Wednesday, 13 January 2016

Demam panas

Entry di waktu jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Anak demam panas...kesian sangat anak ibu

Cepat sembuh ye..


Friday, 1 January 2016

Azam Yang Berkesan

azam tahun lepas

Assalamualaikum..Entry kedua ditahun baru 2016 hahaha korang jangan tak tau ni la azam saya tahun lepas yang tak tercapai iaitu hasilkan 5 entry di blog setiap minggu..so kita carry forward ke tahun ni..harap-harap korang sudi la membacanye ye..

Bercakap pasal azam ni saya nak cerita tentang ilmu yang saya perolehi dalam salah satu program motivasi. Penceramah banyak menyebut tentang matlamat. So kat sini azam kita adalah matlamat kita dan seterusnya saya akan berkongsi bagaimana untuk menulis azam yang berkesan.


Ok..kita mulakan dengan menyenaraikan semua matlamat dan azam kita untuk tahun 2016 ni. Contohnya:

1)Kurus
2)Banyak Duit
3)Rumah Baru
4)Kereta Baru
5)......
6)......
7)......
8)......
9)......
10)......

Korang senaraikan la seberapa banyak azam yang korang nak.


azam saya

Untuk mencapai azam, kita perlu merasakan azam tersebut telah tercapai. Oleh itu, kita kena adjust senarai azam kita. Ayat yang ditulis adalah seolah-olah azam itu telah berjaya kita capai dan azam tersebut perlu ditulis dengan terperinci.

Contohnya:
1) Saya telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20kg pada Mei 2016.

2) Saya telah mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10 000 didalam akaunASB saya pada Ogos 2016.

ha paham tak?cer korang buat pulak dekat senarai azam korang. Lepas tu selalu baca dan bayangkan azam yang dah tercapai tu untuk mengaktifkan minda bawah sedar kita.

ini adalah hasil pemahaman saya sahaja dan saya juga sedang cuba mengaplikasikannya.

Semoga anda juga dapat manfaat daripada perkongsian saya ini.


2016 dah datang

Welcome 2016

Please Be Nice To Me.. ☺☺☺