Thursday 30 October 2014

Penat dan sibuk

Allahuakbar..2 minggu yang berlalu terasa sangat-sangat sibuk buat diri saya..Dengan kerja-kerja di opis yang bertambah dek kerana opis saya menganjurkan satu program dan saya telah dilantik sebagai ajk..

Tup-tup minggu lepas saya dilantik sebagai salah seorang penceramah pada program tersebut.haaaaa.....memang kelam kabut la mokcik ni nak prepare slide bagai..tu tak termasuk kecut perut lagi sebab ini adalah my first time jadi penceramah untuk jemputan yang melebihi 200 orang.Kalau setakat 20 orang tu bolehla lagi...

Kat rumah pulak saya sibuk menyiapkan stok untuk dijual pada hari keusahawanan sekolah..Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun hanya sempat siap 6pcs beg je dan telah diposkan kepada kawan saya yang akan menjaga booth semasa hari keusahawanan tersebut.Harap-harap kesemua beg tu habis terjual.Nanti saya update gambar-gambar beg tersebut ye.

Dan 29hb hari tu telah berlangsungnya program yang dianjurkan oleh opis saya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya semasa bagi ceramah..Saya pun tak tau la ok ke tak ceramah saya tu tapi saya berharap semoga peserta-peserta mendapat manfaat darinya...

Malam tu baru la dapat tidur dengan lena....legaaaaa

No comments:

Post a Comment