Saturday 9 August 2014

kopiah kait versi raya

Assalamualaikum,

Baru sekarang dapat nak upload gambar kopiah-kopiah ni..haritu tak sempat nak upload sebab ada masalah dengan internet..tambahan pulak busy mengait kopiah kan..dek sebab busy sangat tu lah kami tak sempat nak buat kuih raya huhu..semua kuih raya tahun ni stok beli punya..nasib baik kat mydin kuih raya murah-murah.

Alhamdulillah,semua tempahan kopiah ni dapat saya siapkan seperti yang ditempah pelanggan.harapan saya semoga mereka tak serik menempah dengan saya hihi..mana la tau kannnn.... bukan senang nak memuaskan hati semua orang ni..lagi pun mereka  berhak mendapat hasil yang terbaik setimpal dengan apa yang dibayar.

Berminat nak belajar?Insya Allah, satu hari nanti saya akan kongsikan ilmu kraf untuk mengait kopiah ni. korang selalu-selalu la jenguk blog saya ni tau..

ececeh..membebel pulak die ni...dah,jangan layan..korang cuci mata la yer hihi

Kopiah Zayyan
Kopiah Iman
Kopiah Darwisy
Kopiah Iman lagi hihi

erm..warna kopiah kait untuk Zayyan dan Darwisy tu berbeza pulak dengan yang sebenarnya iaitu ungu..mungkin sebab guna kamera handphone je kot.

Pengumuman:
Tempahan kopiah kait untuk Hari Raya Aidiladha telah dibuka. Yang berminat untuk menempah boleh komen disini  atau whatsapp saya ye 012-2808590 (ain)

No comments:

Post a Comment