Sunday 3 May 2015

Clay Art

Assalamualaikum..salam hujung minggu dan selamat bercuti kepada semua pekerja pada 1 Mei hari tu. Esok pun cuti sempena hari Wesak yang jatuh pada hari ni kan? ewahhh ewahhh cuti panjang korang ye..hahah saya pun sama,seronok betul....

Hari ni saya nak cerita pasal addiction saya yang terbaru..Asyik belajar benda baru je?hahah kalau boleh semua yang berkaitan dengan kraf saya nak belajar..kali ni saya sangat addict dengan clay art yang kalau dalam bahasa melayunya tanah liat..Bentuknya lebih kurang sama dengan plastesin yang anak-anak kita selalu buat main tu. Konsepnya sama cuma clay art ni boleh dijemur atau dibakar sehingga kering hingga mengekalkan bentuknya.

Clay ni terbahagi kepada dua jenis clay iaitu polymer clay dan air dry clay. Perbezaan diantara keduanya ialah polymer clay perlu dibakar dengan suhu yang tertentu untuk menjadikan bentuknya kekal dan tahan  lasak. Manakala air dry polymer adalah tanah liat yang hanya perlu dikeringkan dengan pengudaraan semulajadi untuk menjadikannya keras dan tahan lasak. Walaubagaimanapun, bagi air dry clay memerlukan masa dua hari atau lebih (bergantung kepada ketebalan) untuk memastikan ianya betul-betul kering.

Pada masa ini,saya hanya mencuba air dry clay untuk menghasilkan kraf seperti keychain. untuk pengetahuan korang, air dry clay ni kita boleh buat sendiri tau! memang jimat kos..nanti saya akan sharekan resepinya di entry yang lain yer...

sekarang ni saya sharekan dulu hasil-hasil comel yang menggunakan clay sebagai bahannye..

hope korang enjoyyy!!


Gambar-gambar ini adalah daripada En. Yahoo


No comments:

Post a Comment