Sunday 4 May 2014

Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum..
hari ni saya menerima mesej dari seorang kawan yang  sedang sarat mengandung bertanyakan set berpantang Shaklee..Teringat pengalaman saya sewaktu berpantang selepas melahirkn Iyad Faidy 3 tahun yang lepas. Waktu itu saya masih belum mengenali Shaklee yang superb best ni hihi..
Masa tu saya telah membeli set berpantang *on* **g*y yang berharga lebih rm300..huhu..nak cantik & sihat punya pasal. Tak mau la nak citer banyak pasal produk tu kan,cumanya saya tak habis makan pun, sampai sekarang masih ada simpan (terjumpa masa kemas stor hari tu)..agak-agak boleh buat pekasam tak?kikiki..
Berbalik kepada topik asal kita tadi, ni saya nak cerita sikitlah tentang set berpantang Shaklee ni yang secara asasnya terdiri daripada Vitalea, Vitamin C 500mg, Zinc dan B Complex. Nak tau kenapa keempat-empat Supplement ni sangat bagus semasa berpantang? Secara keseluruhannya, kesemua vitamin yang dicadangkan itu adalah untuk memulihkan tenaga yang telah banyak digunakan semasa melahirkan dan menyembuhkan luka dengan cepat.
Nak tau lagi? Jom layan....
~Vitalea:
Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting untuk keperluan asas tubuh. Dilengkapi dengan zat besi untuk memastikan paras HB(hemoglobin) di paras optimum. Sindrom HB rendah amat berbahaya kepada ibu mengandung dan baru bersalin.
~B-Complex:
Mengandungi kesemua 8 vitamin B penting untuk pertumbuhan sel, kesihatan saraf, membekalkan tenaga dan mengawal tekanan. B Complex juga membantu sistem imun tubuh bekerja dengan efisien.

~Vitamin C:
Antioksidan utama yang melindungi tubuh, lebih-lebih lagi untuk ibu baru bersalin yang masih dalam keadaan lemah. Selain itu, fungsi penting yang lain adalah membina tisu penghubung, menyembuhkan luka dan memastikan sistem imun berada pada paras terbaik. Vitamin B Complex dan Vitamin C saling melengkapi keperluan satu sama lain.
~Zink:
mempercepatkan penyembuhan luka dan mengawal keguguran rambut.
Kelebihan Set Berpantang ni pulak?
~Selamat
-Bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tiada kesan sampingan
~Berkesan
-Ia sesuai dengan keperluan tubuh dan memenuhi keperluan ibu berpantang untuk cepat sihat, lebih bertenaga dan cergas
~Membantu penyusuan:
-Set vitamin yang dicadangkan adalah asas kepada vitamin untuk penyusuan juga.
~Melengkapkan nutrisi ibu berpantang dan menyusu
-almaklumlah,semasa berpantang ni banyak makanan yang kaum ibu tak boleh makan.
p/s: Untuk melancarkan penyusuan, ibu juga digalakkan mengambil Alfafa, protein soya (Energy Soy Protien) dan Kalsium (Ostematrix).
PM/whatsapp 012-2808590 (ain)

No comments:

Post a Comment