Friday 19 April 2013

Kesuburan dan kitaran haid wanita

Wanita dan haid tidak dapat dipisahkan sejak mereka akil baligh lagi iaitu seawal umur 9 tahun. Bagi wanita yang tidak mengalami masalah hormon, haid bagaikan "kawan baik" yang akan datang berkunjung bertanyakan khabar setiap bulan..hihi..Wanita yang tidak datang haid pula bukanlah tidak normal cuma terdapat kemungkinan mereka mengalami masalah gangguan hormon seperti PCOS, cysts atau fibroid.

Mengapa perlu untuk mengetahui tentang kesuburan dan kitaran haid wanita? Ilmu ini penting bagi mereka (suami-isteri) yang merancang untuk menimang cahayamata ataupun yang ingin merancang keluarga (family planning)

Kitaran haid wanita yang normal atau tidak mempunyai masalah hormon berlaku setiap bulan dengan kitaran secara puratanya diantara 28-30 hari.

~Hari 1-4-Fasa pengeluaran (menstruation) dimana darah haid mula keluar. Hari pertama haid ini penting untuk diketahui kerana ia adalah dimana fasa ini bermula.

~Hari 5-13-Fasa Follicular dimana paras hormon estrogen didalam badan meningkat. Pada fasa ini, darah akan berkumpul didinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Dikawasan ovari pula, telur yang berada didalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

~Hari 14-Fasa ini dipanggil ovulasi iaitu dimana telur akan keluar daripada bekasnya disebabkan oleh peningkatan mendadak hormon Luteinizing. telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya disenyawakan, ia akan turun melalui saluran fallopio ke rahim.

~Hari 15-28-Fasa luteal (Fasa secretory) dimana selepas telur dikeluarkan, sejenis hormon yang dipanggil progestrone dirembeskan. Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. setela hormon progestrone semakin berkurangan kerana tiada persenyawaan yang berlaku, maka dinding ini akan runtuh dan proses akan bermula semula.

Bilakah waktu subur?
Waktu subur adalah waktu yang terbaik untuk berusaha bagi yang ingin mendapatkan cahayamata kerana pada waktu subur inilah ovulasi berlaku. Waktu subur adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Cara mengira waktu subur.
1)Sekiranya kitaran haid adalah 28 hari,maka waktu subur adalah 28-14=14 iaitu pada hari ke 14 selepas hari pertama haid keluar.
2)Sekiranya kitaran haid adalah 30 hari,maka waktu subur adalah 30-14=16 iaitu pada hari ke 16 selepas hari pertama haid keluar.

Cara lain untuk mengetahui waktu subur.
-Pada waktu subur, suhu badan akan meningkat sedikit dalam 1 darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih keluar daripada kemaluan kerana hormon yang meningkat pada ketika itu.

nota kaki:
Telur @ ovum tidak mempunyai jangkahayat panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja manakala sperma mempunyai kelebihan untuk bertahan selama 3-5 hari.

No comments:

Post a Comment