Monday, 23 September 2013

raya 2013

Dah nak masuk aidiladha dah..tp saya baru nak tunjuk gambar aildilfitri 2013 hahhaa.almaklumlah,orang bizi la katakan huhu..

berbalik kepada cerita asal,ni gambar masa raya di rumah keluarga suami @ mak mertua..baju kami yang kotak-kotak tu saya yang jahit tau hahahhaa...


dalam gambar ni nampak gemuks gler kan..huhu memang kenyataannye pon...so diet laaaa....

caiyok-caiyok..

Pulau Pinang-kami dah sampai

Assalamualaikum..Selamat makan tengah hari..saya berpuasa hari ni : )

Nak share gambar-gambar masa pergi kursus di Pulau Pinang..Saya yang berkursus, en.hubby ngan anak pegi bejalan-jalan le..tapi tak banyak tempat yang dapat kami pergi sebab saya terikat dengan jadual kursus dan jugak keadaan cuaca yang tak berapa mengizinkan..ape pon, enjoy the pictures!













Tuesday, 10 September 2013

Pentingnya "mata"

Mata merupakan anugerah tidak ternilai daripada Allah s.w.t yang membolehkan kita menghayati keindahan alam ciptaan-Nya.
Walaubagaimanapun,tak semua makhluk yang mempunyai mata berpeluang untuk melihat keindahan bumi Allah ini.

Bersyukurlah kerana kita telah diberi dengan nikmat mata yang boleh melihat.Bersama-sama lah kita menjaga nikmat mata ini sebagai tanda kita bersyukur kepada-Nya.



posted from Bloggeroid

Monday, 9 September 2013

sekadar coretan..alkisah sebuah hidangan si isteri

copy & paste

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. ... Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

moral of the story:
-sentiasalah menghargai apa yang kita miliki
-sentiasalah menghargai orang lain

*sebak*

posted from Bloggeroid

Sunday, 8 September 2013

CoQ Health Plus

Bulan September 2013 ni bulan promo CoQ Health Plus..beli 6 botol dan dapat 1 botol percuma...bukan senang tau nak dapat jimat banyak macam ni..

dah tau tak apa kandungan n kebaikan CoQ Health Plus ni?secara ringkasnya produk ini membantu menjaga jantung kita..untuk keterangan lanjut, nanti saya cerita lagi ye..

daaa...







posted from Bloggeroid