Wednesday 26 February 2014

Vivix-Penemuan Revolusionari

Assalamualaikum dan selamat pagi..Hari ini genap 2 minggu arwah suami pergi meninggalkan kami...masih terbayang-bayang kelibatnya dan terngiang-ngiang suaranya..sesungguhnya kami RINDU...!! semoga arwah tenang disana..aminnn

Oppssa..cukup dah sedih-sedih...hari ni nak cerita pasal Vivix pulak..Vivix ni merupakan supplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan dan berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular..menarik kan...hihihi

4 mekanisma penuaan pada tahap selular tersebut ialah:

1)Kerosakan DNA
-setiap hari,setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA dan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA

2)Pengawalan Genetik
-Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3)Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
-Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan pembentukan mitochondria yang baru untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.

4)Penimbunan protin AGE
-Penimbunan berlebihan protin AGE (Advance Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment