Thursday, 14 March 2013

cubaan pertama

assalamualaikum..salam di pagi khamis..diharapkan kawan-kawan sekalian sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya.. aminnnn

cubaan pertama?hihi ini bukan cubaan yang macam dalam cerita p.ramlee tu..cubaannya ialah buat pertama kalinya saya mencuba untuk menyertai booth di melaka..(**cuma letak barang je,nanti dorang tolong jaga & jualkan kalau ada org nak beli la huhu)

sekarang ni tengah sibuk nak siapkan stok..oleh sebab boleh hantar 2 item je saya memilih untuk hantar kad ucapan dan juga set belajar quilling..hihi..tak tahulah berapa banyak stok yang dapat kami siapkan dalam masa yang singkat ni...doakan kami ye..

ini contoh kad yang hampir siap..ada nak touch up sikit- sikit lagi..gambar final product akan di upload kemudian ye..

kalau berjaya cubaan pertama ni boleh la buat cubaan kedua,ketiga dan seterusnya kan hihi...


Thursday, 28 February 2013

wedding guestbook

alhamdulillah...hasil pertama yang agak memuaskan hati..

guestbook ini untuk dihadiahkan kepada sepupu saya yang akan berkahwin pada April, 2013 nanti..

semoga perkahwinan mereka diberkati dan dirahmati oleh-Nya..ameeennn..

berminat untuk menempah?komen sahaja disini..


Tuesday, 26 February 2013

bunga kertas gulung

tempahan fridge magnet bunga quilling lagi dari kelantan..*-jauhnya kan hihi

5pcs fridge magnet...

love the colours !! *-*


quilling fridge magnet

dah siap dah n dah sampai pon ke tuan empunya dirinya hihi..

50 pcs fridge magnet tempahan kawan facebook untuk dihadiahkan kepada pelanggan-pelanggan shakleenye hihi..

terima kasih ye..nanti beli lagi tau... :)

**gambar cuma sebahagian dari 50pcs fridge magnet


Thursday, 14 February 2013

work on progress-Feb 2013

sekarang ni tengah berlumba-lumba dengan masa nak menyiapkan tempahan 50pcs fridge magnet dengan bunga quilling..nampak macam sikit tapi nak membuatnya memang lenguh la tangan hahaha...tp SERONOK!!

baru siap 20 pcs....another 30 pcs to go..

caiyok2..

insya Allah


Saturday, 2 February 2013

world of quilling

sekarang ni tengah addicted sangat dengan quilling..asalkan ada masa terluang (especially masa si kecik tengah tido),mesti nak menggulung-gulung kertas hihi..

tau tak apa quilling tu?quilling tu adalah seni menggulung kertas dan dibentukkan menjadi pelbagai corak yang menarik especially bunga-bungaan..

ini adalah contoh-contoh bunga quilling yang telah saya hasilkan..(sori ye,kualiti gambar kurang memuaskan)

                               







Friday, 1 February 2013

sihat dengan shaklee


Assalamualaikum..entri kali ni saya nak share tentang supplement shaklee yang baru saya amalkan sejak sebulan yang lalu...suplement yang saya amalkan dan kebaikannya adalah:

a)B-complex:
-menggalakkan kesihatan       jantung,mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan,mengurangkan fungsi otak,menukarkan makanan menjadi tenaga

b)Alfafa Complex:
-kaya dalam nutrisi dan mineral surih,mengurangkan toksin,melegakan rasa kebas dan sakit sendi,merendahkan kolestrol

c)chewable vita-c 100mg
-meningkatkan penyerapan zat besi,untuk kesihatan tulang,gigi dan gusi serta struktur am tubuh badan,membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan


Saya telah mengalami healing crisis selepas memakan suplement-suplement tersebut iaitu muka saya sentiasa gatal selama seminggu..mulanya rasa macam nak give up jugak sebab dah tak tahan gatal..alhamdulillah,selepas seminggu tiada lagi healing crisis dan keadaan menjadi normal semula..dan sekarang,kulit muka saya masih lagi dalam tempoh pemulihan..

And amazingly!,tiada lagi senggugut yang menyakitkan..alhamdulillah,shaklee bukan sahaja membantu mencantikkan kulit tetapi juga boleh membantu wanita-wanita diluar sana.

insya Allah..