Saturday 24 May 2014

Berat badan susah turun?

Entry ini adalah nota untuk saya sendiri huahuahua...sebabnya risau sangat ni berat badan asyik naik dan terus naik je..takde tanda-tanda nak turun pun..Saya nak share entry ni dengan korang...Jom kita baca dan pikirkan sama-sama..

Beberapa faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan ialah:

Pemilihan Pemakanan yang Salah 
-tidak semestinya makan makanan yang sihat dapat menurunkan berat badan kita. Ianya kadang-kadang tidak membantu..

Tekanan (Stress)
-Saya merasakan stress akan menyebabkan berat badan saya turun..ternyata saya silap!! stress adalah penghalang besar dalam proses penurunan berat badan. So,nak kurus kita kena enjoyyyy....

Masalah tiroid 
Pertambahan berat badan yang tidak dapat dikesan kadangkala boleh dikaitkan dengan masalah tiroid yang menyebabkan metabolisme mereka munurun.

Sindrom PCOS
Kebanyakan wanita yang PCOS biasanya mempunyai masalah berat badan. Sindrom Polycystic ovari akan menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan insulin secara semulajadi, dan menyebabkan gula didalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga dan dalam masa yang sama tidak dapat menukar testosteron kepada estrogen yang penting di dalam proses penurunan berat badan.

Kurang aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal seperti bersenam,berjalan dan berlari adalah perlu untuk pembakaran lemak.Tubuh akan terdorong utk beraktiviti sekiranya metabolisma badan meningkat dan seterusnya membakar lemak dan menurunkan berat badan.

No comments:

Post a Comment