Wednesday 13 August 2014

Tips kurus 1-minum banyak air

Kita selalu dengar orang kata kalau nak kurus kena minum banyak air. Betul ke? Takut pulak jadi "gemuk air" kan...hahhaha..Sebenarnya persepsi tu salah..

Yang sebenarnya:

-Proses mengurangkan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin dan air didalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, sangatlah penting untuk minum banyak air bagi menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan dan proses pengeluaran toksin ni.

**Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

2. Bantuan air didalam badan membantu proses pembqkaran kalori agar menjadi lebih berkesan kerana air sangat mempengaruhj fungsi metabolisma tubuh badan kita.

4. Air yang berkurangan dalam badan akan menyebabkan kita berasa cepat letih. Ini adalah akibat hidrasi yang menyekat pengaliran darah dalam tubuh dan bila hidrasi berlaku, kita tidak akan mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif.

5. Air didalam badan kita ini juga berfungsi untuk membantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

6. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti-aktiviti  lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

No comments:

Post a Comment