Tuesday 16 December 2014

Sling bag 7pcs

Assalamualaikum..selamat pagi..moh dogheh bangun poie kojo ha

Hari ni nak share cerita tentang tempahan beg yang saya terima iaitu 7pcs sling bag dari kawan lama sewaktu bersekolah dulu. Katanya nak dihadiahkan kepada ahli-ahli keluarganya untuk digunakan semasa mengerjakan umrah nanti.

Alhamdulillah,saya berjaya jugak menyiapkan kesemua beg tersebut. Dan semasa entry ini ditulis, sahabat saya tersebut telah pun beberapa hari berlepas untuk mengerjakan umrah. Doa saya semoga beliau dan ahli keluarganya dapat mengerjakan umrah dengan sebaik mungkin..aminnn

Sedikit perincian mengenai sling beg tersebut:
Saiz: 8" (lebar) x 8" (tinggi)
Warna: seperti yang diminta
Penutup: zip
Tali: boleh adjust
Lain-lain: hiasan nama dengan manik huruf
Harga: RM25/pcs (tidak termasuk pos)

Dan akhir sekali feedback dari kawan saya tu semasa menerima beg-beg tersebut menerusi kiriman poslaju. Dia suka saya pun suka hihi

Yang berminat nak tempah boleh komen atau whatsapp saya di 012-2808590 (ain)

AinSanusi


AinSanusi

No comments:

Post a Comment