Tuesday 23 July 2019

Bisul oh Bisul - cara dan petua orang lama

Assalamualaikum,

Alkisahnya beberapa hari lepas masa Kak Ain tengah berjalan-jalan window shopping kat mall tetiba tangan Kak Ain ni terkena kat tepi peha ni dan aucchh!! kenapa rasa sakit sangat ni?
Bila Kak Ain picit-picit, terasa keras dan timbul..oh nooo.. comfirm bisul la ni. 

gambar dari google
Risaunya Kak Ain rasa sebab awal tahun hari tu mak Kak Ain telah dibedah disebabkan bisul di punggung dan baru-baru ni pun ada baca kat facebook kawan Kak Ain pulak kena operate sebab bisul di belakang badan. Kak Ain ada lah berhubung dengan kawan Kak Ain ni dan katanya menurut doktor bisul ni terjadi sebab kandungan gula tinggi dalam badan, dan kesian kawan kak Ain ni sebab lepas pembedahan bisul ni beliau telah disahkan menghidap penyakit kencing manis. Doa Kak Ain semoga beliau cepat sembuh dari kesan luka pembedahan dan penyakit kencing manis ni.

okay, sambung balik pasal bisul di peha Kak Ain tadi, bila dah balik rumah tu Kak Ain tengok memang dah agak besar dah bisul tu, merah dan keras kawasan disekelilingnya dan agaknya kaki Kak Ain 'cramp' beberapa hari lepas pun mesti kesan daripada bisul yang tengah membesar ni. 

Nak buat macam mana ni? 
Kak Ain pun tanya la mak Kak Ain, mak kata orang dulu-dulu guna daun keledek yang dihancurkan dan ditepekkan di sekeliling kawasan bisul tu tapi jangan ditutup kawasan matanya. Oleh kerana tak jumpa daun keledek kat kawasan bandar ni, Kak Ain ambil inisiatif untuk melakukan pencarian di facebook tentang petua-petua untuk merawat bisul. 

Yayy..jumpa pun petua hilangkan bisul yang bahan-bahannya sangat senang didapati iaitu:

-kapur sireh (kapur masakan) dan
-asam jawa

Cara-caranya ialah ambil sedikit kapur dan sedikit asam jawa dan seterusnya digaulkan bersama-sama sehingga sebati. Kemudian campuran ini diletakkan dikawasan bisul tersebut (hanya sapu disekeliling bisul sahaja dan tinggalkan bahagian tengah bisul).

Alhamdulillah, bila Kak Ain dah buat semalaman kawasan sekeliling bisul yang keras tu dah mulai lembut dan kurang merah. Rasa sakit pun dah berkurangan dan tiada lagi cramp pada kaki Kak Ain.
Sekarang ni Kak Ain masih lagi teruskan meletakkan campuran kapur-asam jawa ni pada bisul Kak Ain yang dah makin sembuh, hanya tinggal kesan merah dan keras di tengah-tengah bisul sahaja. Alhamdulillah, kawan-kawan tolong doakan bisul Kak Ain ni sembuh sepenuhnya ye.


Korang yang terkena bisul tu boleh la cuba petua orang lama ni, mana tau diizinkan Allah untuk sembuh, Insya Allah. Lagi pulak bahan-bahannya sangat mudah didapati.

Okay korang,
Jumpa lagi

Sunday 26 August 2018

Bagaimana untuk menggunakan "track changes" dalam Microsoft Words







Assalamualaikum dan selamat petang,
Untuk tahun 2018 ni, Kak Ain ada part time job yang baru iaitu sebagai seorang freelance editor.
Seperti yang kita semua tahu, tugas editor ni ialah mencari kesalahan ejaan atau tatabahasa yang dilakukan oleh penulis dan memperbetulkannya. Selain itu, editor juga perlu melihat kesesuaian ayat penulis supaya artikel atau buku tersebut menarik untuk dibaca.

Kalau manuskrip tak best memang susah la nak tarik pembaca kan!

Untuk menjadi editor ni, Kak Ain dah belajar satu perkara yang baru iaitu "track changes" dalam dokumen yang menggunakan Microsoft Words. "Track Changes" ini adalah bertujuan untuk melihat perubahan yang telah dilakukan oleh pihak editor dan penulis pula berhak untuk menerima perubahan itu atau menolaknya.

Kat sini Kak Ain nak tunjuk serba sedikit fungsi  dan cara menggunakan "track changes" ni.

1. Buka dokumen dalam Microsoft Words
2. Klik pada review pada window panel dan seterusnya klik "track changes"
3. Klik change tracking option dan anda boleh memilih warna-warna yang berbeza untuk menunjukkan insertion atau deletion yang anda lakukan.
4. Edit dokumen.

ok korang.
SELAMAT MENCUBA!
contoh setelah track changes diaktifkan
pilihan warna mengikut jenis perubahan yang hendak dilakukan.