya guestbook ni dah awal-awal lagi sampai kat tangan tuannya dan alhamdulillah, tuan punya guestbook ini telah selamat pun melangsungkan majlis perkahwinannya pada 26.05.2013 yang lalu (**masih dalam mood pengantin baru lagi hihi). Semoga Aishah dan pasangan sentiasa bahagia dan dirahmati Allah SWT..Selamat Pengantin baru

Ni dia...as request oleh Aishah yang nak rama-rama pada guestbooknya..Harap beliau berpuas hati..
Cinta Bersatu-Siti Aishah & Izzul Fiqri

Thursday, 2 May 2013

Syawal meriah dengan Shaklee



Assalamualaikum..

mesti ramai yang tengah makan tengah hari kan?hihi..Hari ini saya berpuasa ganti dan sebab tu ada kesempatan untuk update blog diwaktu tengah hari ni…hihi

Bila sebut pasal puasa  ni dengan segan silunya saya nak mengaku yang saya ada lagi baki 25 hari untuk diganti hukhuk…saya berpantang di bulan puasa kerana melahirkan anak sulung saya. Insya Allah saya berazam untuk marathon puasa dan mesti habiskan jugak ganti puasa sebelum tibanya bulan Ramadhan yang mulia di tahun ini.

Sedar tak sedar dah masuk Bulan Mei…tak lama lagi semua umat Islam akan menyambut Ramadhan yang berkat dan sebulan lepas tu pula akan menyambut Syawal. Siapa nak beraya dengan meriah angkat tangan!! Hikhik macam budak-budak…

Ada yang  sedang berkira-kira untuk menambah pendapatan sebagai persediaan untuk bulan syawal??

Haaaa... Jom bersama2 saya dan ahli keluarga Shaklee saya yang lain... kita sama2 berkongsi manfaat dan kebaikan vitamin Shaklee....

Sebab apa Shaklee??
Sebab banyak kelebihan yang akan kita dapat..contohnya……

~Untung runcit sehingga 20% - 25%
~Bonus setiap tengah bulan dari Shaklee (biasanye masa ni la duit gaji dah kering kan...)
~ Hanya perlu online min 1 jam sehari - post di FB tentang kebaikan dan testimoni yang sebenar
terus dari customer.
~ Tak perlu keluar rumah, masih boleh menjaga anak dan keluarga sambil
berbisnes. (sangat sesuia untuk surirumah)
~ Peluang utk melancong dan melakukan umrah secara percuma, bonus kereta dan lain2
insentif lagi.

Macam mana nak jadi ahli??
Jom SMS saya di 019-6442017 (AIN)

**picture credit to Aysha Zachary :)