Gambar ini diambil pada 20 Mei 2016 sempena sambutan Hari Guru di Pasti Al-Fateh
Ibu Iyad ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mualimah dan ammati kerana mengajar Iyad dan kawan-kawan. Macam-macam yang Iyad dah pandai sekarang ni.
Untuk sambutan hari guru ni Ibu sempat siapkan brooch keeper sebagai tanda penghargaan dari Iyad untuk mualimah dan ammati.
Alhamdulillah
#broochkeeper
#sambutanhariguru
Sunday, 22 May 2016
Sambutan Hari Guru 2016
Saturday, 23 April 2016
@2.45 pagi
agaknya excited nak balik kampung esok kot, nak melawat kubur arwah sebab dah lama jugak tak balik kampung. Last balik rasanya masa bulan Januari ke Februari tahun ni.
Rindu tu tak tau nak kata macamana dah.
Kadang-kadang rasa nak buang je rindu tu biar dah tak teringat lagi
Biar luka kat hati ni sembuh
tapi makin cuba nak lupakan makin kuat ingatan rindu tu
dan hanya doa dapat kukirimkan semoga tenang di alam yang sana..
huhuhu.
Alhamdulillah, Iyad dah agak lancar baca Surah Al-Fatihah dan hampir setiap malam (kalau dia tak terlalu letih sangatla) dia akan baca Al-Fatihah dan doakan arwah abah dia..
#sayuhatimaknak
Dah pesan kat dia nanti kita pegi kubur abah, Iyad doa macam selalu ye.. Dan dia pun angguk.
Dalam hati saya terdetik dan berdoa semoga anak ini sentiasa kuat dan tabah.
Insya Allah..
![]() |
Kami Rindu Kamu *_* |
Wednesday, 2 March 2016
Brooch Keeper (Penyimpan Keronsang)
Geram kan bila nak pakai tudung je asyik tercari-cari kerongsang.Kalau jumpa takpe tapi selalunya tak jumpa hahahhaa...
Kali ni saya nak tunjukkan satu hasil jahitan yang terbaru iaitu brooch keeper atau cakap melayunya penyimpan keronsang. Comfirm lepas ni keronsang dah tak hilang lagi lah. Sebab apa? Sebab kita dah pinkan siap-siap keronsang tu dekat brooch keeper. Bila nak pakai kita ambik je la kat brooch keeper, dah tak payah nak mencari-cari lagi.
Untuk makluman, brooch keeper ni menggunakan kain cotton sebagai cover (kulit) luarnya. Manakala dibahagian dalamnya pula menggunakan kain felt sebagai tempat mencucuk keronsang tu kerana kain felt lebih tahan lasak.
Selain keronsang, pin shawl juga sesuai diletakkan didalam brooch keeper ini.
Harga : RM 20.00 (tak termasuk pos)
tapi
....
....
....
saya nak bagi harga promosi sempena harga pengenalan brooch keeper ni iaitu
RM 15.00 JE
(tak termasuk pos lagi ye)
so cepat-cepat meh komen atau wasap saya 012 2808590
![]() |
ni la bentuknya bila brooch keeper dilipatkan..senang..simpan je dalam beg atau wallet |
![]() |
bentuk brooch keeper bila dibuka. |
Friday, 1 January 2016
Azam Yang Berkesan
Assalamualaikum..Entry kedua ditahun baru 2016 hahaha korang jangan tak tau ni la azam saya tahun lepas yang tak tercapai iaitu hasilkan 5 entry di blog setiap minggu..so kita carry forward ke tahun ni..harap-harap korang sudi la membacanye ye..
Bercakap pasal azam ni saya nak cerita tentang ilmu yang saya perolehi dalam salah satu program motivasi. Penceramah banyak menyebut tentang matlamat. So kat sini azam kita adalah matlamat kita dan seterusnya saya akan berkongsi bagaimana untuk menulis azam yang berkesan.
Ok..kita mulakan dengan menyenaraikan semua matlamat dan azam kita untuk tahun 2016 ni. Contohnya:
1)Kurus
2)Banyak Duit
3)Rumah Baru
4)Kereta Baru
5)......
6)......
7)......
8)......
9)......
10)......
Korang senaraikan la seberapa banyak azam yang korang nak.
Untuk mencapai azam, kita perlu merasakan azam tersebut telah tercapai. Oleh itu, kita kena adjust senarai azam kita. Ayat yang ditulis adalah seolah-olah azam itu telah berjaya kita capai dan azam tersebut perlu ditulis dengan terperinci.
Contohnya:
1) Saya telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20kg pada Mei 2016.
2) Saya telah mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10 000 didalam akaunASB saya pada Ogos 2016.
ha paham tak?cer korang buat pulak dekat senarai azam korang. Lepas tu selalu baca dan bayangkan azam yang dah tercapai tu untuk mengaktifkan minda bawah sedar kita.
ini adalah hasil pemahaman saya sahaja dan saya juga sedang cuba mengaplikasikannya.
Semoga anda juga dapat manfaat daripada perkongsian saya ini.