Friday, 1 January 2016

Friday, 19 June 2015

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Entry @ 5.10am

Assalamualaikum dan selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh berkat..Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu.

aminn...

jom sahur


Sunday, 14 June 2015

Car Boot Sale

Hai hai hai...hari ni kami bersiaran dari Car Boot Sale Mines, Seri Kembangan..

Sale? tak tau lagi hhahaha...


Sunday, 3 May 2015

Clay Art

Assalamualaikum..salam hujung minggu dan selamat bercuti kepada semua pekerja pada 1 Mei hari tu. Esok pun cuti sempena hari Wesak yang jatuh pada hari ni kan? ewahhh ewahhh cuti panjang korang ye..hahah saya pun sama,seronok betul....

Hari ni saya nak cerita pasal addiction saya yang terbaru..Asyik belajar benda baru je?hahah kalau boleh semua yang berkaitan dengan kraf saya nak belajar..kali ni saya sangat addict dengan clay art yang kalau dalam bahasa melayunya tanah liat..Bentuknya lebih kurang sama dengan plastesin yang anak-anak kita selalu buat main tu. Konsepnya sama cuma clay art ni boleh dijemur atau dibakar sehingga kering hingga mengekalkan bentuknya.

Clay ni terbahagi kepada dua jenis clay iaitu polymer clay dan air dry clay. Perbezaan diantara keduanya ialah polymer clay perlu dibakar dengan suhu yang tertentu untuk menjadikan bentuknya kekal dan tahan  lasak. Manakala air dry polymer adalah tanah liat yang hanya perlu dikeringkan dengan pengudaraan semulajadi untuk menjadikannya keras dan tahan lasak. Walaubagaimanapun, bagi air dry clay memerlukan masa dua hari atau lebih (bergantung kepada ketebalan) untuk memastikan ianya betul-betul kering.

Pada masa ini,saya hanya mencuba air dry clay untuk menghasilkan kraf seperti keychain. untuk pengetahuan korang, air dry clay ni kita boleh buat sendiri tau! memang jimat kos..nanti saya akan sharekan resepinya di entry yang lain yer...

sekarang ni saya sharekan dulu hasil-hasil comel yang menggunakan clay sebagai bahannye..

hope korang enjoyyy!!


Gambar-gambar ini adalah daripada En. Yahoo


Wednesday, 11 March 2015

Mac 2015

Oleh sebab lama tak update blog, entry kali ni saya belanja gambar budak kecik ni je hahahaha...


Wednesday, 11 February 2015

Bayangan

Seharian ini saya berperang dengan perasaan sendiri, sedaya upaya menyembunyikan kesedihan hati agar tak terlihat dipandangan mata orang lain. Berpura-pura tersenyum dan tertawa.... Sedangkan didalam hati saya menangis *...*

Hari ini telah 364 hari suami pergi selama-lamanya meninggalkan saya dan anak. Hari ini juga terbayang-bayang di mata saya peristiwa setahun yang lepas yang tak mungkin saya lupakan.

Semoga sentiasa "tenang" dialam yang sana suamiku...kami amat menyayangi dan merinduimu.


11022015


Monday, 2 February 2015

Fabulous Februari- Promosi Shaklee

Promosi Februari Shaklee

Assalamualaikum..selamaat pagi..

Alhamdulillah, dah masuk kita di bulan Februari yang penuh dengan kenangan sedih setahun yang lalu. Doa saya semoga saya terus diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan bersama anak dan keluarga tersayang. Kawan-kawan pun doakan saya jugak ye.

Untuk kawan-kawan yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,saya ucapkan selamat bercuti sempena Hari Wilayah..lama tu dapat cuti 4 hari sampai esok sebab esok pun cuti umum sempena perayaan Thaipusam.

Saya pun bercuti hari ni hahhaa...

Oklah,saya nak share promosi Shaklee untuk bulan ni..memamg fabulous februari lah ni..

Beli 6 Free 1:
     -Ostematrix
     -Vitalea

Beli 3 Free 1:
     - Advance Join Health Tablet
     -Vitalea untuk kanak-kanak


hebatkan promosi Februari ni.Jom kita bahagiakan ibu bapa kita yang sakit-sakit lutut atau sendi tu dengan menghadiahkan Advance Joint Health Tablet.

Tak lupa juga berikan vitalea (for kids) kepada anak-anak kita,semoga mereka membesar dengan sihat. Insya Allah

Shaklee independent distributor anda,
Ain (whatsapp 012-2808590)