Wednesday, 26 February 2014

Vivix-Penemuan Revolusionari

Assalamualaikum dan selamat pagi..Hari ini genap 2 minggu arwah suami pergi meninggalkan kami...masih terbayang-bayang kelibatnya dan terngiang-ngiang suaranya..sesungguhnya kami RINDU...!! semoga arwah tenang disana..aminnn

Oppssa..cukup dah sedih-sedih...hari ni nak cerita pasal Vivix pulak..Vivix ni merupakan supplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan dan berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular..menarik kan...hihihi

4 mekanisma penuaan pada tahap selular tersebut ialah:

1)Kerosakan DNA
-setiap hari,setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA dan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA

2)Pengawalan Genetik
-Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3)Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
-Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan pembentukan mitochondria yang baru untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.

4)Penimbunan protin AGE
-Penimbunan berlebihan protin AGE (Advance Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.



posted from Bloggeroid

Tuesday, 25 February 2014

Perpisahan abadi

12 Februari 2014 suami tersayang telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan saya bersama anak kecil kami...terasa separuh semangatku turut pergi bersamanya...

Ya Allah,kau tempatkanlah roh suamiku bersama orang-orang yang Kau kasihi..aminnnn

~semoga roh arwah tenang disana
~kami sangat menyayangimu
~Al-Fatihah

Izinku Pergi-Kaer

Sinaran mata cerita segala
duka lara terpendam
memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
abadi kasih kita
kau bawa bersama
mimpi indah mekar
saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
membara kerana ia
tiada niatku

Tersemat dijiwa setia bersamanya
cinta murni berdua
beribu tahunnya
mimpi indah mekar
saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana ia tiada niatku

Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
membara kerana ia tiada niatku

maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi

#izinkankupergi






posted from Bloggeroid

Saturday, 8 February 2014

Permulaan 2014

Assalamualaikum..salam tahun baru di entry yang pertama untuk tahun baru ni..huhu..dah terlepas Januari baru nak wish selamat tahun baru ye..honestly, azam tahun baru pun tak sempat nak pikir hihi..

Untuk saya,permulaan tahun baru 2014 ini telah memberikan banyak cabaran..kadang-kadang terasa saya tak kuat untuk mengharunginya dan akhirnya saya menangis sendiri..Saya cuma mampu berdoa dan terus berdoa semoga kami sekeluarga diberikan kesempatan untuk sama-sama mengharungi liku-liku hidup ini.

sekian entry pendek dari saya sekadar mencuci sawang di blog..



jumpa lagi




posted from Bloggeroid

Monday, 30 December 2013

bantal felt

Saya menerima tempahan bantal felt.

-design dan warna adalah mengikut citarasa anda

-harga bermula dari RM30 (saiz: 14in x 12in)




whatsapp 019-6442017 (ain) untuk tempahan atau pertanyaan
posted from Bloggeroid

Monday, 23 December 2013

Soal Jawab bersama Shaklee

Q:Adakah Shaklee sama seperti vitamin yang dibeli di farmasi?
A:Tidak,Shaklee ialah vitamin semulajadi yang dihasilkan daripada sumber semulajadi dan bukannya vitamin sintetik seperti kebanyakan vitamin lain.

Q:Adakah Shaklee sesuai untuk saya/anak/suami/ibu/bapa/adik saya?
A: Ya, Shaklee sesuai untuk semua peringkat umur

Q:Bolehkah saya berkongsi suplemen ini dengan suami/isteri?
A:Ya, boleh.

Q:Alfafa adalah milk booster dan saya tidak menyusukan anak,bolehkah saya ambil alfafa?tidakkah ia menjadikan saya mengeluarkan susu?
A: Anda boleh mengambil alfafa kerana Alfafa tidak akan mencetuskan susu bagi yang tidak menyusukan anak,malah alfafa mempunyai 1001 kebaikan.

Q: Apakah pantang larang sekiranya mengambil Shaklee?
A:tiada,cuma pastikan pengambilan air minimum 3 liter sehari.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee bersama vitamin/ubat/jamu?
A: Boleh, kecuali vitamin yang diambil itu sama kandungannya,maka ambil salah satu sahaja dan dijarakkan waktu pengambilannya.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 11 December 2013

perut oh perut..

orang tua-tua selalu pesan,nak tambat hati suami mulakan dari perut dia..betul ke?saya pun tak pasti tentang kesahihannya sebab saya pun memang tak pandai masak hahahaha..

tapi setelah 3 tahun menjadi seorang isteri ni, keinginan nak belajar masak tu mula timbul selepas saya 'berjaya' membeli pemanggang ajaib sewaktu berkunjung ke Langkawi awal November yang lalu..hihi..

inilah kek pertama yang saya hasilkan menggunakan pemanggang ajaib tu (malas betul nak guna oven)..hihi ini namanye kek minyak.memang lembut tapi agak ter'kering' sikit sebab saya masak lama sangat..sepatutnya dalam 10-15 minit dah ok...






semalam pulak saya telah membancuh adunan aiskrim buatan rumah huhu home made i
ce-cream ler...dan hari ni,telah selamat dimakan oleh en.hubby bersama anak bujang (termasuk saya sekali la hihihi)..





dah lewat ni...next entry saya kongsikan resepinye ye..

*untuk rujukan saya jugak nanti :)








Monday, 9 December 2013

Abah dan mak saya

Oktober adalah bulan kelahiran abah dan mak saya..hadiah saya yang tak seberapa untuk mereka..walaupun simple tapi memberikan impak yang besar terhadap saya..

alhamdulillah,diorang suka hihi..




doa saya semoga abah dan mak sentiasa dibawah lindungan rahmat-Nya, sihat dan murah rezeki selalu..aminn...

#mak saya sakit lutut sejak beberapa bulan yang lalu..sakit sangat bila banyak berjalan dan insya allah,esok doktor akan inject gel kat lutut mak..

semoga mak cepat sihat...