Monday, 10 June 2013

rindu...

Hari ini hari pertama saya berkursus..Masih ada berbaki 4 hari lagi yang perlu saya tempuhi..Semalam semasa hantar saya ke tempat kursus, Iyad (anak teruna saya) menangis-nangis nak ikut ibu dia..kesiannya saya tengok..memang airmata ni dah merebeh sama la..cepat-cepat saya lari masuk ke bilik...Tak sanggup!!

Sampai kat bilik baru saya terperasan yang henpon saya ada kat hubby..alamakkk...puasla pusing satu tempat kursus ni nak cari public phone..tak ade plakkk..airmata rasa nak turun balik dah ni..nasib baik ada pakcik guard bagi pinjam telefon dia untuk call hubby...Nasib baik dorang belum jauh lagi and hubby setuju nak patah balik untuk beri henpon saya (tak dapat bayang kalau seminggu takde henpon oiii) hihi..

Masa hubby sampai selepas pusing balik tu,Iyad masih lagi menangis..dah bengkak mata die..kesiannyyaaaa...hubby kata bagi susu pun tak mau, bagi gambar ibu dia diam sekejap,pastu nangis lagi sambil panggil "bu....."  Hubby kata jomla balik rumah dulu, kesian Iyad...hurmmm....dengan sehelai sepinggang saya ikut hubby balik ke rumah..Kesian anak ibu..

sekarang,tengah rindukan mereka especially iyad saya tu..huhu..harap-harap Iyad dapat tido lena malam ni ye sayang..Ibu sayang iyad * - *

ibu & iyad


Wednesday, 5 June 2013

Wedding guestbook-untuk my BFF

Ha..yang ni guestbook jugak lagi..Untuk majlis perkahwinan my BFF, Azlin..Kalau ikut Alynn ni die kata tak kisah macamana design pon yang penting cantik!! hahah senang kan..Alhamdulillah,walaupun kesuntukan masa sempat jugak disiapkan dan menepati citarasa beliau..

So,inilah hasilnya, 2 buah guestbook yang ditempah untuk majlis di rumah pengantin perempuan dan juga untuk majlis di rumah pengantin lelaki..

1-yang ni untuk majlis di rumah pengantin perempuan..Ada 2 pasang pengantin, so Alynn request untuk saiz sebesar kertas lukisan (gaya cerita macam besar sangat je kan hihih). Sepasang pengantin lagi ialah adik kepada Alynn..kalau tak salah, pasangan ni dah dinikahkan pada bulan Feb 2013 hari tu.

untuk majlis pengantin perempuan
 2-Ini pulak untuk majlis dirumah pengantin lelaki..sepasang je pengantinnye..yang ni saiz a4 dan designnye sangat simple..Kaler hiasannya mengikut tema iaitu hijau..yang pink tu plak sebab feveret kaler si Alynn ni hahahaha..

untuk majlis di rumah pengantin lelaki
Akhir kata, semoga my BFF, Nur Shahida Azlin berbahagia bersama suami tersayang, semoga dimurahkan rezeki dan cepat2 ada baby ye hikhik..Aminnn...

wedding guestbook-siap

ayoyo.....lamanye baru nak update gambar guestbook ni hahah sori ye tuan punya guestbook...

Alhamdulillah,walaupon lambat upload gambar guestbook ni kat blog, tapi sebenarnya guestbook ni dah awal-awal lagi sampai kat tangan tuannya dan alhamdulillah, tuan punya guestbook ini telah selamat pun melangsungkan majlis perkahwinannya pada 26.05.2013 yang lalu (**masih dalam mood pengantin baru lagi hihi). Semoga Aishah dan pasangan sentiasa bahagia dan dirahmati Allah SWT..Selamat Pengantin baru

Ni dia...as request oleh Aishah yang nak rama-rama pada guestbooknya..Harap beliau berpuas hati..
Cinta Bersatu-Siti Aishah & Izzul Fiqri

Kenangan 08 dan 09 Mei 2010

Assalamualaikum..

Hampir sebulan tak update blog..sebab apa??hahah ayat biasa la "atas sebab-sebab peribadi" . Sebenarnya banyak perkara dan peristiwa istimewa yang nak dikongsikan dalam Bulan Mei ni..Selain menyambut hari lahir (time kasih mak kerana melahirkan saya *-*), saya juga menyambut ulangtahun perkahwinan yang ketiga bersama Hubby tersayang.Majlis pernikahan kami telah diadakan pada 08.05.2010 dan majlis persandingan pada 09.05.2010..Alhamdulillah, semoga Allah memberikan kebahagiaan dan murahkan rezeki kami sekeluarga..Aminnn...

Inilah kad spesel yang saya buat sempena ulangtahun perkahwinan kami..hahah bukannya nak save bajet sangat pon, cuma saya percaya hasil kerjatangan sendiri lebih memberikan kepuasan walaupon hanya kad yang simple seperti ini.
Kenangan semasa hari persandingan kami 09.05.2013

comel tak kak ton??hihi kad anniversari kami
Saya juga mengambil tempahan kad kraetif seperti kad ucapan hari jadi, kad ulangtahun, kad tahniah dan macam-macam lagi.Design adalah mengikut kreativiti anda dan saya akan cuba aplikasikan ke atas kad ucapan  *_*